Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berdebar-debar di hati bukan setakat abang juga kami ibu bapa menunggu keputusan SPM 2013 yang akan diumumkan pada 20/3/2014 sehari selepas pengumuman STPM 2013 iaitu pada 19/3/2014. Sekarang mudah nak semak keputusan SPM 2013 tak perlu pergi sekolah boleh semak secara online dan sms tak macam dulu perlu beratur panjang di sekolah.
Abang kata tak best pulak kalau semak keputusan SPM 2013 secara online atau sms sebab tak dapat jumpa kawan-kawan lama yang sudah lama tak jumpa. Inshaa Allah kami akan menziarahi sekolah abang, Madrasah Arab Kluang untuk mengambil keputusan SPM 2013 yang akan keluar selepas jam 10 am. Selepas tamat SPM abang tak berkesempatan bertemu kawan-kawan lama kerana membawa haluan sendiri. Majoriti kawan-kawan menyambung pelajaran di beberapa madrasah di Johor tapi abang menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama di Shah Alam satu sekolah dengan anak Penderma Hati yang pernah menjadi penulis jemputan di blog ini. (Kalau belum pernah baca klik koleksi entri Kisah Secebis Hati).
Calon SPM 2013 pasti berdebar-debar menunggu masa untuk menyemak keputusan SPM yang akan diumumkan pada 20/3/14. Mengikut kata abang pengumuman peringkat nasional akan dibuat di dewan sekolah yang abang sedang belajar sekarang. Mungkin sekolah tersebut dapat keputusan terbaik peringkat nasional agaknya. Menurut satu kenyataan kementerian, calon boleh menyemak keputusan SPM mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama. Calon persendirian SPM pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.
Semak keputusan SPM 2013 secara SMS
Sekarang dah mudah calon boleh semak keputusan SPM secara SMS yang di sediakan oleh Kementerian di mySMS tak seperti dahului wajib kena pergi sekolah untuk mengambil keputusan SPM.
- Taip SPM [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
- contoh : SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888
Perkhidmatan Semak Keputusan SPM akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 20 Mac 2014 dan akan ditamatkan pada 11.59 pm, 26 Mac 2014.
Berdasarkan keputusan percubaan SPM rasanya tak risau dengan keputusan SPM sebenar abang tetapi apa pun keputusan kami akan terima dengan hati terbuka. Abang sudah buat keputusan untuk meneruskan pengajian STAM sehingga tamat peperiksaan pada bulan Oktober 2014.
Pemohonan IPTA
[box type=”shadow”]1. Calon SPM 2013 boleh memohon kemasukan IPTA secara online di SINI yang telah dibuka sejak 20/1/2014 sehingga 7/4/2014.
2. Pemohonan sambung belajar di Kolej Pengajian Tinggi Mara (KPTM) di http://kptm.edu.my [/box]
Tahniah kepada calon SPM yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Kepada ibu bapa jangan tunjukkan kekecewaan di hadapan anak seandainya keputusan SPM tidak seperti yang diharap tetapi beri semangat untuk anak bangun kembali dari kekecewaan kerana perjalanan hidup masih jauh. Perjalanan hidup masih panjang lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun SPM tidak cemerlang.
Pemohonan Biasiswa untuk SPM/STPM 2013
[box type=”shadow”]1. Biasiswa PETRONAS boleh memohon @ http://educationsponsorship.petronas.com.my (Tutup pada 26 March 2014) [/box]
68 Comments
x berape seronok kalau check result camtu, kalau pg skolah bleh jumpe kwn2 lama, cikgu semua..apepun teknologi ni memudahkan..ade pro n cons
Curahan rasa Car Rental Kuala Lumpur @ ..Car Rental Kuala Lumpur (KL), Malaysia
teringat saya dulu masa nak ambik result spmv.. lepas ujian lesen motor, terus ke sekolah ambik result… hehehehe
Curahan rasa KiD @ ..Pepero Tiada Sijil HALAL??
semoga berjaya buat anak tuan dan kepada seluruh pelajar yang mengambil SPM..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Misi Mencari Duit Online Tetap Diteruskan
Teringat berpuluh tahun lepas keterujaan diri sendiri untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Tahun ini seorang anak saudara sedang dalam debaran. Doa yang terbaik buat anak-anak kita.
Curahan rasa JunAina @ ..MH370 Drama Raja Harap-harap Ini Bukanlah Cerita Drama
Rindu zaman ambil keputusan SPM dulu. Memang best dapat jumpa kawan lama.
Curahan rasa Bahrain @ ..Konsert Liar FMFA14 Mengundang Bala
Mesti berdebar-debar abang tu ya..
Curahan rasa hafiz @ ..Wordless Wednesday 34 : Tebalnya kabus
bukan setakat anak nk jumpa kawan2 lama, maknya pun nk jumpa parents yg dah lama kenal dari form 1 smpi form5
walaupun saya dalam kalangan org iCT, mengambil keputusan peperiksaan anak ttp saya raikan..tak thrill nak sms je..hihihi
Yg cemerlang mungkin boleh minta mak ayah belikan hendpon yang gedabak ni
Curahan rasa BlogLoriSewa @ ..Lori Sewa – Lenovo A850 Murah Bertaraf Sempurna
Pergi ambil keputusan SPM dulu-dulu seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Zaman tu belum ada teknologi utk berhubung macam sekarang.
Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Kembara ke negara orang – satu pengalaman baru.
Inilah salah satu manfaat dari teknologi. Moga Abang mendapatkan hasil terbaik.
sekarang ni zaman pelajar kini semuanya sudah jadi mudah. dengan sms pun sudah boleh tahu, tp bagus senan teknologi digunakan pada tempat yang betul iaitu membantu manusia mengurus sesuatu dengan pantas dan berkesan. tahniah kepada adik adik yang berjaya
Curahan rasa myrujukan @ ..WordPress SEO By Yoast Percuma dan Terbaik
Moga abg mendapat apa yg dicita2kan oleh beliau baik di dunia dan juga akhirat. Ameen
Curahan rasa sohoque @ ..D’Stall Restaurant And Cafe Mini Anfield Malaysia
Senangnya nak semak keputusan SPM… Dengan menghantar SMS sahaja, dah boleh semak keputusan SPM… Tak semasa zaman saya dulu, kena pergi ke sekolah baru dapat tahu keputusan SPM.. Terima kasih di atas perkongsian info…
Curahan rasa Anuar @ ..Jemputan Menyertai Konvensyen Pakar Bisnes Internet 3
Setuju dengan kata-kata DH. ” Kepada ibu bapa jangan tunjukkan kekecewaan di hadapan anak seandainya keputusan SPM tidak seperti yang diharap tetapi beri semangat untuk anak bangun kembali dari kekecewaan kerana perjalanan hidup masih jauh” > SPM bukan penentu segalanya.
Debarannya semakin hampir.
Comments are closed.