Peugeot 408 baru dilancarkan


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, antara yang menjadi tarikan ketika Kembara Musafir Europe adalah melihat berbagai jenis kereta Europe yang memang menjadi sebutan di Malaysia seperti BMW, Mercedes, Audi, Peugeot, Skoda, Volkswagen dan banyak lagi. Ketika di Franfurt memang susah sangat nak tengok kereta buatan Jepun, UK dan USA. Melihat kereta di Europe yang dianggap mewah di Malaysia seperti melihat kereta Proton dan Perodua di atas jalan raya Malaysia.

Kereta Europe Peugeot 408 baru dilancarkan

Antara kereta yang sempat disnap ketika Kembara Europe

Minat pemandu Malaysia kepada kereta Europe semakin meningkat tanpa risau tentang nilai jualan semula. Aku sendiri sangat berminat dengan kereta Europe kerana kuasa engine, ketegapan dan reka bentuk yang menarik untuk setiap model baru yang dipasarkan. Harga selalu menjadi halangan untuk pemandu Malaysia membeli kereta buatan Europe tetapi kalau dah minat apa kisah. Lihat sahaja kereta Peugeot yang semakin banyak di jalan raya Malaysia.

Sekembali daripada Kembara Musafir Europe seperti ada yang boleh membaca lintasan hati aku apabila buat pertama kali setelah test drive Honda Insight mendapat jemputan Majlis Pelancaran Model Baru Peugeot 408 oleh Nasim Sdn Bhd. Teruja juga buat pertama kali menjejaki kaki ke bangunan baru Nasim Peugeot Bluebox Glenmarie bersama beratus-ratus tetamu dari Malaysia dan Asean dengan tetamu VIP Dato’ Mustapha Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

peugeot 408 Peugeot 408 baru dilancarkan

Nasim Peugeot Bluebox Glenmarie

Rupanya Nasim Sdn Bhd bukan sahaja pembekal kereta Peugeot tetapi juga memasang kereta Peugeot dengan menggunakan gabungan bahan tempatan di kilang pemasangan di Gurun, Kedah yang bernilai melebihi RM30juta. Kereta Peugeot yang dipasang oleh Nasim Sdn Bhd bukan sahaja dipasarkan di Malaysia tetapi juga dipasarkan ke negara Asean. Bangga juga tengok prestasi syarikat Melayu yang hebat seperti ini semuga lebih banyak syarikat Melayu yang berjaya sehebat Nasim Sdn Bhd.

Peugeot 408 baru Peugeot 408 baru dilancarkan

Majlis Pelancaran Model Baru Peugeot 408

Nasim Sdn Bhd melancarkam model Peugeot Sedan baru iaitu Peugeot 408 Turbo dengan harga RM125k dan Peugeot 408 2.0 dengan harga RM109k. Terdapat enam jenis warna pilihan untuk kedua-dua model iaitu Alpine White, Velvet Silver, Metropolis Bronze, Aster Grey, Bourrasque Blue dan Premium Black. Kepada pemandu yang minat kereta yang agak luas dalamnya Peugeot 408 baru memang sangat sesuai sebab aku sendiri dah merasai duduk di dalam di depan dan belakang memang luas.

20120522 115346 Peugeot 408 baru dilancarkan

New Peugeot 408 Turbo

Lebih banyak Peugeot 408 baru akan kelihatan di jalan raya Malaysia kerana sasaran Nasim Sdn Bhd untuk menjual 9000 unit untuk tahun 2012 berbanding 7000 unit pada tahun 2011. Peugeot juga dijangka akan dipasarkan lebih daripada 40,000 unit ke seluruh Negara Asean. Rasanya kalau nak dibandingkan dengan kereta Europe yang lain boleh tahan berpatutan juga harga Peugeot 408 baru ni. Macam ada minat ke?

Istimewa di denaihati.com
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Webberita 4 November 2012 at 7:53 pm

    i have fall in love with Audi!
    HEbat and cool!
    Entri terbaru Webberita – Pakej Samsung Galaxy Note 2 Dengan DIGI,MAXIS, dan CELCOMMy Profile

  • Blog Keperawatan 14 October 2012 at 10:04 pm

    Mobil-mobil peugeut dengan tampilan yang dinamis dan desain yang fururistik.
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Tanda Gejala Penyakit JantungMy Profile

  • Ramzi 30 August 2012 at 10:47 am

    Keren ni mobil, kalo saja punya satu ni sangat mengasyikkan :)
    Entri terbaru Ramzi – Cara Membuat Template Blog Valid XHTMLMy Profile

  • paksya 3 June 2012 at 10:15 pm

    Peugeot tetap oke, jangankan kereta yang versi news, yang 206 saja masih oke

1 2 3 4


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network