Sebak sungguh rasa di Hati

Spread the love

Salam 1Malaysia, pada 28 – 31/5/2010 aku bersama 5 orang teman termasuk Imran, President iLuvislam akan berada di Kemboja untuk menziarahi teman-teman dan mengadakan perbincangan lanjut untuk memastikan projek eQurban yang baru dilancarkan berjalan lancar. Antara jadual yang paling penting dalam lawatan kami adalah menziarahi Cambodia Islamic Center (CIC).

wanita kemboja di rumah rakit

Setiap kali menziarahi CIC pasti jiwa kami tersentuh melihat anak-anak remaja yang berjuang untuk meneruskan kelansungan umat Islam di Kemboja. CIC tidak mendapat peruntukan daripada Kerajaan Kemboja dan bergantung 100% daripada dermawan daripada seluruh dunia. Majoriti pelajar tidak mampu untuk membayar yuran makan sebanyak USD10-20 sebulan. Pentadbir CIC perlu membelanjakan RM1500 untuk 3 kali makan sehari kepada 500 pelajar. Lebih kurang RM500,000 perbelanjaan diperlukan hanya untuk makan setahun. Kebanyakan hari anak-anak CIC hanya makan nasi bersama garam. Nasib mereka baik sekira ada dermawan yang sudi buat akikah pada hari-hari tertentu. Pengetuanya hanya menerima gaji USD180 sebulan dan 3/4 digunakan semula untuk keperluan CIC. Air mata pasti menitis melihat anak-anak CIC berebut-rebut masuk ke dewan makan yang sangat daif tanpa kerusi dan makan dengan selera walaupun nasi berlauk garam. Terbayang aku di Malaysia kita sudah biasa membazirkan makanan tanpa ada perasaan menyesal.

Sungguh aku tak berdaya nak menulis lagi sebak sungguh rasa di hati. Kepada yang sudi untuk menghulur bantuan biarkan RM1 pun sangatlah dialu-alukan cuma perlu klik Tabung Sumbangan Muslim Kemboja. Kepada yang ada niat nak akikah atau kurban sila terus ke eQurban, ingat sebelum sempat wang anda sampai kepada menerima pasti Allah telah meanugerahkan ganjaran untuk anda.


Spread the love

48 Comments

  1. RasulAllah SAW bersabda, ” Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, “Ya Tuhan, kruniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah”. Yang satu lagi menyeru ” musnahkanlah orang yang menahan hartanya” .

  2. Allah Ta’ala berfirman, “Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . {Qs. Al Baqarah (2) : 261}

  3. Rasulullah S.A.W menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyakan sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkat.

    Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :

    Allah Ta’ala berfirman, ” Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah” . {Qs. Al Lail (92) : 5-8}

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!