Pengguna Internet diancam jenayah siber salah sendiri

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, internet merupakan keperluan penting dalam kehidupan kita pada hari ini. Dengan adanya komputer peribadi dan peranti mudah alih, semua lapisan masyarakat dapat menikmati aktiviti online pada bila-bila masa dan di mana saja. Bilangan pengguna internet Malaysia mencecah 18 juta pada tahun 2012 dan dijangka akan mencapai 25 juta pada tahun 2015.

Tapi tahukah anda aktiviti online menggunakan internet sekarang ni boleh mendedahkan kita kepada jenayah siber? Setiap aktiviti online yang kita buat di internet seperti berkongsi gambar, online banking, berhubung dengan kawan di Facebook dan Twitter, membeli belah secara online dan sebagainya boleh menjadikan kita sasaran penjenayah siber.

jenayah siber di laman sosial

Info tentang keselamatan menggunakan internet ni dikongsikan semasa Majlis Pelancaran Trend Micro Titanium Maximum Security 2014. Dari hasil kaji selidik Trend Micro yang telah dijalankan pada kegiatan online, mengenalpasti corak dan pandangan mengenai bagaimana dan mengapa Malaysia menghadapi isu-isu privasi dalam talian.

Kajian oleh pihak Trend Micro mendapati 69% daripada kita mendedahkan maklumat peribadi seperti tarikh lahir di laman sosial. 47% pula mendedahkan lokasi dengan berkongsi lokasi semasa di laman sosial. Perbuatan macam tu boleh mendedahkan kita kepada bermacam-macam bahaya.

aplikasi smartphone dedah maklumat peribadi pengguna

Pendedahan maklumat peribadi secara online banyak berlaku melalui rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ dan sebagainya. Selain tu melalui aplikasi smartphone yang diberi akses untuk mengutip data peribadi yang terdapat dalam phone pengguna. Kebanyakan aplikasi mobile yang percuma juga mempunyai iklan yang boleh dapatkan maklumat peribadi kita apabila diklik.

Dah banyak berlaku penipuan kewangan secara online, kecurian identiti dan data yang hilang sekarang ni. Penjenayah siber yang memiliki data tersebut dapat buat bermacam perkara untuk kepentingan mereka sendiri seperti mencipta identiti palsu untuk kegiatan jenayah atau menggunakan data tersebut untuk sasaran kepada rakan-rakan dan keluarga kita.

pelancaran trend micro maximum security 2014

trend micro maximum security 2014 launch

Cara mengatasi masalah jenayah siber dan kecurian maklumat peribadi pengguna internet

Bagi mengatasi masalah jenayah siber dan kecurian maklumat peribadi pengguna internet, pihak Trend Micro telah melancarkan Trend Micro Titanium Maximum Security 2014 yang berfungsi untuk:

  • Perlindungan terhadap ancaman dalam talian untuk PC, Mac dan peranti Android
  • Bantuan keselamatan yang unik di Facebook, Google+ dan Twitter
  • Kawalan ibu bapa (parental controls) yang mantap untuk melindungi kanak-kanak dalam aktiviti online
  • Simpanan fail digital secara online dengan saiz storan sehingga 5GB
  • Perlindungan yang paling cepat terhadap ancaman web baru
  • Kadar pengesanan terbaik laman phishing
  • Perlindungan berasaskan awan (cloud-based) yang unik

Trend Micro Titanium Maximum Security 2014 ni boleh dapatkan dengan harga RM109 untuk 1 peranti dan RM159 untuk 3 peranti.

trend micro titanium maximum security 2014

Sebagai blogger yang sering menggunakan internet, kita perlu berhati-hati dan kena ambil tahu teknik-teknik terkini yang sering dilakukan oleh penjenayah siber supaya kita dapat elak daripada jadi salah seorang mangsa mereka. Jika sekali termasuk perangkap, memang buruk padahnya bila maklumat peribadi kita terdedah dalam dunia online.

Kongsikan pengalaman anda sekiranya pernah menjadi mangsa jenayah siber dan apa nasihat anda kepada yang belum pernah kena!

Gambar sekitar majlis pelancaran Trend Micro Titanium Maximum Security 2014.

[customgallery]


Spread the love

58 Comments

  1. wawa sangat takut nak dload aplikasi sebarangan di smartphone yang mengutip pelbagai data. jenayah siber sekarang semakin bijak dalam mengodam data pengguna. lihat saja isu M2U dan Cimb yang berlaku sekarang melalui aplikasi di smartphones. Mintak dijauhkan.
    Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAYMy Profile

    1. sama dengan saya. alhamdulillah tak kena lagi ditipu secara online. produk terbaru rasanya. wawa baru pertama kali melihat di entri tuan denaihati.com. Harganya pun berbaloi dgn perkhidmatan yang diberikan. boleh wawa pujuk ayah suruh membelinya.
      Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAYMy Profile

  2. Titanium Maximum Security dan lain-lain perisian keselamatan, saya belum cuba. Biasalah, bila belum kena, maka tak terasa nak cuba. Walaubagaimanapun, buat masa sekarang, apa yang saya lakukan adalah:

    1. Elakkan mendedahkan emel, no akaun, no kad mahupun lokasi kita kepada umum.

    2. Elakkan menggunakan perisian untuk mengisi form kita secara auto, terutamanya maklumat berkaitan kad kredit atau kad debit kita, sebaliknya isilah secara manual satu per satu. Dibimbangi apps yang membantu kita menyimpan username dan password login, akhirnya menyalahguna maklumat perbankan kita. Nauzubillah.

    3. Apabila ada panggilan yang kecemasan berkaitan akaun perbankan kita, jangan respon melalui telefon, sebaliknya pergi ke cawangan berdekatan. Biasanya bank-bank akan menyelesaikan masalah kita di kaunter bank, bukannya melalui telefon, melainkan telefon hanya sebagai medium pemberitahuan sahaja (bukannya pengesahan maklumat dan sebagainya).
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?My Profile

    1. terima kasih juga atas perkongsian anda. wawa selalu lakukan perkongsian no1 dan no2. nom 3 belum kena lagi. kalau buat apa apa ke, memang wawa tak akan kongsi location sebab sekarang macam-macam boleh jadi. penjenayah pun canggih ada facebook, twitter, instagram.
      Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAYMy Profile

  3. Nak elak daripada risiko maklumat diberikan kepada orang lain, agak sukar sebenarnya, kerana kita memberikan ‘permission’ akses tanpa kita sedari.

    Walaubagaimanapun, saranan terbaik adalah tidak kongsikan lokasi anda kecuali berada dalam situasi penting dan kecemasan.

    Selain itu, jangan download apps yang pelik-pelik, pornografi serta yang ‘illegal’ kerana selalunya apps sebeginilah yang berisiko mencuri data kita.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?My Profile

  4. dekat laman web mudah pun mudah orang kita tertipu..belum cerita pasal terpedaya dengan email SCAM sampai lebur wang ringgit…pasal tertipu dengan pasangan di facebook pun sudah banyak..itu kisah orang kita yang naif barangkali sehingga tertipu…
    Curahan rasa blogger lelaki @ ..Soalan BocorMy Profile

  5. Kesedaran tentang keselamatan komputer masih kurang di kalangan rakyat Malaysia. Dimana penggunaan aplikasi cetak rompak yang berleluasa memungkinkan pengguna lebih terdedah dengan jenayah siber. Sesuatu harus di lakukan bagi menyedarkan masyarakat tentang pentingnya keselamatan pada peranti2 yang mereka gunakan.
    Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang BagusMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!