Rezeki jangan ditolak

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai nampaknya yang join Majlis Jamuan Minum Petang Perdana Menteri Bersama Rakan-rakan Dalam Talian di Seri Perdana. Pada mulanya memang aku berniat nak join tetapi setelah mendapat jadual ziarah anak di Madrasah niat ini aku tangguhkan diwaktu yang lain. Tahun lepas aku juga tidak dapat hadir di majlis yang sama kerana urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan. Insyallah ada rezeki suatu hari Allah akan izinkan untuk join Majlis seperti ini. Bagus juga dapat berjumpa pemimpin bertukar idea dan berkongsi pengalaman dengan blogger yang lain. Kalau setakat nak bersalam dengan DS Najib Razak tu bukanlah matlamat sebab rasanya dah banyak kali dapat bersalam dengan beliau begitu juga Tun Abdullah dan Tun Mahathir.

Alhamdulillah blog ini pun dah mula dapat sponsor untuk contest yang bakal dianjurkan sepanjang tahun 2011. Terima kasih kepada Abang Chik pengomen ke 8 terbanyak bulan Januari 2011 kerana telah sudi sponsor cermin mata brand Rayban. Rezeki jangan ditolak kan. Katanya Abang Chik ni agent Rayban jadi kepada yang minat nak beli jom serbu Rayban Malaysia (Abang Chik kalau ada yang order jangan lupa komisennya heeee). Ada lagi yang sudi nak jadi sponsor ke??

Syukur juga kepada Allah S.W.T kerana memberi rezeki yang tidak disangka-sangka dapat cek dalam US dollar lagi tu berjumlah USD1236.54 boleh lah kongsikan rezeki ini dengan teman-teman blogger melalui hadiah contest yang akan dianjurkan. Semuga perkongsian ini akan menambah rezeki yang berlipat kali ganda di masa-masa akan datang.

[ad#nuffnang336]

118 Comments

  1. duit tue sapa bagi?hehe…denai hati,Jom saksikan gambar terpanas Justin Bieber tahun ini Di blog Blog Kisah2 Kelakar yea.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!