Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pernah pergi ke Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)? Terletak di Jalan Ampang memang aktif dengan berbagai aktiviti mempromosi cuti-cuti Malaysia. Bulan Ramadan yang lepas aku telah menghadiri majlis iftar Ramadan anjuran MaTiC dan Kementerian Pelancongan Malaysia bersama dengan ramai Blogger Tersohor Malaysia antaranya Ben Ashaari, Penmerah, Ainaa Roseberry dan ramai lagi. Paling best dapat jumpa Bro Rashidi, kawan lama yang dah jadi Timbalan Ketua Setiausaha bahagian pelancongan.
1Malaysia KL Family Fair
Antara akitiviti yang sedang berlansung di Pusat Pelancongan Malaysia adalah 1Malaysia KL Family Fair. Untuk pengetahuan 1Malaysia KL Family Fair anjuran MaTiC ni telah berlangsung selama 2 tahun dan diadakan pada setiap hari Sabtu daripada pukul 4.00 petang hingga 11.00 malam. MaTiC yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur (berhadapan dengan Hotel Renaissance dan bersebelahan Restoran Saloma) menjemput orang ramai ke 1Malaysia KL Family Fair.
Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual di event “1Malaysia KL Family Fair” termasuk kraftangan, pakaian, aksesori, makanan dan minuman, car boot sale, latihan tarian “Cuti-cuti 1Malaysia” dan banyak lagi. Bolehlah bawa keluarga, rakan-rakan dan yang tersayang pergi ke sana. Mesti seronok.
Antara gambar yang sempat dirakam ketika event 1Malaysia KL Family Fair tahun lalu sempena menyambuta Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-a.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-b.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-c.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-d.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-e.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56
Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 akan disambut oleh seluruh Rakyat Malaysia pada 31 Ogos 2013 (Sabtu). MaTiC tidak ketinggalan akan meraikan Hari Kemerdekaan ke-56 dengan aktiviti Merdeka Merdeka @ MaTiC. Berbagai aktiviti telah dirancang untuk pengunjung MaTiC sempena menyambut Hari Kemerdekaan.
Rakyat Malaysia yang akan bercuti pada Hari Merdeka dijemput untuk menyertai Merdeka Hunt, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Nyanyian Patriotik sempena Merdeka Merdeka @ MaTiC. Jangan lepaskan peluang daftar segera kerana tempat terhad. Penyertaan anda adalah penghargaan kepada Kemerdekaan yang sudah kita kecapi selama 56 tahun.
Joom ramai-ramai kita ke sana meriahkan lagi acara Merdek Merdeka @ MaTiC sempena sambutan Hari Merdeka nanti. Kalau bukan kita yang memeriahkan Hari Kemerdekaan .. siapa lagi? Jangan lupa kibarkan Jalur Gemilang disetiap rumah tanda kita menghargai perjuang-perjuang kemerdekaan dan jangan lupa sentiasa bersyukur kepada ALLAH SWT di atas segala pemberian keamanan dan kesejahteraan Malaysia.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang event anjuran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) boleh lihat di laman web rasmi MaTiC – www.matic.gov.my atau boleh layari FB Page MaTiC dan Twitter @PPMMaTiC.
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) merupakan satu pusat yang menyediakan berbagai perkhidmatan dan kemudahan bagi para pelancong. Ia juga memberi mereka kesempatan untuk melihat dan menikmati segala daya tarikan Malaysia melalui beberapa pementasan dan demonstrasi pelbagai aspek kebudayaan Malaysia.
51 Comments
Untung jugak duduk dekat KL/Selangor ni. bnyak sangat event yang orang ramai/blogger khususnya, boleh join
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Berbuka Puasa Dengan Uncle Jack
Salah satu aktiviti untuk mengeratkan hubungan sesama masyarakat di samping meningkatkan sikap patriotik dan cinta akan negara 🙂
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Cantik jelita dan tampil berseri dengan Placenta White By Nikko
kehangatan kemerdekaan ke 56 masih lagi terasa..Selamat Hari Merdeka
Curahan rasa kakiblog @ ..7 Kebaikan Menyertai Blog Kontes
menakjubkan sekali acaranya.. di kl ya
Banyak sungguh program sempena merdeka
Curahan rasa Ustazah Ain @ ..Talam Berlauk Udang
Comments are closed.