Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bertempat di Hotel Hilton Petaling Jaya baru-baru ni telah berlangsung majlis pelancaran “The Influencer“, satu rancangan realiti baru yang memaparkan beberapa personaliti online paling berpengaruh di Malaysia dalam pelbagai bidang daripada gaya hidup, fesyen, kecantikan, makanan dan juga teknologi.
The Influencer merupakan idea pengasas PersonEdge Sdn Bhd, Choo Mei Sze bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lowyat MSC, Vijandren Ramadass dan dengan kerjasama Nokia Malaysia. Maka lahirlah rancangan yang bertujuan untuk membina dan menunjukkan kredibiliti serta kepentingan peranan personaliti online yang ada di Malaysia.
Siri “The Influencer” ini akan disiarkan di laman web Lowyat.TV bermula dari 6 Disember 2013 (Jumaat). Melalui rancangan ini, kita akan dapat lihat 10 personaliti online bertarung dalam 6 cabaran untuk merebut title “The Influencer” dan juga hadiah-hadiah menarik. Setiap episod akan memaparkan personaliti yang terlibat dalam cabaran yang mempunyai tema tertentu.
10 peserta yang akan bertanding dalam “The Influencer” ialah Cheeserland, Vernon Chan, Ben Ashaari, Sunshine Kelly, Rebecca Saw, Ami Schaheera, Karen Kho, Jacklyn Gan, Ah Bok dan Chriz Ooi. Ben Ashaari tak perlu diperkenalkan lagi antara Blogger Melayu yang paling terkenal. Vernon Chan dan Rebecca Saw memang biasa jumpa di berbagai majlis pelancaran produk tetapi yang lain memang tak berapa biasa sangat berjumpa.
Peserta akan menggunakan gadget baru Nokia Lumia 1520, smartphone terkini Nokia bersaiz 6-inci dengan kamera 20 Megapixel. Mereka merupakan antara orang pertama di Malaysia yang menggunakan gadget terkini Nokia Lumia 1520 bagi memperkasakan diri mereka dalam 6 cabaran berbeza yang akan mereka tempuhi iaitu teknologi, kecantikan, makanan, kesihatan, fesyen dan pelancongan. Teringat pulak ketika Denaihati bersama 7 Blogger Malaysia dan Singapore berentap untuk memperkenalkan ultrabook Toshiba pada awal 2012. Cabaran Ultrabook Toshiba 2012 yang telah memaparkan wajah sebenar Denaihati yang sebelum itu menjadi rahsia.
Rancangan “The Influencer” akan disiarkan secara online di laman web Lowyat.TV pada setiap hari Jumaat bermula 6 Disember 2013. Ingat tarikh tu! Jangan ketinggalan untuk menonton rancangan menarik ni. Rasa-rasa, siapa agaknya personaliti online yang akan dinobatkan sebagai THE INFLUENCER? Sama-sama kita tengok nanti.
2014 siapa tahu mungkin Shakiddo yang akan tersenarai … tiada yang mustahil. Pada anda siapakah personaliti online yang paling berpengaruh di Malaysia selain daripada yang tersenarai di atas?
No related posts.
91 Comments
Wah, baru saya tahu tentang rancangan ni…blogger Ben Ashaari pun ada juga ikut ya… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
peh Ben Ashaari pun ada dalam rancangan The Influencer ni..beliau memang banyak pengikut,..hebatlah mereka ni
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Kenapa program ini tidak mendapat liputan meluas dikalangan blogger. Singgah entri ini baru tau. Siapa pemenangnya?
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Proton Iriz Baru (PCC) – Variant, Harga Dan Spesifikasi
wawa pun tak pernah dengan tentang hal ini. bila berkunjung ke entri ni baru wawa tahu rupanya ada. sepatutnya program ini perlu disiarkan di tv. baru ramai sambutan.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Tak pernah tengok pun The Influencer ni. Rancangan seperti ini macam menarik je lagi-lagi ramai blogger hebat yang terpilih. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Never Lose Hope
kan. rancangan ini nampak menarik je bila tengok melalui video di entri tuan denaihati.com. ramai blogger hebat turut serta.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
yang paling berpengaruh mungkin beautifulnara, DH, fatin liyana. hebat2 blogger ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
bila melihat rakan-rakan lain berjaya selangkah dan selangkah kita juga akan turut berusaha majukan diri dan cuba berada sebaris mereka ..
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Tak pernah tengok apatah tahu pasal the influencer ni. Mungkin kurang expose atau kurang tengok TV kot. Tapi bagus juga kalau ada rancangan macam ni bolehlah kita tahu lebih banyak tentang gadget terkini
Curahan rasa Azhafizah @ ..Zikir Harian
Wow, macam tak pernah tahu pun. Sorilah sebab tak ikut perkembangan. Pertandingan macam ni memberi kelebihan exposure kepada personaliti online dan produk itu sendiri. Persoalannya, alang-alang dah penaja macam tu, adakah ia disiarkan di TV? Atau memang tak siarkan di TV? Kalau tak disiarkan, sayanglah pulak. Huhu
rasanya bro DH pun ada pengaruh tersendiri secara online..DH antara blogger yang berpengaruh tapi bang Ben pun apa kurangnya ada pengikut dia tersendiri
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Oh Cikgu Kenapa Viralkan Jawapan Kelakar
blog DH memang berpengaruh, kalau tak takkan boleh berkerjasama dn company besar
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Wahhh…tak tau pun ada juga macam ni.
Konfem lambat lagi la wan nak jadi antara influencer tu ha. Bertuah juga jadi blogger hebat kan.
Kenapala susah sangat wan nak perform.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Antara banyak-banyak personaliti, saya cuma kenal Tuan Ben Ashaari saja hehe.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Semuanya hebat-hebat belaka.. Tapi beberapa orang je yang saya betul-betul kenal. Yang lain tu tak pernah tengok pun ada..hehe
Curahan rasa amirnawawi @ ..MLM? Maaf Saya Tidak Berminat
Wah tahniah Bro Ben sebab terlibat dalam program ini.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
In sha Allah lepas pasti Tuan Denai Hati juga tersenarai sekali. 😉
untunglah mereka-mereka ni.
itulah, kalau kita dah jadi orang berpengaruh di internet, semua cari kita.
hebat2 peserta The Infleuncer ni..eh tahun ni ada lg tak? nk tgk DH lak join..:-)
Comments are closed.