Suzuki Swift Model Baru 2013 Kereta Idaman Dilancarkan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, suatu ketika dahulu Suzuki Swift menjadi kereta idaman. Suka tengok design dan ketegapan Suzuki Swift. Selalu bayangkan kalau dapat beli Suzuki Swift warna biru mesti best. Dalam berangan-angan dapat pulak jemputan pelancaran model baru Suzuki Swift memang tak boleh dilepaskan peluang.

Sabtu lepas Team Denaihati dijemput ke majlis Pelancaran Model Baru Suzuki Swift di Setia Gemilang Auto Sdn Bhd, Shah Alam. Setia Gemilang Auto Sdn Bhd iaitu Pusat Servis Suzuki 4S ni terletak bersebelahan dengan Hyundai Pusat 3S Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd. Lokasinya tak susah nak cari sebab berada di tepi jalan je. Dari jauh dah boleh nampak.

Pelancaran Model Baru Suzuki Swift 2013 - Setia Gemilang Auto Sdn Bhd

Besar dan luas kawasan pusat servis Suzuki 4S ni. Tempat letak kereta ada lebih kurang 20 petak parking disediakan untuk para pelanggan yang datang. Setia Gemilang Auto Sdn Bhd merupakan Suzuki 4S Premier Centre terbesar di Malaysia (sales, service, spare parts, body & paint) dan pernah dianugerahkan ‘National Top Sales Achiever tahun 2011 & 2012‘.

Pelancaran Model Baru Suzuki Swift 2013 - Setia Gemilang Auto Sdn Bhd

Pelancaran Model Baru Suzuki Swift 2013 - Setia Gemilang Auto Sdn Bhd

All New Suzuki Swift Model Baru Tahun 2013

Model All New Suzuki Swift 2013 ni didatangkan dengan fungsi-fungsi yang unik dan istimewa antaranya:

  • Brand new Suzuki Swift
  • Fully imported unit (CBU)
  • Keyless transmitter & push start system
  • Engine K14B 1.4-litre petrol engine (better brisk performance, great fuel economy & low emissions)
  • Pilihan 5 warna yang menarik iaitu Biru, Merah, Putih, Hitam dan Kelabu (metallic)

Pelancaran Suzuki Swift 2013 di Setia Gemilang Auto

Pelancaran Suzuki Swift 2013 di Setia Gemilang Auto

Suzuki 4S Premier Centre (Setia Gemilang Auto Sdn Bhd) ni selain menjadi pusat jualan kereta model Suzuki ianya turut menyediakan khidmat servis kereta Suzuki. Nak claim insurans dan windscreen pun boleh buat di sini.

Pelancaran Model Baru Suzuki Swift 2013 - Setia Gemilang Auto Sdn Bhd

Kemudahan di Setia Gemilang Auto Sdn Bhd

Antara fasiliti / kemudahan yang disediakan oleh Suzuki 4S Setia Gemilang Auto Sdn Bhd:

  • Kemudahan WIFI PERCUMA (boleh online dan update blog)
  • Ruang menunggu yang luas dan selesa dilengkapi dengan TV dan komputer
  • Tempat minum kopi

Pelancaran Suzuki Swift 2013 di Setia Gemilang Auto

  • Makanan dan minuman eksklusif untuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Suzuki 4S Premier Centre pada hari Sabtu
  • Latar belakang kaca untuk pelanggan lihat kereta diservis
  • Ruang kerja untuk pelanggan membuat kerja sementara menunggu kereta diservis
  • Tempat letak kereta yang mencukupi lebih kurang 20 tempat letak kereta untuk pelanggan
  • Kemudahan di mana pelanggan boleh meninggalkan kereta semasa waktu bekerja di luar
  • Menawarkan 8 service bays yang mampu menampung sehingga 60 buah kereta untuk perkhidmatan biasa dalam sehari (dengan service bays dan tenaga kerja yang mencukupi, servis kereta biasa boleh dibuat dalam tempoh 45 minit)

Pelancaran Model Baru Suzuki Swift 2013 - Setia Gemilang Auto Sdn Bhd

Pelancaran Model Baru Suzuki Swift 2013 - Setia Gemilang Auto Sdn Bhd

PROMOSI TERKINI:
Promosi terkini pelanggan boleh mendapat diskaun sehingga 10% (on labour and parts) dan percuma 23 points inspection check. Selain tu, promosi daripada Affin Bank dengan kadar faedah serendah:

  • 2.05% untuk Suzuki Alto
  • 1.19% untuk Suzuki SX4
  • 0.83% untuk Suzuki Grand Vitara
  • 0.52% untuk Suzuki Kizashi
Gambar-gambar customer Suzuki 4S Setia Gemilang Auto
Gambar-gambar customer Suzuki 4S Setia Gemilang Auto

Lokasi / Alamat:
SETIA GEMILANG AUTO SDN. BHD.
Lot 7959, Jalan Sungai Buloh, Off Kampung Melayu Subang,
Seksyen U6, 40150 Shah Alam, Selangor

Sales no: 03- 7845 6888
Service no: 03-7842 1999
Service fax: 03-7832 2929


View Larger Map

Waktu operasi untuk jualan:
9 AM – 8 PM (hari bekerja)
10 AM – 6 PM (hari minggu/cuti umum)
PERSON IN CHARGE – MR JAMES – 012-299 7662

Waktu operasi untuk servis:
8:30 AM – 6 PM (hari bekerja)
Ahad dan Cuti Umum – TUTUP

Laman Web Rasmi: www.suzukiselangor.com
Facebook Page: facebook.com/SuzukiSetiaGemilangAuto


Spread the love

74 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!