MML Tile Makeover Bilik Mandi Bertambah Seri

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dalam entri “MML Tile Makeover Sebelum dan Selepas” yang lalu ada ditunjukkan perubahan sebelum dan selepas baikpulih yang dibuat pada kediaman pemenang MML Tile Makeover. Entri kali ni joom kita tengok makeover yang dibuat oleh MML bagi kategori Bathroom Makeover. Bilik mandi berubah menjadi cantik hasil sentuhan kreatif MML.

Pemenang Bathroom Makeover : Loh Chia Hur

Pemenang MML Tile Makeover kategori Bilik Mandi ni merupakan sebuah keluarga kecil yang terdiri daripada seorang bapa tunggal yang menjaga anak perempuannya yang masih bersekolah dan seorang anak lelaki yang baru sahaja mula bekerja. Rumah kelihatan agak kosong dan kekurangan sentuhan wanita tetapi bapa kepada keluarga ini telah berazam untuk mengubahsuai rumah tersebut bagi meningkatkan Feng Shui.

Keadaan bilik mandi sebelum Makeover
Keadaan bilik mandi sebelum Makeover

Sebagai seorang tukang yang boleh melakukan pelbagai kerja, bapa keluarga ini turut terlibat dengan proses pengubahsuaian dan telah meneliti semua maklumat yang diberikan oleh MML ketika datang untuk mengubahsuai bilik mandi rumahnya.

Sebelum proses pengubahsuaian bermula, bilik mandi kelihatan agak kotor dengan jubin yang sudah berusia 27 tahun. Selain itu jubin juga telah bocor dan mengalirkan air ke dalam bilik tidur dan merosakkan lantai kayu.

bathroom before makeover

Dengan bantuan MML, bilik mandi tersebut kini bertambah seri dan menakjubkan kerana ia telah mewujudkan ruang yang kelihatan lebih besar dan pemilik sangat gembira dengan perubahan tersebut.

Bathroom selepas Makeover
Bilik mandi menjadi cantik selepas Makeover

bathroom after makeover MML

Keluarga Loh Chia Hur amat teruja dengan perubahan yang berlaku pada bilik mandi. Mereka telah lama menunggu untuk mengubahsuai bilik mandi tersebut. Hanya satu hasrat Loh Chia Hur iaitu agar ibunya yang telah meninggal dunia pada awal tahun ini ada di sini untuk melihat perubahan yang telah dibuat.

bathroom after makeover

Bilik mandi keluarga Loh Chia Hur kini kelihatan betul-betul segar dan moden. Corak dan reka bentuknya juga sangat menarik.

bathroom after makeover MML

Pada perayaan Tahun Baru Cina (CNY) nanti ramai saudara yang akan datang dan tinggal di rumahnya. Dalam sebuah parti CNY nanti Loh Chia Hur akan menunjukkan perubahan menakjubkan yang telah dibuat oleh MML ke atas bilik mandi di rumahnya.


Spread the love

55 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!