Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, suatu ketika dahulu Suzuki Swift menjadi kereta idaman. Suka tengok design dan ketegapan Suzuki Swift. Selalu bayangkan kalau dapat beli Suzuki Swift warna biru mesti best. Dalam berangan-angan dapat pulak jemputan pelancaran model baru Suzuki Swift memang tak boleh dilepaskan peluang.
Sabtu lepas Team Denaihati dijemput ke majlis Pelancaran Model Baru Suzuki Swift di Setia Gemilang Auto Sdn Bhd, Shah Alam. Setia Gemilang Auto Sdn Bhd iaitu Pusat Servis Suzuki 4S ni terletak bersebelahan dengan Hyundai Pusat 3S Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd. Lokasinya tak susah nak cari sebab berada di tepi jalan je. Dari jauh dah boleh nampak.
Besar dan luas kawasan pusat servis Suzuki 4S ni. Tempat letak kereta ada lebih kurang 20 petak parking disediakan untuk para pelanggan yang datang. Setia Gemilang Auto Sdn Bhd merupakan Suzuki 4S Premier Centre terbesar di Malaysia (sales, service, spare parts, body & paint) dan pernah dianugerahkan ‘National Top Sales Achiever tahun 2011 & 2012‘.
All New Suzuki Swift Model Baru Tahun 2013
Model All New Suzuki Swift 2013 ni didatangkan dengan fungsi-fungsi yang unik dan istimewa antaranya:
- Brand new Suzuki Swift
- Fully imported unit (CBU)
- Keyless transmitter & push start system
- Engine K14B 1.4-litre petrol engine (better brisk performance, great fuel economy & low emissions)
- Pilihan 5 warna yang menarik iaitu Biru, Merah, Putih, Hitam dan Kelabu (metallic)
Suzuki 4S Premier Centre (Setia Gemilang Auto Sdn Bhd) ni selain menjadi pusat jualan kereta model Suzuki ianya turut menyediakan khidmat servis kereta Suzuki. Nak claim insurans dan windscreen pun boleh buat di sini.
Kemudahan di Setia Gemilang Auto Sdn Bhd
Antara fasiliti / kemudahan yang disediakan oleh Suzuki 4S Setia Gemilang Auto Sdn Bhd:
- Kemudahan WIFI PERCUMA (boleh online dan update blog)
- Ruang menunggu yang luas dan selesa dilengkapi dengan TV dan komputer
- Tempat minum kopi
- Makanan dan minuman eksklusif untuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Suzuki 4S Premier Centre pada hari Sabtu
- Latar belakang kaca untuk pelanggan lihat kereta diservis
- Ruang kerja untuk pelanggan membuat kerja sementara menunggu kereta diservis
- Tempat letak kereta yang mencukupi lebih kurang 20 tempat letak kereta untuk pelanggan
- Kemudahan di mana pelanggan boleh meninggalkan kereta semasa waktu bekerja di luar
- Menawarkan 8 service bays yang mampu menampung sehingga 60 buah kereta untuk perkhidmatan biasa dalam sehari (dengan service bays dan tenaga kerja yang mencukupi, servis kereta biasa boleh dibuat dalam tempoh 45 minit)
PROMOSI TERKINI:
Promosi terkini pelanggan boleh mendapat diskaun sehingga 10% (on labour and parts) dan percuma 23 points inspection check. Selain tu, promosi daripada Affin Bank dengan kadar faedah serendah:
- 2.05% untuk Suzuki Alto
- 1.19% untuk Suzuki SX4
- 0.83% untuk Suzuki Grand Vitara
- 0.52% untuk Suzuki Kizashi
Lokasi / Alamat:
SETIA GEMILANG AUTO SDN. BHD.
Lot 7959, Jalan Sungai Buloh, Off Kampung Melayu Subang,
Seksyen U6, 40150 Shah Alam, Selangor
Sales no: 03- 7845 6888
Service no: 03-7842 1999
Service fax: 03-7832 2929
Waktu operasi untuk jualan:
9 AM – 8 PM (hari bekerja)
10 AM – 6 PM (hari minggu/cuti umum)
PERSON IN CHARGE – MR JAMES – 012-299 7662
Waktu operasi untuk servis:
8:30 AM – 6 PM (hari bekerja)
Ahad dan Cuti Umum – TUTUP
Laman Web Rasmi: www.suzukiselangor.com
Facebook Page: facebook.com/SuzukiSetiaGemilangAuto
74 Comments
mobil ini sangat bagus untuk orang-orang yang telah berkeluarga
dulu pernah jadi sales executive untuk suzuki… merasa jugalah jual swift kat pahang ni…
bukan mudah nak buatkan customer beli swift..especially kalau customer tu dah berkeluarga…
Menarik juga spec model baru ni,teringin nak beli satu
Curahan rasa wazy @ ..Tutorial Daftar Dropbox
Patutkah ditukar dari SWIFT key kepada SWIFT keyless?? hmm temptationss…
Curahan rasa Elieza @ ..Cuti-cuti Malaysia Cameron Highland Part 1
dari dulu minat model ni.. last2 termampu beli myvi je.. hehehe
smart r keta ni..lawa..first time tgk dlm newspaper terus kagum dgn die punya design..harga pun mmg kebabom la..huhuhu..
Curahan rasa alynn @ ..Makan-Makan
moga tahun depan aku udah bisa memilikinya.
Amin.
wah mantap lah produk dan servis yg mereka offer di situ…konsep all in one….bagus2
Curahan rasa sha @ ..Travel line ni kecik aje
fuhhh seksi betul swift warna biru tu
Curahan rasa topo @ ..Komik Motivasi Untuk Menaikkan Semangat dan Memberi Anda Inspirasi
Nampak seperti menarik jerr 🙂
Memang mantap Suzuki Swift warna biru itu…
Curahan rasa Dawaihati @ ..Graph Search Metode Pencarian Terbaru Facebook
hehe.. kurang minat suzuki.. love HONDA.. tapi belum mampu.. 🙂
Curahan rasa cmratu @ ..Senarai tawaran rebet RM200 smartphone dari Celcom, Maxis, Digi DLL
Masih lagi di luar kemampuan untuk memiliki suzuki swift ni..
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Malaysia Destinasi Pelancongan Mesra Pelancong Islam
Sye tengah berfikir-fikir dan menimbang tara antara Suzuki swift atau Mitsubishi Mirage.. hurm….
Saya memang cukup suka dengan Swift ni. tapi belum masa nya lagi.
Curahan rasa daddydee @ ..Wordless Wednesday : Safety First
Comments are closed.