Siapa Blogger Trafik Hunter

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada semua Rakan Blogger yang memberi pendapat yang bernas dalam entri “Blogger Trafik Hunter“. Ramai sebenarnya pening Siapa  Blogger Trafik Hunter ni. Aku banyak membaca Blog Senior yang banyak memberi teguran kepada Blogger Trafik Hunter ni tapi bukan kepada semua tetapi teguran ini khas pada sekumpulan Blogger Trafik Hunter.

Komen dari Blogger Piratz adalah antara maksud sebenar Siapa Blogger Trafik Hunter yang disebuat oleh kebanyakan teguran yang dibuat oleh Blogger Senior ni :

Sejujurnya aku antara blogger yang menyifatkan sesetengah blogger itu traffic hunter. Bagi aku kenyataan diatas ada kebenarannya. Tetapi apa yang aku nak cakapkan blogger yang denaihati terangkan diatas sebagai blogger sepenuh masa tue kurang tepat. tak banyak blogger di malaysia yang berkerja sebagai blogger.. kebanyakkannya semua masih lagi belajar yang mempunyai banyak masa terluang….

blogger trafik hunter yang dimaksudkan adalah seperti dibawah.

1. menghantar kemaskini entri keatas semua page, group, dan profile blogger/kumpulan/personal yang popular. kerana, orang tersebut mempunyai ramai kawan dan pengikut. yang menerima akibatnya adalah mereka yang ‘like’, ‘join’, dan juga rakan2 personal tersebut.
2. menghantar entri yang sama berulang-ulang kali setiap hari.. boleh dikatakan, entri yang sama dihantar sebanyak 3-4 kali ke page, group, dan profile di facebook. keburukkannya, group, page, dan profile tersebut akan kehilangan kawan/ahli.
3. melakukan tajuk entri yang berunsur lucah tetapi kandungan didalam entri tiada kena mengena dengan tajuk. Tajuk lucah digunakan bagi menarik minat orang untuk baca. Setiap orang tak kira jantina pasti ada perasaan ingin tahu. Apa yang aku nak tegur mengenai point ini, bagaimana earning yang diterima jika mereka melakukan pernipuan. memang dosa pahala, halal haram itu kerja Allah. Tapi kita boleh tahu mana yang baik dan yang buruk..
4. menyertai perbagai tribe di triberr… jadi kesan buruknya timeline twitter akan dipenuhi entri yang sama setiap masa.. dan kadang-kadang berhari2. mungkin itu strategi bagus. tapi bagaimana pula dengan blogger yang hanya mengemas kini 4-5 entri seminggu jika dibandingkan blogger yang 4-5 entri sehari? tidak adil mungkin

Mungkin ramai daripada Blogger Trafik Hunter ini adalah Blogger baru yang berusaha untuk menjadi Blogger Sepenuh Masa. Suatu ketika dahulu aku pun adalah seorang Blogger Baru yang ada melakukan antara 4 kesilapan yang diterangkan oleh Blogger Piratz. Aku banyak belajar daripada kesilapan dan menerima teguran daripada Blogger Senior melalui penulisan dan teguran terus melalui email yang dikirimkan kepada aku. Semua itu sebahagian daripada pengalaman untuk menuju kejayaan. Hidupkan mesti berani gagal.

Semuga Rakan Blogger mengambil pengajaran daripada teguran Blogger Senior dan kepada Rakan Blogger yang lain berilah peluang Blogger Baru untuk memperbaiki kesilapan. Pasti setiap Blogger ada membuat kesilapan sebelum sampai ketahap sekarang. Teguran tu janganlah terlalu ganas sangat sebab Blogger Melayu sensitifnya tinggi kalau dah merajuk sunyi pulak nanti Dunia Blog Melayu ni.

Ilmu blog terlalu luas mungkin boleh baca Bagaimana Membina Identiti di Dunia Blog dengan hanya Berkomen nukilan BloggerAzman Ishak sebagai panduan.

114 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!