Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini sambungan dari entri kembara Turki sebelum ini iaitu “Turki aku datang“, “Urfa kota Para Nabi” dan “Tarsus kota purba menarik di Turki“. Daripada tiga entri ini alhamdulillah perjalan beribu batu sangat mencabar tapi banyak juga ilmu baru yang aku belajar dan paling best apabila melawat lokasi yang pernah dicatatkan dalam entri yang lepas seperti “kisah ashabul kahfi”.
Tak banyak yang dapat dilihat dalam perjalanan dari Tarsus ke Konya kerana hari sudah malam melainkan semua terlena kepenatan. Konya adalah sebuah bandar yang terletak ditengah-tengah Turki merupakan bandar terbesar di Turki. Konya merupakan bandar yang sangat tua yang dibina pada tahun 3000 SM yang telah diperintah berbagai Kerajaan antaranya Seljuk, Karamanid dan Ottoman dan pernah menjadi ibu negara kepada Kerajaan Seljuk. Kalau melawat Turki jangan lupa untuk singgah di bandar menarik Konya yang penuh dengan sejarah tamadun dunia.
Paling tersentuh hati apabila dapat bertemu dengan empat pelajar Malaysia di asrama MTS Konya. Mereka sangat teruja untuk berjumpa kami sehingga sanggup menunggu sehingga lewat malam. Asrama MTS tempat kami menginap adalah antara beratus asrama MTS yang terdapat di Konya. Semua asrama MTS dibina hasil wakaf daripada penderma Usahawan dan Jutawan Turki contohnya seorang jutawan telah menderma dua juta Turki Lira untuk pembinaan asrama tempat kami menginap. Semuga ramai di kalangan kita yang berjiwa memberi seperti mereka sehingga terbina asrama yang bagus untuk anak-anak kita. Apa kata kita mulakan dengan minima RM10 (kalau lebih lagi bagus) untuk pembinaan Madrasah Tahfiz An Nuur Muar.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya, sedih juga bila tiba masa meninggalkan anak-anak Malaysia semuga mereka menjadi pendakwah yang bertebaran di seluruh alam. Semuga ALLAH permudahkan usaha mereka dan usaha MTS mendidik anak-anak tanpa mengira negara. Untuk maklumam pembaca bukan sahaja anak Malaysia yang belajar di MTS Turki tetapi mereka datang dari berpuluh negara yang ditempatkan di beratus madrasah di seluruh Turki. Ramai yang sudah tamat belajar dan mereka di tempatkan di madrasah-madrasah di 148 negara.
Memang besar bandar Konya dengan berbagai fasiliti pengangkutan dan berbagai bagunan perniagaan yang moden tetapi mata terpukau dengan bagunan lama tinggalan sejarah berbagai kerajaan lama. Kami singgah di Makam Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi ulama yang sangat terkenal di Turki. Kalau pernah dengar Tarian Sufi Turki banyak dikaitan dengan Maulana Jalaluddin kerana ramai pengikutnya mengamalkan zikir sambil menari berpusing-pusing. Kami melawat musium dengan berbagai peninggalan antaranya naskah Al Quran lama dan berbagai momemun kehebatan zaman Maulana Jalaluddin. Barulah aku tahu rupanya serban besar yang digunakan oleh pengikut Maulana Jalaluddin adalah kain kapan mereka sendiri yang yang digunakan apabila mereka meninggal. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar ketika menziarahi makam Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi. Makam Maulana Jalaluddin terletak di bawah kubah hijau teringat pulak Makam Rasulullah yang juga di bawah kubah hijau. Paling menarik dalam makam tersebut terdapat rambut Nabi Muhammad SAW yang sangat harum tersimpan dalam bekas.
Rupanya kembara turki ini telah merungkai rahsia lebih lima puluh tahun rahsia asal nama Bos Karangkraf, Datuk Husamuddin yang selama ini tertanya kenapa nama beliau berbeza dari adik beradik yang lain yang bermula dengan huruf “F”. Husamaddin adalah nama yang disebut dalam naskah menulisan di musium Maulana Jalaluddin. Inshaa ALLAH dengan nama yang indah Datuk Husamuddin aku doakan Datuk akan menjadi pencentus pengerakkan Islam keseluruh alam yang bebas dari pengaruh politik terlampau.
Di akhir lawan di Konya kami singgah di sebuah tadika MTS daripada lebih 50 buah tadika yang ada di seluruh Konya. Memanglah hebat tadika untuk anak-anak Turki berusia dari 3 – 6 tahun dengan berbagai fasiliti dan kemudahan seperti bilik komuter, bilik tidur, bilik aktiviti dan bilik makan. Paling best bila tengok anak-anak berusia 6 tahun sudah khatam 30 juzuk dan mahir berbagai doa dan zikir. Bukan sahaja ilmu Al Quran tetapi sunnah Nabi juga diajar di tadika sehinggakan mengamalkan makan secubit garam sebelum makan. Anak-anak memang perlu dididik dengan ilmu agama bermula dari usia muda tetapi ramai ibu bapa di Malaysia yang terlupa kerana sibuk dengan dunia.
Perjalanan seterusnya adalah menuju ke Bandar Alanya sebuah bandar di pinggir Lautan Mediterranean. Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Konya kota bermula tarian sufi Turki“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati. Kepada yang tak pernah tahu apa itu tarian sufi Turki jom kita tonton bersama.
108 Comments
Budak2 turki ni pun comel-comel, kecil2 dah khatam al-quran. Memang hebat jika umur 6 tahun dah khatam al-quran.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Otak Blurr Tak Tahu Nak Tulis Apa
Cantiknya Turki, beruntunglah Denaihati kerana dapat melancong dibanyak tempat menarik di bumi Allah ini. Semoga dengan perkongsian beliau kita dapat belajar sesuatu.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Otak Blurr Tak Tahu Nak Tulis Apa
Apa khasiat makan secubit garam sebelum makan ? Mungkin ada pelbagai khasiat dan kelebihan yang kita tidak tahu…
Curahan rasa Wira Merah @ ..Otak Blurr Tak Tahu Nak Tulis Apa
Subhanallah kanak kanak berumur 5 tahun dah khatam al-Quran. Terfikir pulak saya masa 5 tahun dulu saya dah buat apa la sangat untuk banggakan ibu bapa
Wahh DH tegar dan nekad mencatatkan pengembaraan walaupun sangat letih. Terima kasih kerana anda kami dapat membaca coretan yang indah ini
cantiknyer budak2 dia geram aih tengok hihii tapi anak sendiri lagi cantik kan muhahhaa
Curahan rasa adna2029 @ ..Segmen 8 Jam Bersama Misya : Siapa terpantas?
betul tu. selalu tahu istanbul tu pun bila tgok istanbul aku datang. thanks atas share artikel ini
Pertama kali dengar tentang kota konya.biasa kalau sebuat turki mesti terbayang istanbul dengan kelab bola sepak macam galatasary..
Subhanallah..semoga generasi kita juga akan menjadi seperti sultan Muhammad Al-Fatih..amin..
Curahan rasa Anma’s Healthcare @ ..Menarik Tentang Gajah
umur lima tahu sudah mampu hafal juzuk quran.alhamdulillah betapa sejuk perut ibu yang mengandungkan mereka
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
manuskrip al quran agaknya sudah berapa lamalah ia di pamerkan kepada umum ya.mungkin usianya sudah memakan puluhan tahun
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair Bodyline
jauh perjalanan luas pemandangan. Indahny bila kita dapat berjumpa dengan sejarah lama.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
Maulana Jalaluddin ada tariannya sendiri sungguh setianya pengikutnya bila berpusing sambil berzikir dapat pahala pula itu
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair Bodyline
Maha Suci Allah rambut bagida Rasulullah boleh bau semerbak wangi sehingga sekarang. sungguh Besar Kuasa Allah
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your V
konya antara sebahagian sejarah tamadun dunia yang paling banyak mendapat perhatian dari segenap pelusuk terutama pembinaan masjidnya yang tersergam indah
Curahan rasa cahayacinta @ ..Terlanggar Pin Langgar Lari Tak Perlu Buat Laporan Polis
Comments are closed.