iPhone 4S, iPad 2 dan TV LCD 40″ untuk pengunjung Perasmian My Agro Hypermart

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tahun 2012 blog Denaihati bermula dengan langkah kanan apabila dijemputan untuk hadir perasmian Pasaraya My Agro Hypermarket sempena Karnival Industri Asas Tani pada 8/1/2012. Karnival Asas Tani akan berlansung selama 3 hari iaitu 6 – 8/1/2012, jam 10.00 am – 10.00 pm di Malaysia Agriculture Exposition Park Serdang, Selangor. Dengar kabar Kak Jie and Frens pun nak datang. Apa lagi joom lah datang ramai-ramai terutama Rakan Blogger Lembah Klang bolehlah kita buat mini gathering.

Rugi sangat kalau tak datang sebab ada pameran produk IKS, berbagai contest mini dengan hadiah yang menarik, cabutan bertuah dan diskaun disediakan kepada pengunjung.

Antara aktiviti yang menarik :

  • Pasaraya My Agro Hypermarket memberi diskaun 20% kepada semua produk IKS bermula pada 6/1/2012.
  • iPhone 4S, iPad 2 dan TV LCD 40″ untuk cabutan bertuah
  • Penampilan maskot Upin dan Ipin
  • Contest Mini pada hari pertama, kedua dan ketiga.
  • Pertandingan Karoake dengan hadiah bernilai lebih RM1500 disediakan.

Kepada yang nak test suara bolehlah datang jangan sekadar test dalam bilik air je. Kepada yang berminat nak join pertandingan Karoake sila ke Facebook Event My Agro Market. Tahniah juga kepada 50 follower pertama Fan Page My Agro Hypermarket yang dapat hadiah istimewa tu.

Jom Anarm, Jaws, Kak Yan (jangan lupa bawa kamera DSLR tu), Zulseffort, Puan Bee, Eyriqazz, Emila Yusof, Madammondoq, Abang Ensem, Juanita, Kak Ina KL, JeJai dan semua Rakan Blogger join Kak Jie, Pakcik Krueger dan Pakcik Mijie 8/1/2012 kita minum kopi sambil mini gathering. Tolong promosi juga kat kawan-kawan, jiran dan keluarga untuk datang ramai-ramai serbu Karnival Asas Tani. Kepada Rakan Blogger yang confirm nak datang sila bagi tahu ya. (Kalau ramai datang kenalah aku pakai topeng ni … heeeee). Kepada yang tak sure kat mana lokasi boleh tengok Peta di blog Puan Bee.

Comments

Trackbacks