Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, siapa kat sini tak pernah naik kapal terbang angkat tangan. Dulu naik kapal terbang memang suatu perkara yang sangat pelik tetapi AirAsia telah mengubah segalanya. Teringat kisah kawan yang pertama kali naik kapal terbang masa take off pegang kerusi macam nak tercabut .. ada ke kawan-kawan yang macam tu?? Setelah entri kontroversi nasi lemak AisAsia menjadi panas jom pulak kita baca kisah pengalaman pertama kali naik kapal terbang AirAsia dari Blogger Kujie yang tak perlu diperkenalkan lagi.
[box type=”shadow”]Mohon Bantuan
Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
[/box]
Cara Beli Tiket AirAsia Online
Entri ini diterbitkan atas permintaan seorang teman yang sedang merancang bercuti. Beliau akan membeli tiket kapal terbang secara online buat pertama kalinya. Semua orang pun akan rasa gugup , rasa senak perut untuk buat sesuatu buat kali pertama. Apalagi kalau membabitkan transaksi wang secara online. Takut tersilap, takut tersalah.
KLIK UNTUK TEMPAH HOTEL SECARA ONLINE – DISKAUN SEHINGGA 60%
Moga panduan membeli tiket kapal terbang AirAsia online ini dapat mengurangkan serba sedikit debar rakan kita tersebut.
Cara membeli tiket kapal terbang online mungkin berbeza dari masa ke semasa tetapi secara asasnya seperti ini.
- Login ke laman web AirAsia. Lebih mudah kalau terus mendaftar. Lain kali nak beli lagi, boleh login saja.
- Pilih lokasi yang dikehendaki, tarikh pilihan dan bilangan yang akan turut serta di bahagian carian .
Walaupun ada pilihan untuk tiket anak-anak, harga tiket kapal terbang adalah sama untuk semua orang – dewasa atau kanak-kanak. Bayi adalah untuk yang berumur 9 hari hingga 24 bulan.
Carta yang diberi adalah untuk pilihan 7 hari. Pilih saja mana satu penerbangan yang dikehendaki.
Tips Membeli Tiket Murah AirAsia
- Kalau nak cari tiket harga murah, semak setiap hari dan waktu penerbangan. Harga berbeza untuk hari berbeza dan waktu penerbangan berbeza.
- Beli awal. Lokasi popular mungkin lebih cepat habis tiket murah tersebut.
- Tiket murah tidak bermaksud semua tempat duduk di dalam satu penerbangan itu berharga murah. Setiap penerbangan mempunyai kuota tiket harga murah yang berbeza.
- Harga tiket murah AirAsia tidak termasuk cukai lapangan terbang dan caji bahan api kecuali disebut sebaliknya. Cukai lapangan terbang berbeza bagi setiap tempat.
- Sekarang kita boleh cari tiket harga murah AirAsia dalam julat masa 4 minggu. Klik saja di penjuru kanan ( view by month ) untuk menyemak penerbangan dalam sebulan.
- Kalau travel jauh bagus order makan seperti Nasi Lemak Pak Nasser secara online sebab ada diskaun 20%.
Senang nak cari waktu bila ada tiket harga murah AirAsia dengan carta sebulan. Senang nak rancang waktu sesuai untuk pergi dan balik.
Bila dah pilih, klik teruskan dan isi butir peribadi.
Tempahan tiket antarabangsa AirAsia tidak perlukan nombor passport. Dulu kena isi, sekarang boleh beli tiket, kemudian baru pergi buat passport. Pastikan nama yang ditulis itu betul mengikut Kad Pengenalan.
Buat juga pilihan penerbangan seperti berat bagasi yang dibawa, tempahan makanan atau permintaan istimewa. Kalau nak diraikan dengan karpet merah pun boleh. Bayar saja. Lihat juga harga yang kita perlu bayar untuk insuran penerbangan.
Bagasi boleh dibeli kemudian ( add on ) kalau ingin menambah barang yang dibawa selewat-lewatnya 4 jam sebelum penerbangan.
Boleh juga beli tiket bas online dari KL Sentral atau Bandar Tasik Selatan ke KLCC.
Selesai semua pilihan, buat pilihan cara bayaran beli tiket online AirAsia. Boleh guna Debit kad atau Kredit kad. Jangan lupa lihat juga caj yang dikenakan untuk memproses pembayaran tersebut.
Selepas itu, kita akan menerima email pengesahan tempahan bersama AirAsia Travel Itinerary dan nombor tempahan ( booking number ). Apa-apa rujukan yang akan dibuat nanti, gunakan nombor tempahan tersebut.
14 hari sebelum terbang, boleh buat check in secara online untuk dapatkan Boarding Pass. Biasanya saya check in 3-4 hari sebelum terbang.
- Masuk ke laman web Air Asia dan klik Check-in.
- Kalau check in di kaunter , bayaran RM10 dikenakan untuk setiap keping tiket.
Print Boarding Pass.
Kalau tak boleh print pun tak perlu risau.
- Pilih opsyen telefon pintar semasa proses daftar masuk dan QR kod akan dihantar ke telefon bimbit . Bila di lapangan terbang, ada kiosk Air Asia. Imbas kod bar untuk mencetak.
- Pilihan terima melalui email – Pilih opsyen ini semasa proses daftar masuk untuk menyimpan salinan Boarding Pass dalam bentuk PDF dan mencetaknya kemudian.
Ini contoh Boarding Pass AirAsia. Dah siap nombor tempat duduk. Tak perlu nak berebut-rebut macam dulu. Sewaktu melalui balai berlepas, nombor gate akan diberikan.
Tiba harinya, datang lebih awal kerana kita mungkin tidak biasa dengan pintu berlepas atau proses pemeriksaan yang perlu dilalui.
Selamat bercuti dan nikmati pengalaman pertama kali naik kapal terbang. Jangan pejam mata sewaktu take off takut jantung tertinggal! ha ha ha
Baca juga Tips beli tiket AirAsia paling murah.
110 Comments
assalamualaikum DH…wah !! perkongsian info yang baik ni…boleh la jadikan rujukan bila nak membeli tiket kapalterbang nanti…:)
tak pernah beli tiket airasia online lg beli kat kaunter ja..macam mudah ja ka tq ya kongsi cara pembelian tiket dengan air asia..
Curahan rasa adna2029 @ ..Pencarian Top Komen Oktober 2014
Terima kasih atas tipsnya…saya selalu juga menggunakan perkhidmatan Airasia kerana kos nya yang murah dan berpatutan…servis pun ok…tip top…hehe…
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
yang mana belum bookmark Panduan Membeli Secara Online Tiket Kapal Terbang AirAsia ni..silakan bookmark…sebang dikemudian hari.
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
dengan cerita sekarang air asia tengah jual tiket murah. apa lagi, jom serbu!! nanti dah sold out, tak dapat la nak merasa nasi lemak air asia. hihi
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
setiap kali nak naik flight memang selalu beli online je lepastu check in dekat laman web syarikat flight. mudah rasanya apabila perkhidmatan begini diwujudkan. selain menjimatkan masa, juga boleh menjimatka minyak kereta.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
betul tu..check in online sangat memudahkan kita.jadi..jom naik kapalterbang air asia..tambangnya murah…puas hati
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
sekarang tiket flight pun boleh beli secara online. dah perlu susah susah pergi ke airport beli tiket.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
airasia memang best bersesuaian dengan harga murah yang dibayar,,kalau ada cakap yang ruang kakinya sempit..naikla company flight lain..hehehe
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
oh baru tahu…dah lama cari cara beli online tiket air asia ni..so..terus bookmarkla entri ni..senang lepas ni nak buat booking online
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Sekarang ni segalanya kita boleh lakukan sendiri, dimana2 sahaja dan hanya dihujung jari…dengan syarat, ada duit. Panduan ini pasti amat berguna buat mereka yg memerlukan.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Proton Iriz Baru (PCC) – Variant, Harga Dan Spesifikasi
Sangat membantu. Terima kasih berkongsi tips, panduan diatas DH. PG kali pertama membeli tiket secara online, 2 tahun yang lalu. Memang senak perut juga dibuatnya. Takut salah dan yang pasti melibatkan duit. Kalau tersalah tekan, haru biru juga jawapnya. Tips untuk melihat harga tiket awal itu memang patut. Untuk mengelakkan dapat harga tiket yang mahal, dan untuk mendapatkan harga yang murah seperti mana dalam laman web sebenarnya, kita jangan letak harga insuran tu (seingat saya). Jadi, harga yang tertera dalam laman web, akan sama dengan apa yang kita bayar. hehe
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Blog Melampau di Malaysia!
Dari segi pembelian tiket online pula.. untuk kali pertama saya macam biar betul. Kan dah transfer tapi x dapat tiket kan naya. Tapi itu untuk kali pertama.lama-lama dah biasa. Perasaan pun biasa jugak. Tapi digalaknya tanya kawan2 yang pernah beli tiket secara online. Mereka mungkin boleh membantu.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Betul nik. lebih baik bertanya dari timbul masalah. Bukan mudah nak dapatkan wang tunai semula kalau da silapkan? Sama kesnya jika kita bagi masuk kad atm dekat mesin atm, kad pula kena telan, memang naik angin la jawapnya kan. Nak dapatkan kad tu pula satu hal, ambik masa beberapa hari. huhu
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kalau ikutkan saya dulu sebelum bekerja tak pernah naik kapal terbang. Tapi sejak kerja ni dah banyak kali ulang alik balik kampung naik airasia. Mula-mula dulu, rasa macam luruh jugak jantung; tapi makin lama makin biasa.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Dan kalau saya boleh tambah lagi, kalau naik air asia pilih yang seatnya di bahagian hadapan supaya tak terasa kuat sangat goncangan. Ini pebgalaman saaya sendiri. Memang banyaj beza kalau duduk di belakang dan depan. .
selalu beli untuk bos je itu pun guna MAS … untuk diri sendiri belum pernah lagi nanti2 mungkin akan guna walaupun dah biasa tapi tetap jugak rasa takut
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Comments are closed.