Semak keputusan UPSR, PMR dan SPM Online dan SMS

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, calon UPSR, calon PMR dan calon SPM pasti berdebar-debar menunggu keputusan yang akan diumumkan. Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari di hari keputusan dikeluarkan. Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.

Teringat pulak zaman-zaman sekolah dulu terpaksa naik bas pagi-pagi ke sekolah untuk mengambil keputusan pemeriksaan. Sekarang dah mudah calon juga boleh semak keputusan SPM melalui SMS yang di sediakan oleh Kementerian di mySMS.

Semak keputusan UPSR, PMR dan SPM melalui SMS

  • Taip UPSR atau PMR atau SPM [No Kad Pengenalan] [ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
  • contoh :  SPM 971010101010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888

Semak keputusan UPSR secara SMS

Semak keputusan UPSR secara SMS

Semak keputusan PMR secara SMS

Semak keputusan PMR secara SMS

Semak keputusan SPM secara SMS

Semak keputusan SPM secara SMS

Semak keputusan UPSR, PMR dan SPM Online

Semak keputusan UPSR secara Online

Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Perjalanan hidup masih jauh lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun SPM tidak cemerlang.

Comments

  1. says

    Tadi tengok kat berita 1.30 ke berita terkini tv3, format semak keputusan tu betul dah cuma buang perkataan SEMAK tu.

    • srikandi cinta says

      bila cakap pasal result, sy sangat sedih… :(

      sy tak berjaya dpt straight A’s .. oh arab,, kenapa lah kau menggagalkan rancanganku utk dpt straight A’s?

      • says

        Jangan bersedih setiap kejadian ada hikmahnya. Kejayaan sebenar bukan hanya dapat semua A tetapi dapat melalui hidup dengan sabar walau diuji dgn berbagai ujian oleh Allah swt.

      • says

        Gagal hari ni bukan bermaksud gagal untuk selama2nya…jadikan kegagalan itu sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha dan perbaiki kelemahan.
        Entri terbaru KDN – What is acne?My Profile

  2. aisyah says

    Salam semua..
    Alhamdulillah..saya dah try sms ni..
    dan saya pun dah dapat keputusannya..syukur sangat…
    terima kasih denaihati 4 dis info..
    terima kasih sangat2..

  3. Iwan Ann says

    sya dah cuba mySMS untuk semak kputusan SPM..
    tapi masih blum dapat mklum balas..
    tiade care laen ke yg lbih mudah & cepat?
    seperti laman web

Trackbacks

  1. […] 9,239 orang calon SPM sekolah Kementerian Pelajaran yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 berjaya memperoleh kelulusan A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil, bagaimana pula […]