Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa hari lepas aku teringat pada seorang sahabat lama tuan punya sebuat travel agen yang terkenal, apa lagi terus je aku telefon dia. Dari bunyi deringan telefon sepertinya dia berada di luar negara. Tekaan aku tepat dia berada di Okinawa Jepun. Apa lagi bising membebel aku sebab dia tak ajak aku melawat lokasi pelancongan idaman.
Okinawa merupakan sebuah bandar yang terletak di selatan Jepun. Sudah lama teringin untuk pergi menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini, tetapi masih belum berkesempatan. Okinawa mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dilawati, dari tarikan darat sehinggalah ke dasar laut.
Sekiranya kita belum pernah pergi ke sana, pasti sukar untuk membayangkan pelbagai lokasi dan tarikan pelancong yang menarik di Okinawa. Menurut cerita sahabat aku ini terdapat banyak lokasi menarik seperti Kabira Bay di pulau Ishigaki.
Selain itu, terdapat juga acara-acara perayaan yang menarik di Okinawa. Perayaan-perayaan ini diraikan oleh penduduk di sana dengan cara yang berbeza-beza.
Budaya di Okinawa juga pastinya berbeza dengan budaya di tempat kita, Malaysia. Antaranya seperti penggunaan alat musik Sansen. Musik ini merupakan salah satu musik yang berasal dari Okinawa. Terdapat juga teknik tradisional mewarna fabrik yang diamalkan di Okinawa.
Tak dapat melancong ke Okinawa bersama sahabat, dapat melihat gambar-gambar yang menarik pun sudah memukau mata bayanglah kalau dapat bercuti di Okinawa mesti lagi seronok. Memang azam suatu hari nanti nak bercuti di Okinawa untuk menambah koleksi kisah kembara aku di blog Travel Denaihati di Denai.my doakan tercapai.
Japan Tourism Board sedang mempromosi cuti-cuti di Okinawa dengan kempen I Love Okinawa untuk mengalakan rakyat Malaysia bercuti di sana. Salah satu aktivit sempena kempen #ILoveOkinawa adalah penganjuran contest. Apa yang anda perlu lakukan adalah.
- Like Facebook Fanpage VisitOkinawa.my
- Kemudian pilih tiga gambar yang anda suka daripada senarai 20 gambar yang disediakan
- Satu gambar pemenang akan diumumkan di Fanbook Okinawa.
- Kemudian 55 pemenang akan dipilih oleh pihak penganjur secara random daripada semua yang menyertai.
- Penganjur akan mengirim email kepada pemenang.
Pemenang akan menerima hadiah berikut:
- Hadiah pertama untuk 5 orang : “Ryukyu Glass”
- Hadiah kedua untuk 5o orang : “Star Sand”
Jom layari halaman khas Kontes #ILoveOkinawa.
Memang mudah contest yang dianjurkan jangan lepaskan peluang. Sekiranya anda berminat untuk melancong ke Okinawa, pihak Okinawa juga akan berada di MATTA Fair untuk promosi pelbagai pakej pelancongan dengan harga yang paling menarik untuk anda. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan pakej menarik dan melancong bersama seisi keluarga ke pelbagai lokasi yang disediakan.
Jom nikmati gambar-gambar menarik yang disediakan khusus untuk contest ini di bawah.
[customgallery]
167 Comments
Cantik sungguh tempat ni. Bersyukur dengan Tuhan keatas nikmat kejadian Nya
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
menag banyak tempat indah di jepun. untung kalau dapat tgk kebesaran allah ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2015
cantik sangat Okinawa di Jepun..bilalah ada peluang nak pergi ke Jepun ni..dapat tengok gambar jela setakat ni..hehe
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Wow, memang menarik. Keindahan Okinawa ni selalu disiarkan dalam rancangan travelling di kaca television seperti TLC…memang best walaupun sekadar melihat di tv… 🙂
waahhhh!!!!! cantik sangat lautnya… aduhhh teringin nak pogi, bila la dapat menjejakinya..memang indah ciptaan Allah..
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
jepun tak pernah ada dalam list tempat utk dilawati. saya hanya tertarik dgn amerika dan australia shj. tapi okinawa mcm cantik
wow bestnyer kalau kaki ni dapat melangkah ke sana..kalau dapat pergi free ana nak lah muhahha..memang cantik
Curahan rasa adna2029 @ ..Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
Cantiknya Okinawa ini. Entah bilalah boleh jejak kali kesana. Berkenan sangat tengok gambar yang Tuan kongsikan dalam entri ini. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Mini MMR Giveaway
bila tuan denaihati.com nak anjurkan lawatan ke okinawa ni? teringin pula wawa nak ikut serta.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
kalau DH anjurkan lawatan kpd blogger ke jepun mesti ramai yg join
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
alamak, terasa nak pergi ke jepun pula kali ini. Pulau okinawa ni memang memukau hati betul lah. Ni nak kena masuk wishlist pegi bercuti ni next year. tuan denaihati.com, wawa mohon kebenaran nak save gambar ikan tu ye. nak buat wallpaper laptop wawa. Terima kasih! 🙂
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Seronoknya kalau dapat bercuti ke Okinawa ni wawa. Moga tercapai ye untuk jejak kaki kesana. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Mini MMR Giveaway
Wow! Memang terpukau dengan keindahan pulau Okinawa ini! Terus terjatuh cinta… kini termasuk dalam list lokasi pelancongan yg ingin saya lawati!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate
Ya allah tengo gambar pun dah dapat bayangkan keindahan Okinawa ni. Pelbagai tempat menarik yang ada. Bilalah dapat melancong ke luar negara ni. Teringin sangat.
sekali tengok gambar je terus jatuh hati dengan keindahan pulau okinawa ni kan. Wawa pun tengah tunggu masa untuk ke luar negara juga ni.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Bestnya kalau dapat bercuti ke tempat yang indah dan menarik seperti Okinawa Japan ini. Mudah-mudahan suatu hari nanti dapat jejak kaki kesana. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..BBQ.
ALHAMDULILLAH, saya pemenang daripada pihak penganjur ni, tapi sampai sekarang masih tidak dapat hadiah lagi. Hanya menerima sepucuk surat sahaja yang mengatakan tahniah dan hadiah akan menyusul kemudian.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
Kalau masa muda-muda dulu wan memang bercita-cita nak ke Jepun.
Bila dah besau macam sekarang ni, niat nak ke Korea pula. Tapi masih jadi cita-cita la. Belum sampai-sampai juga. Hahhaa…
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Seronoknya kalau dapat pergi Jepun. impian dari kecil memang nak pergi Jepun. Belajar bahasa jepun dah..Nak pergi tu belum lagi belum ada rezeki. Alang alang kalau dah pergi jepun tu memang tak lepas peluang pergi sini kan..cantik sangat tempat ni
Curahan rasa Azhafizah @ ..Tugasan Kedua Cabaran miliki iPhone 5s impian setiap blogger
Comments are closed.