Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah sekali lagi pihak Denaihati Network akan menganjurkan majlis Sepetang Bersama Blogger untuk tahun yang ketiga. Cepat betul masa berlalu, diam tak diam, sudah masuk tahun ketiga kita menganjurkan majlis yang dapat merapatkan ukhwah diantara blogger, pengiat sosial media dan pembaca.
Tahun 2014 membuka lembaran baru yang ceria dengan persetujuan syarikat minuman terkenal Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad untuk menjadi penaja utama majlis SBB2014. Ini merupakan penghargaan yang sangat besar kepada industri penulisan blog tanahair apabila jenama besar yang tersenarai di BSKL seperti Yeo’s sudi untuk bekerjasama dengan Denaihati Network. Sebagai tanda terima kasih kepada penaja utama SBB2014 kali dinamakan sebagai Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014. Hashtag rasmi untuk masjlis ini adalah #SBB2014 #SBBYEOS2014.
Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 akan diadakan pada hari Sabtu, 8hb Mac 2014 di Saloma Bistro, Jalan Ampang. Lokasi baru di pilih untuk memudahkan Rakan Blogger datang menaiki kenderaan awam iaitu bas, monorel dan LRT. Atas pemintaan ramai penganjur akan membawa top blogger Malaysia seperti Redmummy, Ben Ashaari, Shafie Bustan, Zarul Husin dan beberapa top blogger lain (menunggu maklumbalas) yang akan bersama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman.
Seperti biasa hadiah cabutan bertuah menjadi tarikan utama untuk dimenangi oleh para peserta SBBYEOS2014 yang bertuah. Barisan gajet seperti iPhone 5s (3 unit), iPhone 5c (1 unit), iPad Mini (1 unit), Sistem Navigasi Garmin (2 unit), tidak lupa hadiah lain seperti pakej percutian dan banyak lagi menanti untuk dimenangi oleh para tetamu yang hadir pada majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s pada kali ini. Yuran pendaftaran sebanyak RM20 dikenakan kepada semua peserta. Selain berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah peserta akan dihidangkankan dengan makanan yang enak (ada cendol dan kambing golek) dan juga akan mendapat berbagai hadiah daripada penganjur seperti t-shirt, buku Denaihati dan lain-lain. Memang rugi sangat kalau tak join.
Pihak penganjur juga menyediakan Tapak Jualan kepada rakan blogger yang aktif berniaga secara online. Yuran penyertaan Tapak Jualan adalah RM100 dan tempat sangat terhad siapa cepat dialah yang dapat. Jangan lepaskan peluang untuk mempromosikan jenama anda kepada dunia.
Bagi menambahkan kemeriahan majlis pada tahun ini, pihak penganjur beberapa aktiviti pra-SBBYEOS2014.
1. Pendaftaran akan melayak untuk cabutan bertuah mingguan yang menyediakan hadiah wang tunai yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014.
- Minggu pertama : RM100 x 3
- Minggu ke dua : RM80 x 5
- Minggu ke tiga : RM50 x 5
- Minggu ke empat : RM20 x5
2. Rakan-rakan boleh daftar ikut cabaran affiliate dengan menjadi affiliater untuk mempromosi SBBYEOS2014 di blog, facebook, twitter dan instagram. 5 hadiah misteri akan disediakan kepada top 5 affiliater. Memang bebaloi hadiah yang disediakan yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014. Link cabaran affiliate setelah daftar seperti ini http://sbb.my/?affiliates=c81e728d9d4c2f636f067f89cc14862c
3. Mini Contest dengan beberapa hadiah gajet terkini jenama Samsung impian ramai tajaan Yeo’s. Pemenang akan diumumkan di majlis SBBYEOS2014. Sebagai tanda terima kasih jom follow Facebook Yeo’s Malaysia.
Jangan berlengah lagi, mari kita daftar sebagai peserta dan menempah tapak jualan sekarang di halaman rasmi Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 atau klik banner di bawah.
Pihak penganjur sedang berbincang dengan beberapa syarikat untuk menjadi co-sponsor SBB2014 doakan semuga berjaya. Kepada individu dan syarikat jangan lepaskan peluang untuk menjadi co-sponsor SBB2014 kerana produk anda akan mendapat pendedahan besar-besaran. Kepada yang berminat untuk mengetahui kelebihan menjadi co-sponsor sila rujuk Pakej Penaja.
Semuga ALLAH permudahkan semua urusan dan majlis ini memberi manafaat kepada semua. Sebarang pertanyaan sila kirimkan pesanan di Facebook Denaihati Network.
No related posts.
186 Comments
Teringin sangat nak pergi, tapi tarikh tak bersesuaian.. Clash dengan komitmen kerja., alangkah indahnya jika jadi Blogger fulltime….
Curahan rasa Saljuhumairah @ ..Panduan Buat Blog WordPress – Cipta Keuntungan
dah register tadi..insyaallah xde aral melintang blan depan bkmpl kat saloma bistro..huhu
Curahan rasa cik tom @ ..Jenis Sumber Tenaga Dan Perbandingannya
jum kita sertai event tahunan yang menarik ni. haha
Curahan rasa suhairi alias @ ..Sepetang Bersama Blogger (SBB)
Nampaknya semakin meriah SBB 2014 ni, lebih hebat drp sebelumnya.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Kejayaan Besar Menang Contest iPhone 5S
meriah betul nampaknya ni..
Curahan rasa guliroket @ ..Undi Guliroket.com di MSMW 2014.
as-salam
firstly tahniah sbb dpt penganjur utk program ni.
teringin benor nak join.. hihi .. tp segan giler.. sbb blog suam suam kuku je. hihi
boleh bawa suami tak?
bayarannya nanti mcm mna?
boleh bawa suami atau anak(13tahun keatas) dengan bayaran rm20 seorang. cuma kalau anak kecil tak boleh bawa masuk dewan tapi ada ruang diluar dewan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger
assalam. ok tima kasih 🙂
so, total RM 40 la kan..
Cik Su, jomla join, boleh kita jumpa ke? hehee
MJ baru je mendaftar, insyaAllah takde aral MJ sampai 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Pelikat Pants / Batik Pants
ye ke.. ok ok.. in shaa Allah.. 🙂
kena booking suami dulu. sbb masih kusus kat kuantan tarikh tu. kalau suami boleh balik weekend, on je. hihi.. kita jumpa di sana.. in shaa Allah..
Curahan rasa qasehnya rania @ ..Selamat Hari Lahir untuk saya….
Syabas dan tahniah buat Denaihati Network atas usaha dan kerja keras menjayakan majlis sebegini.
Curahan rasa Ismail N @ ..Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014
Sangat teruja dengan hadiah² yang menanti… Oh tak lupa juga perkongsian dari top² blogger Malaysia 😀
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Analisa Prestasi Fanpage Anda Dengan Facebook Page Insight
alhamdulillah. dah daftar.:)
Curahan rasa hazanis @ ..Top 10 Entri 2007-2014
alhamdulillah…dah sempat daftarkan diri…tunggu masa ja… datang tak datang tu belakang cerita..yang penting daftar dulu… keh keh keh..
Curahan rasa Pendekar @ ..Kolej Unifield Panas Punggung? Kah kah kah.
Alhamdulillah. betul daftar dulu yang penting sebab tempat terhad….
Curahan rasa Denaihati @ ..Harga sebenar iklan di blog
teringin sangat nak join ssb nih…tp rasa mcm x dpat jer..maybe sbb 2015 kot..
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Manchester City 0 Chelsea 1 : Rekod Kebal City Lebur
terbaik ni… harap dapat pergi nanti.
Curahan rasa zuls @ ..Cashout Microworkers.com Kali Pertama
Nak pergi tapi segan lah pulak… baru mula kerja pulak tu. Aiseyman
Curahan rasa Qashmere @ ..Sponge Cake With Strawberry Buttercream Untuk Bakal Boss
tahniah dapat kerja baru. hari sabtu cuti kot…segan sikit biasalah….
Curahan rasa Denaihati @ ..Dari Baitulmuqaddis singgah di Tasik Tiberia dan Ashabul Kahfi
terima kasih diatas penganjuran.
alhamdulilah..saya juga dah daftar. walaupun ada sedikit perasaan segan dihati. hehe..
Curahan rasa Syuhada @ ..10 Strategi Buat Duit Dengan Blog
Alhamdulillah dan terima kasih, biasalah mesti ada segan-silu sikit-sikit, inilah peluang nak jumpa kawan blogger ramai-ramai…
Curahan rasa Denaihati @ ..Harga sebenar iklan di blog
Comments are closed.