Operasi cermin gelap kereta bukan kekasih gelap

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku tengok memang ramai kawan-kawan yang menggunakan cermin kereta berwarna gelap. Ada sorang sahabat ini memang gelap betul cermin kereta sehingga orang luar memang tak boleh nampak. Kalau tak silap sudah beberapa kali kena saman dengan Polis tapi nampaknya cermin kereta dia masih gelap. Tak tahulah kalau dia berubah hati nak tukar tinted menjelang ops cermin gelap pada 16/6/2014.

Kereta aku pun guna tinted jadi nak kena periksa semula berapa ketelusan cahaya samada mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan pengangkutan Jalan. Aku memilih tinted yang tidak terlalu gelap kerana matlamat aku bukanlah nak melindungi wajah yang memang tak menjadi rebutan sesiapa seperti Abang Ensem atau popular seperti Zarul Umbrella. Tujuan aku pasang tinted hanyalah satu untuk mengurangkan kepanasan di dalam kereta ketika cuaca panas.

gambar sebab nak pakai cermin kereta gelap

Aku pun kurang faham kepada sebahagian kereta yang menggunakan cermin terlalu gelap sehingga yang berada dalam kereta pun susah nak tengok luar. Teringat kata-kata seorang mekanik sehingga terpaksa buka cermin tingkap untuk melihat kebelakang dek kerana terlalu gelap cermin kereta. Kalau dah kes macam ini apalah faedahnya kalau boleh membahayakan diri sendiri. Melainkan anda seorang pembuli jalan yang tidak mahu dilihat wajah yang segaja berselindung di sebalik cermin gelap.

Peraturan-Plet-Kenderaan-Motor-JPJ-2014

Alhamdulillah mengikut cerita di blog kereta no satu Malaysia, JPJ telah mengubah peraturan cermin gelap dimana kita telah dibenarkan menggunakan tinted yang lebih gelap bermula Jun 2014. Mengikut peraturan baru cermin gelap ketelusan cahaya cermin depan adalah 70%, cermin sisi pemandu depan dan penumpang belakang adalah 50% dan cermin belakang adalah 50%. Dengan peraturan baru ini jangan pulak kita bagi alasan sehingga buat demo di Dataran Merdeka jika ditahan dalam operasi cermin gelap yang bermula pada 16/6/2014.

peraturan cermin gelap JPJ 2014

Mengikut kata kawan Polis kalau dulu bila kena saman cermin kereta terlajak gelap boleh bayar saman terus di kaunter bayaran saman di mana-mana Balai Polis. Selepas peraturan baru diperkenalkan sudah tidak semudah itu, nak bayar saman kena tunjukan surat kelulusan daripada JPJ yang menunjukan pesalah sudah menukar tinted yang mengikut peraturan. Kalau betullah cakap kawan aku ini memang semakin rumit nak bayar saman untuk kesalahan cermin terlajak gelap jadi ikut sahaja peraturan supaya tidak membuang masa pada perkara yang tidak berfaedah. Kepada pembaca yang nak semak saman trafik penjelang perayaan ini boleh semak saman trafik secara online atau SMS untuk menjimatkan masa.

[box type=”shadow”]Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap. Pemohonan menggunakan cermin gelap boleh di buat di website JPJ.

Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda:

Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan
Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya. [/box]

Aku memang tak faham kalau isu sekecil ini menjadi isu besar kerana ada banyak lagi isu lain yang boleh kita fikirkan untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Tapi itulah lumrah manusia suka melanggar undang-undang, hukum ALLAH pun kita langgar inikan pulak undang-undang buatan manusia, ada sahaja alasan yang diberi untuk mengiyakan tindakan mereka.


Spread the love

151 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!