Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, saat Malaysia Memilih untuk PRU13 semakin hampir. Debaran semakin dirasa dikalangan calon dan penyokong yang sudah bermatian berkempen sejak berakhirnya PRU12. Medan sosial media Facebook dan Twitter menjadi medan yang paling hangat menyebarkan ideologi cuba memujuk kawan-kawan dengan berbagai ayat manis yang disertakan dengan video, gambar dan dalil ayat al Quran dan Hadith. Tak kurang juga yang mengutuk, memaki dan mengherdik jika pandangan mereka tidak diterima sehingga tiada ruang perbezaan pendapat. Adakah silent majority akan bertindak seperti survey INI yang memihak kepada BN?
Badan dah penat berkempen, minda dah letih membaca berbagai manifesto dan akujanji makanya 8 pagi 5/5/2013 adalah waktunya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Kesianlah kepada yang penat-penat buat kerja tapi rupanya bukan pengundi. Pastikan selepas ini daftar sebagai pengundi untuk PRU14.
Sebelum nak pergi mengundi kena buat persiapan. yang paling penting semak daftar pemilih dan lokasi mengundi supaya tak perlu buang masa kalau tersalah pusat mengundi lagi parah kalau dianggap sebagai Pengundi Hantu. Kepada sesiapa yang belum semak nama dan lokasi mengundi boleh buat semakan melalui laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) – http://daftarj.spr.gov.my. Bukan susah nak semak hanya perlukan memasukan no kad pengenalan dalam kotak yang disediakan dan dalam beberapa saat akan terpampang keputusannya seperti ini …
Pasti datang awal untuk mengundi jangan dilewat-lewatkan manalah tahu cuaca tak bagus sebelah petang atau berlaku masalah-masalah lain sehingga kita gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Rakyat Malaysia .. pasti rugi tu. Untuk melancarkan proses mengundi sila ikut Tips Untuk Mengundi seperti yang telah dimaklumkan oleh SPR dalam betuk animasi di bawah.
Untuk mengetahui Calon Parlimen kawasan anda sila klik SINI. Undi adalah rahsia walaupun ramai yang telah menzahirkan termasuk dikalangan Rakan Blogger. Pemenang sebenar adalah Rakyat Malaysia yg akan mendapat berbagai kemudahan seperti yang telah dijanjikan oleh Pemimpin Parti Politik.
Dapatkan maklumat terbaru dan keputusan PRU13 melalui SMS. Hantarkan ON PRU E (B. Inggeris) atau ON PRU M ( B. Malaysia) ke 33966 untuk melanggan.
PRU13 Malaysia Memilih dan Allah yang menentukan.
Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah, 107 yang bermaksud, “Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.“. Allah juga berfirman dalam surah Al-Imran, 26 yang maksudnya, ” Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.”
Kita sebagai umat ISLAM mesti yakin dengan ayat-ayat ALLAH yang diturunkan terus kepada Nabi saw dan mesti redha dengan keputusan yang bakal diumumkan pada malam 5/5/2013. Mungkin entri nasihat INI boleh dijadikan panduan.
SUDAHKAH ANDA SEMAK DAFTAR PEMILIH DAN LOKASI MENGUNDI ANDA??
33 Comments
Wah sme lah tmpt undi, DUN Balakong & Parlimen Serdang….hehee…cuma tmpt mengundi je beza..
xsabar nk mengundi utk pertama kali..hehe..Selamat mengundi..!
dah semak, lokasi baru plak…..esok mengundi, jgn wat silap…pikir masak2
Curahan rasa mohdazahar @ ..Dropbox kini tersedia dalam Bahasa Malaysia
first time mengundi esok, ke arah kerajaan lebih baik. insyaallah 🙂
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Liverpool vs Everton – Carra’s Last Derby Stand
Saya mengundi tempat baru…
Curahan rasa nurmisnan @ ..Teh halia bara penawar demam selesama dan keletihan
tak sabar nak mengundi esok…harap proses mengundi berjalan dengan lancar… =)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
Selamat mengundi buat tuan Denaihati..pangkah apa tahun ni?hehehe
Curahan rasa Hafizul @ ..YeYe Esok Mengundi
baru je buat entri lebih kurang macamni cuma tidaklah sehebat ayat blogger Denaihati. Terima kasih beri panduan
Curahan rasa ieta @ ..PILIHANRAYA DAN PROVOKASI
KY pun dah semak, semua ok dan selamat mengundi buat Denaihati
Curahan rasa KY @ ..Dulu Aku Lemah
Jom kita mengundi..jom kita mengundi
Curahan rasa weschairs @ ..Jika diPAKSA keluar duit di mesin ATM
Pilihlah dengan penuh ketenangan, jangan pilih atas paksaan @ kekeliruan…
Curahan rasa kozumi_ro @ ..Tempahan Design Facebook Cover Khazanah Penawar
memilih dan mengundilah untuk sahabat-sahabat blogger Malaysia dengan bijaksana
Curahan rasa ferry @ ..Menghilangkan Kebiasaan Mengompol Anak
Jangan sampai nanti keliru dalam melakukan pengundian untuk PRU13 ini
Curahan rasa ferry @ ..Menghilangkan Kebiasaan Mengompol Anak
ingat kita undi untuk allah bukan untuk pemerintah- UAI
Curahan rasa mizi @ ..HACKERS MAIN ANGRY BIRD
Selamat mengundi yang menjadipilihan terbaiknya
Curahan rasa safiyhati @ ..Vitamin Dan Manfaatnya
semoga berjalan dengan lancar PRU13 ini
Curahan rasa safiyhati @ ..Vitamin Dan Manfaatnya
jangan sampai salah pilih
Curahan rasa safiyhati @ ..Vitamin Dan Manfaatnya
semoga mengundi yang tepat dan semuanya berjalan lancar
Curahan rasa metrolisa @ ..Mengapa iPhone sangat tepat untuk seorang Traveller
Benar sekali Bang Munir…sukses untuk sahabat-sahabat blogger dalam proses pengundian ini
Curahan rasa ferry @ ..Menghilangkan Kebiasaan Mengompol Anak
Kurang 24jam sahaja untuk membuang undi. Rasanya piliha raya yang sengit kali ini.
Curahan rasa akubiomed @ ..Membeli bag kamera DSLR Caseman dari Superbuy
Comments are closed.