Selongkar Google Webmaster Tools blog.ariff

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setelah aku keluarkan entri Link blog Error 404 bahaya ke?? barulah aku tahu ramai juga blogger yang masih tak daftar Google Webmaster ni. Sebelum aku buat entri khas untuk isu error 404 yang masih ramai tak faham lagi termasuk aku, ini ada entri istimewa tentang Google Webmaster daripada blogger hebat dan tersohor yang blognya telah dapat lebih 1 juta pageviews.

Ariffshah.com

Joom sama-sama kita timba ilmu dari entri khas Google Webmaster ini :

Komen dari syahrilhafiz

Entri ni adalah reply kepada komen pembaca atas nih. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa lagi yang boleh dibuat di Google Webmaster Tools. Aku bagitau apa yang aku buat jelah, sebab kalau nak diikutkan banyak lagi benda advanced yang boleh dibuat, tapi aku memang tak layan ah benda-benda tu. Kita buat yang basic je tapi masih berkesan, ok?

Start dengan muka depan. Adalah seeloknya letakkan kedua-dua versi yang ada ‘www’ dengan takde. Tujuannya supaya kita boleh set yang mana kita nak Google guna nanti. Aku lagi suka takde ‘www’ – ringkas dan senang nak ingat.

Masuk dashboard akan nampak semua benda seperti search queries, crawl errors, keywords dan macam-macam lagi. Kat search queries tu kita tau lah query yang mana tengah popular dan boleh sumbangkan trafik. Tengok entri mana yang berkaitan dan cuba dapatkan backlink untuk entri tu. Minta tolong la kawan blogger yang lain untuk kasi letak link tu seminggu dua.

Kena ingat, kalau main keyword, benda ni memang sifatnya bermusim. Time dia panas, memang sedaplah.

Bilalah nak naik PageRank ni..

Lepas tu masuk Site configuration> Crawler access. Sini nak control macam mana Google bots index site korang. Boleh bagitau page apa yang tak perlu index sebab bukan semua page dalam blog kita ni perlu diindex. Dengan itu, bila dah buang benda yang tak perlu untuk diindex, lagi cepat la proses mengindex tu. Kepada siapa yang takde, amik file robots.txt (right click> save link as) ni dan upload ke dalam folder public_html. Pengguna platform Blogger.com tak payah sangat, memadai guna default settings jer sebab Blogger tak banyak page sangat.

Lagi satu langkah ni dapatlah mengelakkan duplicate content dalam index kita. Google tak suka duplicate content.

Kemudian masuk Site configuration> Settings. Kat sini boleh setkan preferred domain yang aku cakap tadi, nak ada ‘www’ ke tak. Boleh jugak set targeted users untuk blog kita, cuma kalau domain .my, memang akan default targeted users adalah orang Malaysia. Lagi satu boleh set crawl rate. Kalau server korang resource banyak dan tak selalu jammed sebab trafik masuk gila bab~ boleh la buat crawl rate paling tinggi. Baru cepat sikit Google Bot index blog korang.

Geographic target: Takkan Uganda pulak kan..

Jadi itu jelah kot yang aku buat. Benda lain dah pernah tunjuk dalam entri Dapat Google Sitelinks. Lepas ni apa lagi korang nak suruh aku tunjuk ha?

Keterangan PenulisEntri Selongkar Google Webmaster Tools blog.ariff adalah hasil karya Ariffshah yang merupakan seorang blogger yang sangat ngetop sekarang. Blog beliau  Ariffshah.com penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging.

[ad#nuffnang336]

---

  1. One is never too Old to learn

  2. entry yg sangat2 berinformasi..ble la try lpas ni..(^^)
    Entri terbaru walex – Success Story- Dato Dr Azman ChingMy Profile

  3. aku baru faham sikit2.. nanti aku nak timba ilmu lagi dari otai ni

  4. wah!! macam bestjer hehe.. tp matdin gne blogger hehe..
    Entri terbaru matdin – Tag Daripada MokcikMy Profile

  5. Dah ikut step yang diberi Ariff Shah harap-harap google bot tak crawl melencong lagi. Crawl yang perlu sahaja. Thank for the tips. Banyak sekali nak kena belajar
    Entri terbaru akubiomed – Rasa simpati mangsa Tsunami dan letusan gunung MerapiMy Profile

  6. nice information

  7. Sudah makeover blog saya tu.. tak pasti kalau berkesan ker tak ni… jarang juga buka google webmaster sebenarnya.

  8. sangat bermanfaat, selama ini fasilitas google yang saya manfaatkan untuk mengetahui traffic adalah analytic, tapi webmaster tool ini punya layanan lain dan saya akan mencobanya
    Entri terbaru jaket murah – Jual Jaket MotorMy Profile

  9. info yg sangat bermanfaat,.
    thanks.

  10. info yg sangat berguna..sy baru lepas rujuk blog ni untuk setting google web master since selama ni ingt ia tak berapa penting:)

  11. kena cuba buat ni…

  12. masih baru lagi… rasanya kena buat barulah faham skit2 kot heehee..

  13. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Semoga dipermudahkan. Aamiin. :-)

  14. Slow-slow kena ikut tip tu. Maklum la saya ni lemau sikit. Kalau perah lebih-lebih nanti boleh jem. Tak pasal-pasal masuk spital
    Entri terbaru Norasikin – Kategori guru-guru sekolahMy Profile

  15. pisyek cuma nk kan pengesahan, cara dlm screen shot robot.txt kat atas tu tujuannya nk block google-bot je ke, atau nak block bot-bot lain (dari yahoo, bing,etc.) ?
    Entri terbaru Pisyek – Penstrukturan semulaMy Profile

Trackbacks

  1. Online Article…

    [...]very few websites that happen to be detailed below, from our point of view are undoubtedly well worth checking out[...]…

  2. Tutorial Penggunaan Wordpress Plugin All in One SEO | blog.ariff says:

    [...] Lain-lain, gunakan noindex macam yang kat atas ni supaya Google tak index duplicate content. Benda ni efek dia sama dengan kalau guna robots.txt yang aku pernah ceritakan kat entri Selongkar Google Webmaster Tools blog.ariff [...]

Artikel pilihan...close