Mesir terkini Ops Piramid suatu kejayaan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mengimbas kembali entri Ariffshah bertajuk Krisis Di Mesir keadaan sebenar pelajar Malaysia yang telah di retweet sebanyak 662 kali (antara yang retweet terbanyak yang aku tengok untuk entri Bahasa Malaysia) dan share FB sebanyak 6157 telah sedikit sebanyak membuka mata rakyat Malaysia termasuk media masa arus perdana dan arus pakatan. Berbagai blog telah copy paste entri krisis Mesir dengan olahan bahasa tersendiri telah menimbulkan polimik politik. (Biaslah orang politik pasti akan mengambil kesempatan dalam apa juga isu).

Alhamdulillah segalanya telah terjawab, OPS PIRAMID telah dilancarkan untuk membawa pulang Rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir. Semua yang terperangkap telah dipindahkan ke Jeddah, Arab Saudi dengan kerjasama ATM, MAS, Airasia, Tabunghaji dan NGO. Kumpulan pertama pelajar Malaysia telah menjejaki kaki di KLIA dengan disambut oleh PM DS Najib Razak dan jemaah kabinet. Kesemua Rakyat Malaysia akan dibawa pulang secara berperingkat dalam tempoh beberapa hari dengan segala kos ditanggung oleh kerajaan (memang sepatutnya begitulah).

Ramai kawan-kawan FB yang Pro Pakatan mengutuk kerajaan walaupun telah berjaya membawa pulang Rakyat Malaysia melalui Ops Piramid. Aku jawab pada diaorang mudah je “kerja kuat-kuat dan takluklah Putrajaya dan ketika itu Kerajaan Pakatan boleh buat apa yang mereka fikir terbaik”. Sementara ini terima kasih, syukran, makaseh dan thank you kepada Kerajaan kerana telah berjaya membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir. Ops Piramid mungkin kelihatan senang tetapi bukan sesenang yang kita lihat. Tahniah semua. Terima kasih Allah S.W.T yang memudahkan segalanya.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

55 Comments

  1. alhamdulillah, usaha dari ramai pihak termasuk rakan-rakan blogger yang prihatin. walaupun tidak banyak membantu dari dekat, sekurang-kurangnya kita telah tunjukkan tanggungjawab yang sangat besar.

    yang penting, hati kita – hanya Allah yang mengetahuinya.

    syukur, gembiran melihat perkembangan yang sangat baik dan bersyukur semua berjalan lancar.
    Curahan rasa megat @ ..Bisikan hati di hari jadiMy Profile

    1. Syukur di atas kejayaan ops piramid ini. Sahabat yang mempunyai 2 orang anak juga telah selamat menerima kepulangan anak. Gembira sungguh beliau.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!