Status Halal Secret Recipe dan Bir Arab

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hari ini digemparkan lagi pulak dengan status halal minuman Bir Arab, Barbican Beer atau ada yang panggil Bir Halal. Daripada penyelidikan Jabatan Agama Johor melalui analisa Jabatan Kimia didapati kandungan alkohol dalam Bir Arab ini adalah 0.5 peratus melebihi apa yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu 0.1 peratus. Barbican Beer dengan berbagai perisa yang dijual berleluasa oleh Ustaz dan peniagaa Islam dan menjadi kegilaan ramai tidak termasuk aku. Aku suka Root Beer je.

Adakah ini Bir Arab yang dikatakan oleh JAJ?

Bagi aku ada banyak minuman yang boleh diminum kenapa pulak kita nak minum Bir Arab ini? Orang Arab tu memang sejak zaman berzaman kaki Arak sebab tu diciptanya Bir seperti ini untuk mereka minum minuman yang menyerupai minuman yang disukai zaman berzaman. Kita tunggu apa maklumbalas dari JAKIM tentang status Halal Bir Arab ni.

Pengumuman Status Halal oleh Secret Recipe

Selain status Halal Bir Arab ramai juga yang mencari status Halal kek Secret Recipe setelah diheboh-hebohkan di alam maya bahawa statusnya tidak halal. Secret Recipe telah membeli iklan besar di beberapa akhbar aliran perdana untuk memaklumkan bahawa produk mereka HALAL dan terdapat kekeliruan kepada penggunaan nama Secret Recipe yang diumumkan oleh JAKIM. Secret Recipe memang antara lokasi makanan yang aku suka tu pun setelah semak Status Halal Jakim secara Online dan SMS nampaknya ok je tak ada masalah. Bukanlah selalu makan  di Secret Recipe ni sesekali je tu pun dengan keluarga.

Nota : Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

Update terkini :

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus – MStar.com.my.

2. Penjelasan Malt Istak minuman dari Iran yang dikatakan tidak sama dengan Bir Arab – Dr Faisal Tehrani.

[ad#Adsense300]

---

  1. Klau halal boleh la makan tanpa was-was…
    Entri terbaru diyaixora – Kembali…My Profile

  2. maksudnya secret recipe adalah halal? jika betul Alhamdulillah, saya pun suka makan kek secret recipe.
    Entri terbaru WebTips2u.com – Mengapa Kandungan Yang Bagus Amat PentingMy Profile

  3. kalau aq nie daa hramkan daa…mngarut jer…
    Entri terbaru amie7834 – Tips menaikkan Berat Badan Secara SihatMy Profile

  4. asal perkataan BIR shj sdh ckup mnunjukkan sesutu yg tdk bagus..byk lg minuman yg halal yg disahkan JAKIM..jd BIR DR ARAB ni xprlu ada d bumi MALAYSIA.cukup2lah bir yg ada skrg tuk org bukan islam

  5. hamba Allah says:

    alang2 nama nya bir….haramkan je la….kita sebagai org islam,jauh kan bende2 yg haram,atau pun benda2 yg hampir kepada haram…mintak maaf jika saya salah diatas kekurangn ilmu saya….tapi inilah pendapat saya…

  6. secara harfiah dan umumnya semua minuman jenis bir sepertinya mengandung alkohol, sebaiknya sebagai umat muslim tidak usah mengkonsumsi minuman ini, kan masih banyak jenis minuman yang menyehatkan,,
    Entri terbaru yon – Several Business Intelligence ServicesMy Profile

  7. so SR ni sbnr nyr bole mkn x?

Artikel pilihan...close