Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah syukur ALLAH masih pilih aku dan keluarga dapat merayakan kemerdekaan Malaysia kali ke 57. Setelah mengembara berpuluh-puluh negara di Asia dan Eropah aku merasakan Malaysia bukanlah negara paling terbaik tetapi yang terbaik untuk diri aku. Bersyukur sangat dengan segala apa yang aku nikmati di Malaysia, tidak terhitung dengan perkataan banyaknya. Bumi yang aku cintai dan di sinilah lahirnya sebuah cinta abadi.

Selamat Hari Merdeka ke-57 - Denaihati.com

Malaysia sudah 57 tahun Merdeka tetapi adakah kita sudah merdeka atau kita juga semakin hilang bersama misteri sebuah bangsa yang hilang di timur jauh. Bangsa lain semakin mengorak langkah menguasai segala bidang di bumi tercinta Malaysia tetapi bangsa kita masih bercelaru dengan kuasa politik. Kita masih suka berpolimik di sosial media daripada mengubah jati diri menjadi manusia yang berjaya. Apabila gagal kita mencari berbagai alasan untuk tidak mahu berubah. Sayang betul kita dengan sifat dan tabiat lama walaupun ianya lansung tidak menguntungkan diri sendiri.

Tersentuh hati apabila mendengar setiap patah lirik lagu Warisan nyanyian Datuk Sudirman Haji Arshad.

Video asli “Di sini lahirnya sebuah cinta” untuk tema Merdeka ke 57.

Bagaimana perasaan anda menjelang Kemerdekaan ke 57 Malaysia? Luahkan perasan anda seperti berikut :

  1. Sila tulis satu entri dengan tajuk “Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta” lebih 300 ratus perkataan.
  2. Publishkan entri anda pada 31/8/2014 (jam 12.00 am – 11.59 pm)
  3. Entri mesti original bukan copy paste.
  4. Tampalkan satu banner denaihati yang boleh diambil di SINI (satu banner cukup jadi kalau dah ada tak perlu tapi nak tukar boleh)
  5. Letakkan sekurang-kurangnya satu backlink ke blog denaihati.com
  6. Sila kirimkan url entri kemerdekaan anda di SINI.
  7. Entri yang cukup syarat dan menarik akan mendapat hadiah RM100.

Sudah tiba masanya kita meMERDEKAkan diri dengan mengikut cara dan panduan hidup yang terbaik iaitu cara hidup Rasulullah SAW.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Spread the love

189 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!