Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah sekali lagi pihak Denaihati Network akan menganjurkan majlis Sepetang Bersama Blogger untuk tahun yang ketiga. Cepat betul masa berlalu, diam tak diam, sudah masuk tahun ketiga kita menganjurkan majlis yang dapat merapatkan ukhwah diantara blogger, pengiat sosial media dan pembaca.
Tahun 2014 membuka lembaran baru yang ceria dengan persetujuan syarikat minuman terkenal Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad untuk menjadi penaja utama majlis SBB2014. Ini merupakan penghargaan yang sangat besar kepada industri penulisan blog tanahair apabila jenama besar yang tersenarai di BSKL seperti Yeo’s sudi untuk bekerjasama dengan Denaihati Network. Sebagai tanda terima kasih kepada penaja utama SBB2014 kali dinamakan sebagai Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014. Hashtag rasmi untuk masjlis ini adalah #SBB2014 #SBBYEOS2014.
Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 akan diadakan pada hari Sabtu, 8hb Mac 2014 di Saloma Bistro, Jalan Ampang. Lokasi baru di pilih untuk memudahkan Rakan Blogger datang menaiki kenderaan awam iaitu bas, monorel dan LRT. Atas pemintaan ramai penganjur akan membawa top blogger Malaysia seperti Redmummy, Ben Ashaari, Shafie Bustan, Zarul Husin dan beberapa top blogger lain (menunggu maklumbalas) yang akan bersama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman.
Seperti biasa hadiah cabutan bertuah menjadi tarikan utama untuk dimenangi oleh para peserta SBBYEOS2014 yang bertuah. Barisan gajet seperti iPhone 5s (3 unit), iPhone 5c (1 unit), iPad Mini (1 unit), Sistem Navigasi Garmin (2 unit), tidak lupa hadiah lain seperti pakej percutian dan banyak lagi menanti untuk dimenangi oleh para tetamu yang hadir pada majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s pada kali ini. Yuran pendaftaran sebanyak RM20 dikenakan kepada semua peserta. Selain berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah peserta akan dihidangkankan dengan makanan yang enak (ada cendol dan kambing golek) dan juga akan mendapat berbagai hadiah daripada penganjur seperti t-shirt, buku Denaihati dan lain-lain. Memang rugi sangat kalau tak join.
Pihak penganjur juga menyediakan Tapak Jualan kepada rakan blogger yang aktif berniaga secara online. Yuran penyertaan Tapak Jualan adalah RM100 dan tempat sangat terhad siapa cepat dialah yang dapat. Jangan lepaskan peluang untuk mempromosikan jenama anda kepada dunia.
Bagi menambahkan kemeriahan majlis pada tahun ini, pihak penganjur beberapa aktiviti pra-SBBYEOS2014.
1. Pendaftaran akan melayak untuk cabutan bertuah mingguan yang menyediakan hadiah wang tunai yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014.
- Minggu pertama : RM100 x 3
- Minggu ke dua : RM80 x 5
- Minggu ke tiga : RM50 x 5
- Minggu ke empat : RM20 x5
2. Rakan-rakan boleh daftar ikut cabaran affiliate dengan menjadi affiliater untuk mempromosi SBBYEOS2014 di blog, facebook, twitter dan instagram. 5 hadiah misteri akan disediakan kepada top 5 affiliater. Memang bebaloi hadiah yang disediakan yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014. Link cabaran affiliate setelah daftar seperti ini http://sbb.my/?affiliates=c81e728d9d4c2f636f067f89cc14862c
3. Mini Contest dengan beberapa hadiah gajet terkini jenama Samsung impian ramai tajaan Yeo’s. Pemenang akan diumumkan di majlis SBBYEOS2014. Sebagai tanda terima kasih jom follow Facebook Yeo’s Malaysia.
Jangan berlengah lagi, mari kita daftar sebagai peserta dan menempah tapak jualan sekarang di halaman rasmi Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 atau klik banner di bawah.
Pihak penganjur sedang berbincang dengan beberapa syarikat untuk menjadi co-sponsor SBB2014 doakan semuga berjaya. Kepada individu dan syarikat jangan lepaskan peluang untuk menjadi co-sponsor SBB2014 kerana produk anda akan mendapat pendedahan besar-besaran. Kepada yang berminat untuk mengetahui kelebihan menjadi co-sponsor sila rujuk Pakej Penaja.
Semuga ALLAH permudahkan semua urusan dan majlis ini memberi manafaat kepada semua. Sebarang pertanyaan sila kirimkan pesanan di Facebook Denaihati Network.
No related posts.
186 Comments
ASsalamualaikum, Salam 1 Dunia Tuan Denai. 🙂
Saya dah baca artikel pasal SBB2014 ni di blog rakan blogger.
Tapi ..
Baru sekarang ada masa nak fokus pada blog. Masa tu saya sibuk dengan kerjaya terkini.
Kalau boleh, mungkin saya & rakan blogger lain yang tak sempat daftar boleh daftar lagi penyertaan. 🙂
Ini first time saya hadir ke event SBB jika saya dapat didaftarkan. 🙂
maaf tuan, dalam satu minggu pendaftaran dah penuh kuota.
apapun sangat berterima kasih dengan sokongan dan atas minat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kisah pengalaman hubungan suami isteri
Kalau ada kawan kawna yang tak dapat pergi,
boleh x contact sy..
i will pay what you pay..
tak daftar arituh sbb takot buzy..
tapi skrg mcm tak plak..
so dah terlepas
Curahan rasa Norfanil @ ..Faktor Jalan Sesak, Apa yang di jangkakan?
rasa sangat tak sabar nak join sekali majlis ni 😀
Curahan rasa AZRI JOHAN @ ..Tips Mendapatkan Idea Menulis Blog
memang banyak hadiah yang ditawarkan..memang nak pergi tapi ade hal pulak masa tu..takpela.mungkin tahun 2015 akn join kalau ade wat lagi..ehhe
Curahan rasa nadia johari @ ..ZIZAN RAZAK PALING BANYAK DAPAT ANUGERAH DI ANUGERAH MELETOP ERA
SBB 2014 memang hebat. Dah nak penuh w/pun ada selama 1 bulan lagi.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Contest Hebat Bersama Yeo’s Pilihanku Dan Keluarga
InsyaAllah kali ni cuba menghadirkan diri, dah daftar dah tadi…
Curahan rasa AUC @ ..Perak vs Kelantan Liga Super 2014 Live Streaming
Assalamualaikum..
agak lucu, saya ke sana hari nih 8-Feb-14
tersalah bulan rupanya..haha
(patutlah sunyi jer Saloma Bistro)
Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Program Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari Borang Daftar Secara Online
Alamak…he hee…boleh tahan bahang #SBB2014 #SBBYEOS2014 kali ni. Jangan serik, insyaAllah jumpa nanti 8Mac dan semuga Allah permudahkan dan dapat bagi manafaat kepada semua blogger.
Curahan rasa Denaihati @ ..Arsenal mampukah terus bertahta di BPL 2013/14
iPhone 5C dan iPhone 5S jadi salah satu hadiahnya, oke juga ni acara…
Curahan rasa Abi Bewara @ ..Nokia Lumia 1520 Sudah Dijual di Indonesia Seharga Rp 9,450 Juta
Alhamdulillah ..in sha Allah jumpa di sana nanti
Assalamualaikum. tahun lepas tak dapat join.. tahun ni tunggu green light daripada suami dulu. hihihi.
Curahan rasa Sheila Salim @ ..Simpul Biawak @ Kekejangan Kaki
Comments are closed.