Sally Yen Menghina Islam

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, media sosial seperti Facebook sudah menjadi wadah untuk melepaskan geram kepada yang kurang faham tentang konsep kebebasan beragama di Malaysia. Sudah banyak kes penghinaan Islam yang berlaku di media sosial khasnya Facebook. Kalau sebelum ini heboh kes Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang menunjukkan gambar duduk di atas Kaabah dengan berpakaian seksi. Sebelum itu tersebar luas video Benjamin Stephen di Youtube yang dengan jelas menghina Islam dan Rasulullah SAW.

Malaysia sebuah negara demokrasi dengan Islam agama rasmi dengan membenarkan rakyat beragama lain mengamalkan agama dengan bebas. Sikap saling menghormati antara agama sangat penting untuk menjaga batas-batas susila beragama supaya tidak berlaku kecelaruan dalam bermasyarakat. Perbezaan beragama bermakna ada perbezaan kefahaman antara penuntut setiap agama. TIndakan menghina agama lain kerana perbezaan kefahaman pasti akan membawa kesongsangan dalam hubungan masyarakat majmuk Malaysia.

Tindakan Sally Yen mengikut sumber INI mengulangi beberapa watak durjana sebelum ini menghina Islam pasti membawa rasa marah di kalangan umat Islam di Malaysia. Mengunakan Facebook dengan berani dan pasti dengan akaun samaran Sally Yen merasakan selamat untuk menghina Islam.

Sally Yen hina Islam

Tindakan yang sangat keras mesti diambil oleh Kerajaan kepada siapa juga Sally Yen sebagaimana Kerajaan mengambil tidakan keras kepada Melissa Goi yang menghina Yang Di Pertuan Agong. Mengikut rekod (kalau salah tolong betulkan) kebanyakan watak di Facebook yang menghina Islam terlepas begitu sahaja. Kami pasti siapa pun dibelakang sebuah akaun Facebook dengan nama samaran pasti dapat dikesan.

Sally Yen hina Islam

Malaysia memang negara demokrasi tetapi demokrasi pun ada batasnya kalau dibiarkan watak-watak penghina Islam berleluasa di alam maya Malaysia sangat dikhuatiri tindakbalas penghinaan kepada agama lain akan berlaku dan ini pasti akan menjadikan keharmonian yang telah dibina berpuluh tahun akan hancur begitu sahaja.

Perjuangan kebebasan yang melampau kekadang menjadikan manusia fikir mereka ingin bebas dan sesuka hati bertindak mengikut kata hati tanpa memikirkan implikasi kepada masyarakat. Mencabar undang-undang menjadi keseronokan untuk menjadi popular walaupun bukan disukai oleh majoriti. Kekadang orang tua yang mengajar orang muda menjadi kurang ajar.

121 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!