Qiamulai di Masjid KLCC

Spread the love

1. 3 tahun lepas pada 10 Ramadhan terakhir aku pergi bisnis trip ke Jakarta. Kebetulan Masjid di depan hotel yang aku stay tu ada buat Qiamulai pada malam ganjil 21, 23,25 dan 27 Ramadhan. Yang datang beribu orang dan diketuai oleh seorang Ulama. Aku extend trip aku beberapa hari untuk hadir semua Qiamulai tersebut. Memang best dan rasanya aku memang dapat sesuatu daripada Qiamulai tersebut. Minggu lepas aku terasa rindu sangat dengan majlis Qiamulai tersebut. Aku cakap kat wife rasa macam nak ge Jakarta nak join Qiamulai yang memang dilaksanakan setiap kali Ramadhan tu. Tapi suasa tegang Malaysia – Indonesia membatalkan niat tersebut.

2. 3 hari lepas wife ajak pergi KL untuk uruskan beberapa hal peribadi. Aku memerah otak memikirkan hotel yang sesuai yang tak terlalu mahal dah dekat dengan masjid (tak mahu ketinggalan terawaih berjemaah). Banyak option tapi hati aku ni macam tak selesa je jadi aku solat isthiqarah dan serah pada Allah. Lepas solat Jumaat aku dapat ilham kenapa tak cuba Darby Park, masjid ada, mall dekat, nak makan mudah dan nak travel dengan LRT pun mudah. Nak best lagi aku teringat member PNB aku kot-kot dapat staff price. Apalagi aku terus sms member aku tu dan alhamdulillah semua berjalan lancar.

3. Sebelum zohor Sabtu kami sampai di Darby Park, alhamdulillah semua dah diuruskan jadi kami terus je lah masuk bilik. Lewat petang kami jalan-jalan di KLCC dan berbuka di tepi tasik sebab semua tempat makan dah penuh. Lepas berbuka aku terus ke Masjid KLCC untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawih. Yang paling mengembirakan aku ada satu banner bertulis Majlis Qiamulai bersama Astro Oasis.

4. Aku pergi l ke Masjid jam 1.00 am. Majlis Qiamulai mula jam 3.00 am diimamkan oleh Ustaz Zul. Jemaah memang ramai dah macam solat Jumaat pulak. Subahanallah Allah maha kuasa minggu lepas aku terfikir nak join Qiamulai dan Allah perkenankan cuma di lokasi yang lain. Allah sentiasa mendengar bisikan hati kita dan Bila kita mencari Allah pasti Allah juga mencari kita.

[ad#Mangga 300]


Spread the love

7 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!