Muka Blog Baru Denaihati

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah setelah berbulan-bulan merancang bersama Eizil akhirnya blog Denaihati tampil dengan muka blog baru yang lebih mengikut trend semasa.

Make over blog Denaihati adalah make over  yang ke empat semenjak berpindah ke platform WordPress. Perubahan paparan baru ini adalah perubahan sempena bakal menyambut ulang tahun ke lima blog Denaihati berada di persada alam maya. Kalau pembaca melihat archives Denaihati pasti dapat mengimbau entri pertama blog Denaihati lima tahun lepas ketika itu di platform blogspot pada 13/7/2008.

“Yang ditunggu sudah tiba > Teknik Buat Duit dengan Affiliate dari Sifu Affiliate En Titan @ Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Muka blog baru Denaihati ini bukan sekadar penampilan design yang berbeza tetapi akan menambah berbagai fasiliti yang akan memberi kepuasan kepada PEMBACA SETIA. Antara projek baru Denaihati adalah Kedai Denaihati yang akan menjual berbagai produk fizikal dan eBook keluaran team Denaihati. Di masa akan datang Kedai Denaihati akan dibuka kepada Rakan Denaihati untuk memasarkan produk dengan yuran yang minima.

Paparan Galeri GambarPaparan galeri gambar juga telah dikemaskini untuk memudahkan anda untuk melihat gambar-gambar yang terdapat dalam sesuatu artikel

Theme ini dibina dengan memikirkan keselesaan pembaca sebagai perkara utama yang perlu dicapai.

Dalam tempoh enam bulan ke hadapan berbagai sistem baru akan diintergerasi secara berperingkat di blog Denaihati. Blog Denaihati bukan sahaja sebuah blog personal tetapi bakal menjadi sebuah platform yang akan memberi kenikmatan baru kepada Rakan Blogger.

Denaihati Social Media Sharing

Semuga muka blog baru dengan button sosial media yang berbeza akan menjadi pencentus baru kepada Rakan Blogger untuk menyebarkan setiap artikel baru yang dikongsikan dan menjadikan motivasi Rakan Blogger untuk lebih bersungguh-sungguh menjadi Blogger profesional yang boleh dijadikan sebagai kerjaya.

Terima kasih kepada Eizil dan team Denaihati yang sentiasa ada ketika susah dan senang. Jutaan terima kasih juga kepada semua Pembaca Setia yang sentiasa bersama walaupun kekadang server error. Tunggukan berbagai insentif yang akan diumumkan khas untuk semua.

Penghargaan yang tidak terhingga kepada pembaca setia sehingga blog Denaihati mencapai berbagai penghargaan antaranya Best of the best blog 2012, Most creative blog 2013 dan terkini top 3 DiGiwwwow Blogger of the year. Ini adalah motivasi kepada perubahan terbaru ini. Sila kongsikan cadangan dan komen yang boleh meningkatkan kualiti blog Denaihati. Mohon juga cadangan idea baru yang boleh dilaksanakan oleh blog Denaihati untuk kemudahan pembaca setia.

Sebagai menghargai Rakan Denaihati, RM100 akan diberi kepada 20 review muka blog baru Denaihati yang melebihi 300 perkataan dengan beberapa gambar screenshot. Sila jadi 20 yang pertama menulis entri review muka blog baru Denaihati dan tinggalkan link entri review di SINI.

Comments

  1. says

    wahhh suke gila ngan wajah baru denai hati.. syg sbb x sempat join review wajah baru denai hati.. tp still ucap thniah kat kawan2 yg berjaya.. congrat tuk denai hati gakk sbb dh tuka bju.. better dari dulu.. nice to vieww..

Trackbacks