Ombak Rindu

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sempat layan Ombak Rindu dengan famili dan teman. Menyaksikan adegan Izzah yang sedang berbaring di katil lusuh di rumah buruk di kampung manakala suaminya Hariz sedang berbaring di katil cantik bersama isteri baru mengingatkan aku pada tulisan aku dalam entri “20112011“. Antara yang aku catatkan dalam entri tersebut “cuma aku selalu terfikir apa agaknya perasaan seorang isteri yang sudah berbelas tahun bersama tiba-tiba terbaring sendirian di malam hari memikirkan suami yang sangat disayangi sedang bermesra dengan wanita lain di tempat yang lain“.

Menonton filem Ombak Rindu menjadikan aku lebih faham makna Redha dan Pasrah. Maknanya perasaan redha seorang wanita yang pernah di madu dua kali dalam entri “Poligami Pengalaman Peribadi”  itu sebenarnya bukan redha tetapi pasrah. Redha itu maksudnya menerima ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap tertinggi iman seorang insan manakala pasrah itu menerima ketentuan hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa.

Hidup Izzah dalam Ombak Rindu dirundung masalah demi masalah dan sememangnya hidup manusia begitu seperti yang pernah aku catatkan dalam entri “Adakah Masalah itu Masalah“. Yang penting manusia mesti redha bila diuji dengan ujian Allah SWT tetapi bukannya mudah untuk menjadi seperti Izzah kerana pengalaman aku sendiri seperti tercatat dalam entri “Gali Lubang Tutup Lubang” mengambil masa bertahun untuk redha dengan ujian Allah SWT.

Berapa pasangan suami isteri yang masih dilanda Ombak Rindu? Ramai pasangan sudah hilang rasa rindu kerana setiap hari untuk bertahun-tahun bersua muka. Kalau nak tahu rasa Ombak Rindu yang tiada batasnya cuba tanya Kak Jie yang terpisah dengan suami jauh beribu batu. Aku pernah berpisah dengan isteri bertahun-tahun dan bulan lepas berjauhan hampir 1 bulan sehingga dilanda membadai kuat Ombak Rindu. Benarlah kata orang-orang tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semakin tahun menatap muka setiap hari semakin hilang ombak rindu yang tinggal hanya rasa tanggungjawab tetapi apabila hilang rasa tanggungjawab putuslah sebuah ikatan.

Novel Ombak Rindu yang difilemkan memang ada bezanya tetapi jika dilihat dengan perasaan pasti akan memberi pengajaran dalam meneruskan kehidupan yang sebentar.

Review Filem Ombak Rindu

---

  1. dari judulnya saja sudah sangat menarik apalagi menonton…
    Entri terbaru Dadan – [dot] Lol Domain Lucu dari GoogleMy Profile

  2. Salam
    wah saya tertarik dengan kisah demi kisah yang anda sampaikan, rasanya saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenao Ombak Rindu.
    Entri terbaru Mas Gie – Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012My Profile

  3. Adakah rindu kian melanda
    Disaat jauh dari sisiku
    Cintaku, kuingin selalu bersamamu
    Sampai roda dunia tak berputar
    Entri terbaru Bang Iwan – SOEGIJA , Sebuah Perenungan Untuk Permasalahan BangsaMy Profile

  4. Sebuah film yang benyak menggambarkan kehidupan sekarang…
    Entri terbaru Bang Iwan – SOEGIJA , Sebuah Perenungan Untuk Permasalahan BangsaMy Profile

  5. rugi kalau tak tgok…best giler…
    Entri terbaru Nana – Masih adakah cinta sejati?My Profile

  6. ombak rindu mmang best…
    Entri terbaru Nana – Masih adakah cinta sejati?My Profile

  7. Hehehehehe. DUk berjauhan memang terasa rindu. Klo depan mata hari-hari, memang terasa jemu. Ntahlah..
    Entri terbaru Shahrul – EGO-T 1100 mAh Matte BlackMy Profile

  8. mau IDM 6.08 full,tak perlu ribet lagi dengan aktivasinya,tinggal install,hanya di :
    http://sipkom.blogspot.com/2012/03/idm-608-full-tanpa-aktivasi.html

Trackbacks

  1. [...] Nurhaliza dan penyanyi muda Hafiz yang sebelum ini meletup dengan lagu latar untuk filem boxoffice Ombak Rindu. Kebetulan drama Adam dan Hawa dan Ombak Rindu dilakonkan oleh hero yang sama Aaron Azizpujaan hati [...]

  2. [...] setiap drama filem yang dibintangi. Antara filem yang paling ngetop dibintangi oleh beliau adalah Ombak Rindu. Lisa Surihani akan menamatkan zaman bujangnya bersama Yusri [...]

Artikel pilihan...close