Motorola RAZR i Smartphone Kuasa Intel

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ni Denaihati telah diberi peluang oleh Intel Malaysia untuk mencuba gadget Motorola RAZR i XT890 yang menggunakan chipset dari Intel. Peluang macam ni memang ditunggu-tunggu. Motorola merupakan pengeluar smartphone terawal yang menggunakan chipset daripada Intel untuk telefon pintar mereka.

Motorola RAZR i XT890 dengan kuasa Intel Atom

Pertama kali membuka kotak dan menarik keluar Motorola RAZR i nampak seperti iPhone 5. Dengan saiz 122.5 x 60.9 x 8.3 mm (4.8 x 2.4 x 0.3 inci) lebih kurang sama dengan saiz iPhone 5 tapi lebih tebal dan lebih berat sikit. Bila dah pegang sendiri dan dah belek-belek dapat rasa Motorola RAZR i punyai keistimewaan tersendiri.

Motorola RAZRi XT890 menggunakan Chipset Intel Atom 2Ghz. Chipset Intel Atom biasa kita dapati digunakan pada netbook. Ini manjadikan Motorola RAZR i antara smartphone yang memiliki pemprosesan berkelajuan tinggi.

Motorola dengan usahasama dari Intel melancarkan gadget yang dikuasakan oleh Intel Atom ni bagi memastikan Motorola RAZR i lancar daripada semua aspek termasuk keupayaannya dan persembahan grafik yang optimum.

Motorola RAZR i XT890 dengan cipset Intel Atom

Motorola RAZR i XT890 dengan cipset Intel Atom

Motorola RAZR i dikuasakan oleh 2GHz Intel Atom dengan 1GB RAM. Smartphone dengan saiz skrin 4.3 inci Super AMOLED Advanced (Corning Gorilla Glass) ini juga didatangkan dengan ruang penyimpanan dalaman 8GB dan sokongan microSD sehingga 32GB.

Slot MicroSD dan kad SIM Motorola RAZR i

Selain tu, smartphone Motorola ni dilengkapi dengan kamera belakang 8 Megapixel yang menyokong gambar HDR dan kamera depan 0.3 Megapixel, serta ada fungsi WiFi, NFC, GPS dan juga 3G.

Motorola RAZR i menggunakan bateri Li-Ion 2000mAh. Dari pengalaman menggunakan smartphone ni, baterinya mampu bertahan sehingga 4 hari lamanya dengan penggunaan yang minimal.

Fungsi kamera pada smartphone Motorola RAZR i

Butang kamera pada Motorola RAZR i XT890
Button kamera di bahagian tepi memudahkan untuk ambil gambar.

Motorola RAZR i menggunakan Android OS 4.0.4 (Ice Cream Sandwich) – boleh upgrade ke Android versi Jelly Bean. Dari segi cara menggunakannya masih sama seperti menggunakan peranti-peranti Android lain. Cuma ada beberapa fungsi yang sedikit membezakan antara Motorola RAZR i dengan smartphone Android yang lain.

Motorola RAZR i dengan sistem operasi Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich

Dari segi kualiti gambar yang diambil menggunakan Motorola RAZR i memang memuaskan hati. Paling menarik kameranya sangat pantas mengambil gambar. Gambar yang diambil pada waktu siang tengok boleh tahan hasilnya.

Tapi gambar yang diambil pada waktu malam atau dalam suasana kurang cahaya hasilnya tak berapa menarik sebab banyak ‘noise’ atau bintik-bintik pada gambar. Nasib baik ada fungsi flash, jadi ‘noise’ tu dapat dikurangkan.

Contoh gambar diambil menggunakan kamera Motorola RAZR i
Gambar diambil menggunakan Motorola RAZR i XT890 pada waktu petang ( pukul 6:00)

Gambar dari kamera Motorola RAZR i

Gambar diambil menggunakan kamera Motorola RAZR i

Sepanjang menggunakan smartphone Motorola RAZR i boleh dikatakan ianya antara gadget atau smartphone yang berbaloi untuk dimiliki. Motorola RAZR i XT890 boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Rasanya pilihan warna putih nampak lebih menarik dan cantik.

Terima kasih sekali lagi kepada Intel Malaysia kerana sudi memberi peluang Denaihati menggunakan dan berkongsi review smartphone Motorola RAZR i. Semuga di masa depan ada peluang lagi untuk Denaihati mencuba gajet-gajet unik seperti ini.

Untuk spesifikasi penuh smartphone Motorola RAZR i boleh tengok di laman GSMArena.com.

[customgallery]

67 Comments

  1. tuan denaihati sangat bertuah kerana dapat menggunakan gadget yang baru. mudah-mudahan dengan review smartphone motorola yang tuan denaihati.com lakukan ini dapat menarik perhatian peminat motorola.
    Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAYMy Profile

  2. sebenarnya aku baru tahu motorola pun ada menggunaka chip daripada Intel…yang aku tahu ASUS zenfone yang guna Intel..tetapi aku dengar chip Intel pada mobile ni banyak tak support apps..entahlah aku pun tak pasti..mungkin ada yang pakar macam amanz boleh bagi pencerahan
    Curahan rasa blogger lelaki @ ..Musuh Kita Yang Paling KejamMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!