Sosilawati ditemui update dari twitter

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dari awal aku memang tiada niat nak menulis kisah sedih yang menimpa keluarga Datuk Sosilawati yang merupakan Jutawan terkenal Kosmetik Malaysia. Kehilangan Datuk Sosilawati mendapat liputan meluas di dada akhbar serta TV lebih-lebih lagi di kalangan blogger yang sentiasa dahagakan berita semestri ini. Aku kebetulan mendapat menjelasan kisah ini terus  dari kenalan rapat yang juga seorang lawyer peribadi Datuk Sosilawati dalam kes beliau yang agak popular.

Sumber Bernama

Malam ini aku agak jengkel dengan berbagai tweet nakal tanpa usul periksa. Sangat jelas sekali Sumber dari Bernama menyatakan bahawa “6 orang telah ditangkap sehingga membawa penemuan 4 mayat rentong yang di buang di laut sekitar pantai Morib yang MUNGKIN ada kaitan dengan kehilangan Datuk Sosilawati. Pakar Forensik akan membuat bedah siasat pada pagi Ahad dan akan membuat pengesahan setelah siasatan dibuat“. Tetapi hasilnya berbagai tweet yang keluardi twitter.

Antara tweet yang kita boleh baca :

1. Datuk Sosilawati and 3 others found burnt at oil palm plantation in Morib. 6 suspects arrested. Innalillah.

2. Bernama said the 4 bodies found MIGHT be connected to Dato’ Sosilawati‘s case.. Bodies are taken for forensic exams

3. Datuk Sosilawati and 3 others found burnt at oil palm plantation in Morib. 6 suspects arrested. Innalillah//Like seriously?

4. BREAKING NEWS! Bernama TV: the bodies found were Sosilawati and the other three who went missing.

5. DATUK SOSILAWATI LAWIYA DAN TIGA YANG LAIN MATI DIBUNUH DENGAN KEJAM

6. Betul ke sosilawati da xde wei? Kaya anak2 dia oh!!

7. Al-Fatihah untuk keluarga Datuk Sosilawati. Dunia sudah kiamat! Ya Allah, ampunilah dosa umatMu sekalian.

8. Earlier mentioned among 6 suspects nabbed are Datuk and doctor ! Apa nak jd dgn dunia sekarang??!!??

9. Takziah utk keluarga Datuk Sosilawati..semoga rohnya di cucuri rahmat..dan manusia kejam yang melakukannya akan mendapat balasan setimpal

10. 4 Mayat Rentung Dijumpai di Tanjung Sepat, Morib:Sosilawati dan rakan-rakannya?

11. Dan banyak lagi tweet yang lansung tak selidik kesahihan berita hanya sekadar nak ikut-ikut sahaja… nak baca just tulis Sosilawati dan search @ Twitter.

Dalam perbincangan aku dengan kenalan aku itu pun memang kami dah jangka sesuatu yang buruk telah berlaku tetapi aku sendiri tak berani pandai-pandai buat cerita selalgi belum disahkan oleh pihak berkuasa. Kita tunggu dan doakan yang terbaik. Setiap kejadian pasti yang ditetapkan tuhan pasti ada sesuatu untuk kita semua pelajari. Apa yang belaku sangat menyedihkan terutama di bulan yang mulia Ramadhan dan Syawal. Manusia sanggup buat apa sahaja demi WANG.

Sumber terkini :

1. Kosmo Online

2. Utusan Online

AL-FATIHAH daripadaNya kita datang kepadaNya kita pergi …bila pula giliran kita dan sudahkah kita bersedia?

[ad#Mangga 300]


Spread the love

87 Comments

  1. Pingback: ping.yanmieonline.com
  2. kita mendoakan keluarga semua mangsa diberi kekuatan dan ketabahan mengharungi semua ini hingga kes ini selesai di mahkamah nanti, pasti masih panjang lagi masa akan diambil….
    Curahan rasa cikgunormah@klcitizen @ ..upahMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!