Mat Indera Pemimpin Komunis yang aku kenal

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa dikalangan Rakan Blogger yang pernah dengar nama Muhammad Indera atau lebih dikenali Mat Indera yang merupakan seorang Pemimpin Komunis di Johor ketika Zaman Darurat sebelum Merdeka. Sejak kecil aku telah dikenalkan dengan nama Mat Indera. Dendam penduduk kampung kepada Komunis sangat mendalam kerana ramai penduduk kampung yang telah dibunuh dengan kejam oleh Komunis ketika Bintang Tiga memerintah Tanah Melayu setelah Jepun tewas Perang Dunia Ke dua. Dendam kepada Komunis bermakna dendam juga kepada Mat Indera yang merupakan salah seorang Pemimpin Komunis Melayu di bawah perintah Chin Peng.

Mat Indera bergerak cergas di sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak dan Bukit Kepong. Dia mengetuai pergerakan komunis dibahagian selatan yang merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.

Bukit Kepong pula menjadi popular setelah kisah serangan Komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong difilemkan. Pernah ke Rakan Blogger sampai di Balai Polis Bukit Kepong yang pernah diserang dan dibakar oleh Komunis. Bukit Kepong tak lah jauh sangat daripada kampung aku dan dah banyak kali aku lalu di hadapan kesan sejarah ini yang suatu ketika dahulu hampir dilupakan.

Ramai orang tua di kampung aku dan sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak dan Bukit Kepong yang tidak berhenti bercerita tentang kisah kekejaman Komunis ketika Bintang Tiga memerintah Malaya. Ramai dikalangan rakan-rakan mereka yang hilang begitu sahaja tidak dapat dikesan setelah dibawa oleh Komunis keluar dari rumah secara paksa. Kalau kita baca Sejarah memang ada Pemimpin Melayu yang ikut Parti Komunis berjuang secara jujur untuk mendapat kemerdekaan Tanah Melayu tetapi  perjuangan mereka telah dikaburi oleh kekejaman sebilangan besar Pemimpin dan ahli Parti Komunis yang lain. Mereka bertindak kejam membunuh Rakyat yang tidak menyokong perjuangan mereka. Teringat kisah kekejaman Komunis Kemboja membunuh lebih 2juta Rakyatnya sendiri.

Mohammad Indera dan Bukit Kepong telah menjadi sejarah yang terus disebut dari dahulu sampai sekarang sehingga menjadi bahan politik untuk meraih sokongan rakyat. Setiap kali kisah ini diulang siar ada rakyat Malaysia yang terguris hatinya mengingati saudara dan keluarga yang dibunuh kejam oleh Komunis.

Kisah Mat Indera dan Bukit Kepong diulang siar oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu untuk apa? Kalau untuk membetulkan sejarah kenapa begitu lama mengambil masa sehingga lebih 58 tahun setelah Mat Indera dihukum gantung pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak. Adakah semua Ahli Sejarah Malaysia dan Pemimpin PAS sebelum Mat Sabu buta sejarah sehingga tiada seorang pun yang membetulkan kisah ini untuk paparan kepada rakyat. Atau adakah ini perang psikologi politik PAS untuk membenarkan kerjasama PAS dengan DAP sebagaimana Mat Indera yang merupaka seorang Guru Agama bekerjasama dengan Chin Peng ketua Parti Komunis Malaya ketika itu.

Perjuangan Mat Indera memang baik tetapi kesilapannya adalah bersama Komunis yang memperjuangkan hak saksama tanpa Agama. Mungkinkah kesilapan Mat Indera akan berulang lagi apabila Pemimpin Politik Islam tidak yakin dengan perjuangan sendiri sehingga perlu bersama dengan parti yang berbeza prinsip?

Aku tak dapat nak jawab!!


Spread the love
author avatar
denaihati
Denaihati blog personal yang telah memenangi anugerah MSMW Best Blog of the year 2012, MSMW Most Creative Blog 2013 dan MyNic Best Personal Blog 2013.