Kuiz Facebook Astro Kasih – Reef Rescuers ‘7 Days of Sharing’

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, diharap pembaca dan pelawat blog Denaihati semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa hebat! Hari ini rasa teruja nak berkongsi bagaimana kita boleh turut serta dalam aktiviti menyeronokkan yang terbaru di Astro Kasih.

Jika anda seorang penonton Astro mungkin ingat baru-baru ni mereka menganjurkan aktiviti pembersihan laut di Sabah. Sekarang ni mereka ingin kita berkongsi kegembiraan hasil aktiviti tersebut dan menunjukkan kita mengambil berat dengan melakukan bahagian kita pada masa hadapan.

Team Astro Kasih
Team Astro Kasih dan penyelam memperingati pencapaian luar biasa mereka dengan gambar kumpulan

Baru-baru ni dari 6 – 13 April 2013, pasukan Astro Kasih telah menganjurkan GUINNESS WORLD RECORDS™ cubaan untuk rekod pembersihan bawah laut terpanjang yang diadakan di Taman Tunku Abdul Rahman di luar pantai Kota Kinabalu, Sabah. Inisiatif ini telah dimulakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan marin. Dengan bantuan daripada 134 penyelam sukarelawan dari Malaysia dan seluruh dunia, bekerja di 14 tapak selaman di sekitar taman itu tanpa henti selama 168 jam untuk misi 7 hari pembersihan bawah laut.


http://www.youtube.com/watch?v=vsGKivjL6Os&feature=youtu.be

Aktiviti ini adalah sebahagian daripada program Astro Kasih’s Beautiful Malaysia – salah satu inisiatif daripada Astro’s Corporate Social Responsibility (CSR) di bawah tunggak persekitaran, bagi meningkatkan kesedaran tentang memelihara alam sekitar dengan penglibatan komuniti untuk aktiviti-aktiviti alam sekitar.

Jika anda tidak pernah mendengarnya, Astro Kasih adalah inisiatif sukarela yang dijalankan oleh pekerja Astro untuk kebaikan dan kemajuan masyarakat dalam hidup kita. Astro Kasih juga mengalu-alukan perkongsian idea melalui laman Facebook Astro Kasih di https://www.facebook.com/astrokasihmalaysia.

penyelam astro kasih
Penyelam di permukaan air selepas membersihkan laut

Astro Kasih Beautiful Malaysia turut menjalankan projek memindah terumbu karang pada tahun 2011 di Reef Ribbon, Taman Laut Tun Sakaran, Sabah. Ianya satu usaha yang mencapai pensijilan oleh Malaysia Book of Records dengan 777 batu karang dipindahkan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.astrokasih.org/beautifulmalaysia.

Di samping tu, inisiatif Astro Kasih juga telah banyak membantu kampung-kampung dan kanak-kanak di Sabah yang kurang bernasib baik sejak 2009. Aktiviti-aktiviti mereka termasuk membina dan membaik pulih kemudahan dan infrastruktur serta menyumbang kepada peningkatan sumber-sumber pendidikan untuk anak-anak di sana.

“Reef Rescuers” – Rancangan TV Khas 30 minit

Oleh kerana tak ramai yang mengikuti cubaan memecah rekod ni, Astro telah bekerjasama dengan Discovery Network untuk menghasilkan “Reef Rescuers“, sebuah rancangan TV khas selama 30 minit yang menunjukkan perspektif orang dalam apa yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan projek besar pemuliharaan marin.

Atas dasar semangat Beautiful Malaysia, penonton program tersebut juga boleh mengambil bahagian dalam kuiz khas bagi meraikan tayangan perdana “Reef Rescuers” yang akan ditayangkan di Discovery Channel (Astro Ch 551) dan Discovery HD World (Astro Ch 571) pada hari Khamis 30 Mei pukul 7.00 malam.

penyelam rai kejayaan

Astro Kasih juga mengadakan giveaway 1 kamera GoPro setiap hari dalam tempoh 7 hari melalui kuiz Facebook Astro Kasih Reef Rescuers ‘7 Days of Sharing’! Kamera GoPro ni merupakan kamera paling versatile di dunia. Boleh tengok di laman web http://gopro.com.

Untuk mengambil bahagian hanya pergi ke Astro Kasih Facebook Page. Kuiz bermula dari 24 Mei 2013 hingga 30 Mei 2013 – selama 7 hari atau 168 jam, tempoh masa yang sama seperti proses pembersihan laut yang dilakukan.

Setiap pagi, anda akan diberi pilihan soalan yang perlu dijawab sebelum pukul 7.00 malam pada hari yang sama. Hanya kemukakan jawapan serta butir-butir peribadi dan anda layak untuk jadi peserta bertuah.

Akhir sekali, anda perlu share dan sebarkan mengenai kuiz dan program “Reef Rescuers” melalui kemaskini status di Facebook menggunakan ayat berikut:

I just took the Reef Rescuers quiz about the world’s longest underwater clean-up in Sabah, Malaysia. Take the quiz today and get selected for a GoPro! Catch the 30-minute documentary on Discovery Channel (Astro Ch 551) and Discovery HD World (Astro Ch 571), premieres 30 May, Thursday, 7pm.

Selepas tu, semak semula di laman Facebook Astro Kasih selepas 10.00 pagi pada hari berikutnya untuk tengok keputusan sama ada anda peserta bertuah membawa pulang kamera GoPro daripada Astro Kasih.

Anda juga boleh menetapkan tarikh menonton “Reef Rescuers” dengan keluarga dan kawan-kawan, hanya hubungkan semua orang di halaman Reef Rescuers Facebook Events: https://www.facebook.com/events/320722658059225/

Gunakan Butang Merah di alat kawalan jauh Astro semasa menonton untuk dapatkan maklumat lanjut, bersembang di Twitter, melihat suapan maklumat atau lihat giveaway yang lain.


http://www.youtube.com/watch?v=vsGKivjL6Os&feature=youtu.be

Selepas anda sertai kuiz ini, anda juga boleh melihat cara-cara untuk memastikan Malaysia bersih atau melibatkan diri dalam kehidupan lestari. Jika anda lebih suka untuk menyemak tempat-tempat terbaik untuk menyelam skuba atau tempat menarik untuk travel, lihat perbualan di laman Facebook Discovery Asia Tenggara https://www.facebook.com/DiscoverySEAsia kerana ada sesuatu yang hebat setiap hari!

37 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!