Laurastar – Seterika Wap dengan Teknologi Swiss
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menggosok pakaian bagi sesetengah orang mungkin rasa macam menyusahkan. Nak kena tetapkan suhu yang sesuai, teknik menggunakan seterika pun kena betul, kalau tak baju yang digosok nampak macam tak bergosok sebab masih ada kesan kedut. Kalau tersalah gosok mungkin pakaian akan terbakar. Jenis seterika yang digunakan pun penting juga.
Minggu lepas aku telah diperkenalkan dengan satu jenama seterika wap mudah alih iaitu Laurastar dengan teknologi Swiss. Dalam sesi tu dapat tengok demo menggunakan seterika Laurastar untuk gosok baju, kain tudung, seluar jeans dan baju kemeja. Bukan saja dapat gosok dengan hasil yang kemas, masa yang digunakan pun lebih singkat berbanding menggunakan seterika biasa.
Terdapat 2 jenis seterika jenama Laurastar dalam pasaran tempatan yang dibawa masuk oleh Visionary Solutions Sdn Bhd, pengedar tunggal produk elektrik berjenama Laurastar ni iaitu Laurastar Pulse dan Laurastar Lift.
Perbezaan antara kedua-dua jenis seterika ni adalah Laurastar Pulse dilengkapi papan seterika ‘MAGiC Active Table‘ dengan dua kipas angin yang boleh meniup dan menarik angin dari permukaan papan seterika untuk mambantu menghilangkan kedutan dengan mudah.
Selain tu, ada fungsi ‘ClicK Intuitive Automatic Steam‘ di mana dengan sedikit gerakan tangan membawa seterika ke hadapan akan menghasilkan wap panas secara automatik. Apabila seterika digerakkan ke belakang atau dihentikan, pengeluaran wap panas pun akan berhenti juga.
Manakala Laurastar Lift pula fungsinya hampir sama dengan Laurastar Pulse cuma ianya lebih kepada portable atau mudah alih dan senang nak bawa ke mana-mana tanpa penggunaan ruang yang besar.
Laurastar Lift didatangkan dengan 6 pilihan warna iaitu warna merah, kelabu dan putih bagi model Laurastar Lift serta warna hitam, pink dan platinum bagi model Laurastar Lift Plus.
Seterika Laurastar ni tak memenatkan semasa guna sebab ianya ringan. Fungsi stim automatik yang ada juga dapat membantu kita menggosok pakaian dengan cepat dan tak menggunakan banyak tenaga.
Seterika Laurastar memerlukan masa hanya 3 minit sebelum boleh digunakan. Masa yang cukup singkat tak macam seterika biasa nak kena tunggu lama sebelum guna. Seterika Laurastar juga akan mati secara automatik jika tak digunakan dalam tempoh 10 minit.
Harga Seterika Laurastar
Berikut adalah senarai harga seterika Laurastar yang boleh dibeli. Setiap produk seterika Laurastar disertakan dengan jaminan selama 2 tahun.
Laurastar Pulse – RM8,499
Laurastar Lift (enam pilihan warna)
- Red, White, Toupe – RM2,299
- Pink – RM2,799
- Black – RM2,799
- Platinum – RM2,999
- Comfort Board – RM410
- Plus Board – RM800
- Filter – RM220 (3 in 1)
- Board Cover – RM265, RM240
Seterika Laurastar boleh didapatkan di pusat jualan mereka di cawangan Harvey Norman yang berdekatan. Untuk maklumat lebih lanjut tentang Laurastar, layari laman web Visionary.com.my dan laman web rasmi Laurastar Malaysia di www.Laurastar.com.my. Boleh juga like Facebook Laurastar dan Twitter @laurastar untuk dapatkan update terkini tentang Laurastar dari masa ke semasa.







