Piala Malaysia : Kelantan Vs Negeri Sembilan

November 7, 2009

IsuSemasa, Sukan

Demam Piala Malaysia sedang melanda Kelantan dan Negeri Sembilan. Diberitakan semalam 85,000 tiket telah habis dijual dan ada yang marah-marah kerana tak dapat membeli tiket untuk menyaksikan Pertandingan Akhir Piala Malaysia. Skuad Wira Merah telah menunggu selama 40 tahun manakala Skuad Hoben Jang Hoben telah menunggu selama 61 tahun untuk menjejaki kaki ke Pertandingan Akhir Piala Malaysia.

Aku sebenarnya dah  bertahun-tahun tak mengikuti sangat perkembangan Bola Sepak Malaysia yang sering diselubungi macam-macam kontroversi. Prestasi Bola Sepak Malaysia pun setakat itu sahaja tak ada peningkatan berbanding negara-negara jiran. Maaflah kalau aku katakan bahawa aku lebih mengenali team favorite aku ARSENAL lebih daripada perkembangan Bola Sepak Malaysia. Aku mengenali hampir semua pemain ARSENAL termasuk pemain gantiannya dan pemain yang sudah berpindah ke kelab-kelab besar lain.

Aku bukan sahaja tertarik dengan cara Fabregas, Gallas, Van Persie, Walcott, Nasri, Ashavin bermain tetapi yang paling aku angkat tabik adalah cara Pengurusnya, Arsene Wenger menguruskan ARSENAL. Sebagai seorang usahawan banyak strategi yang boleh aku pelajari daripada Arsene Wenger. Arsene Wenger tidak mengenepikan untuk memburu Kejuaraan tetapi lebih mementingkan Keuntungan kepada syarikat yang diuruskannya. Arsene Wenger pandai mencari pemain muda berkemahiran tinggi dengan harga yang murah dan berani menjualnya ketika pemain di Top Form dengan harga yang mahal seperti Adebayor, Toure, A. Cole dan Thierry Henry.

Kembali kepada cerita Bola Sepak Piala Malaysia. Tepat jam 8.45 pm pasti majoriti mata peminat bola sepak yang tidak ke Stadium Nasional, Bukit Jalil akan terpaku di depan TV menyaksikan Pertandingan Akhir Piala Malaysia. Semuga penyokong Kelantan yang terkenal dengan Panas Barannya dapat mengawal perasaan samada Menang atau Tewas kelak. Jadi pada tekaan teman-teman SIAPA JUARA?? Aku pilih Kelantan 3-2.

Like this story? Please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
, , , ,

Terima kasih singgah dan membaca rasa hati yg dikongsi

1. Klik cara untuk claim Rewards.
2. Klik Setiap backlinks dibayar RM0.02.
4. Jadi Rakan Niaga eQurban.com berniaga sambil beramal.
5. Suka kami? Klik FB Like, Retweet dan Google + 1 dan Follow @Denaihati

  • fais August 16, 2010 at 1:55 am

    karena entri ni dah lama pasti sudah ada hasilnya pemenang nya siapa bro ????

    • Steward John September 6, 2010 at 3:35 pm

      Haha.. sudah begitu lama tentu la ada pemenangnya. hahaha

  • fais August 16, 2010 at 1:52 am

    kalau tidak tahu mau dukung siapa karena aku orang Indo…

    • fais August 16, 2010 at 1:54 am

      tapi ku ikut saja ma bro DH dukung Kelantan…

      • Bang Iwan September 6, 2010 at 3:31 pm

        Aku dukung kleantan juga ….
        Entri terbaru Bang Iwan – Puasa Melahirkan Kesadaran BaruMy Profile

        • Steward John September 6, 2010 at 3:38 pm

          Bang Iwan tahu ker Kelantan tu sebelah mana Bang Iwan? hehehe.

      • Steward John September 6, 2010 at 3:37 pm

        Wa.. ikutan saja ni.. Pernah nampak Kelantan beraksi sebelum ni ker? heeh

    • Steward John September 6, 2010 at 3:36 pm

      Hahahah..Biar saya orang Malaysia tapi saya tidak mendukung sangat sebab malas mau menonton.
      Entri terbaru Steward John – Amazing Race Asia Season 4My Profile