Assalamualaikum dan salam sejahtera, rasanya baru semalam menonton Euro 2012 Final antara Sepanyol vs Italy dan tepat jam 2.45 am waktu Malaysia, 11/7/2012 sepak mula Euro 2016 Final akan bermula France vs Portugal. Dunia tidak menyangka pasukan Portugal akan masuk final Euro 2016 menentang tuan rumah France. Pasukan gergasi Sepanyol, England dan Belgium pulang awal untuk memberi ruang kepada Portugal dan Ronaldo membuktikan kuasa bola sepak Eropah. Tetapi bukan semudah itu kerana France memang kebal apabila bermain di padang sendiri sehingga peminat German ramai yang kecewa.
Berdasarkan soalselidik peminat bola sepak dunia 50/50 antara pasukan France dan Portugal untuk menjulang kejuaraan Euro 2016. Aku memilih France kerana ada dua pemain Arsenal iaitu Oliver Giroud dan Laurent Koscielny. Euro 2016 memang aku lebih fokus kepada pasukan yang mempunyai pemain Arsenal terutamanya German kerana ada Mesut Ozil. German merupakan pasukan pilihan tetapi tewas kepada France diperingkat separuh akhir.
Euro 2016 Final pasti akan menaikkan nama Cristiano Ronaldo, Renato Sanches, Nani, Antoine Griezmann, Dimitri Payet dan Oliver Giroud. Pemain mana bakal beraksi terbaik dalam perlawanan final Euro 2016 pasti akan membawa pasukan mereka menjulang piala.
Keputusan France vs Portugal
Anda juga boleh mengikuti keputusan Euro 2016 di Twitter dengan hashtag #Euro2016final
23 Comments
Selamat kepda portugal…portugal memang layak jadi juara …..selai ronaldo yang mainya hebat ….para pemain portugal yag lain juga berain dgn luar biasa
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Jasa Karikatur Murah dan Berkualitas
Ronaldo the best.. semoga dia sukses kali ni .. Meriah lagi la pagi-pagi di kedai Mamak
Curahan rasa Ayuni @ ..Cara Mengatasi Rasa Letih Kerja Dan Belajar
Haha, bertambah-tambah mahal lah mamat sokrang tuh, juara pulak tuh.
Curahan rasa Supernifz @ ..Cara Nak Hilangkan Bintik Kolesterol
peminat ronaldo bukan main happy lagi bila portugal menang. memang nampak kepuasan kat muka ronald walaupun tak dpt main full time
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Buat Rate Card untuk Blogger
top star player ramai dalam pasukan Portugal..sebab itu peluang untuk mereka menang sangat tinggi
Curahan rasa mrhanafi @ ..Lakukan Tindakan Memaafkan Diri Sendiri
Oh yer ker, hurm tak berkesempatan lagi nengok Portugal punya games. Yang tau depa ada Ronaldo je.. 🙂
Curahan rasa Supernifz @ ..Cara Nak Hilangkan Bintik Kolesterol
Masa Euro haritu, nampak mcm C.Ronaldo yg jadi manager, mmg agak lucu kalau tngk aksinya..tapi oklah sekurangnya sentuhan dia mmg mampu bawa portugal menang..
Curahan rasa fiziesss @ ..Semakan Penyata Baki PTPTN Terkini
Sememangnya di kawal ketat lah si Ronaldo nih masa games tuh kan. tapi tetap boleh lolos ye.
Curahan rasa Supernifz @ ..Cara Nak Hilangkan Bintik Kolesterol
Alahai… Tak sempat nak tengok Final EURO diantara France dan Portugal. Cuma tahu result jer Portugal menang 1-0
Curahan rasa Anuar @ ..GENG GILA HARTANAH : Rahsia dan pengalaman yang didedahkan oleh 12 Orang Pakar!
Tahniah diucapkan kepada pasukan Portugal kerana berjaya melakat sejarah menjadi Juara EURO2016…
Curahan rasa Anuar @ ..GENG GILA HARTANAH : Rahsia dan pengalaman yang didedahkan oleh 12 Orang Pakar!
Walaupun pada peringkat kumpulan, prestasi pasukan Portugal nampak agak hambar sehingga mendapat kritikan Media… Tetapi mereka berjaya membuktikan, mereka merupakan sebuah pasukan bola sepak terbaik di dunia…
Curahan rasa Anuar @ ..GENG GILA HARTANAH : Rahsia dan pengalaman yang didedahkan oleh 12 Orang Pakar!
Sebenarnya pasukan pilihan saya untuk menjuarai EURO pada kali ini ialah pasukan Perancis..
Curahan rasa Anuar @ ..GENG GILA HARTANAH : Rahsia dan pengalaman yang didedahkan oleh 12 Orang Pakar!
Sebagai tuan rumah pasukan Perancis nampak mempunyai kelebihan… Lebih-lebih lagi setelah mereka berjaya menundukkan pasukan Jerman di peringkat separuh akhir…
Curahan rasa Anuar @ ..GENG GILA HARTANAH : Rahsia dan pengalaman yang didedahkan oleh 12 Orang Pakar!
Tapi disebabkan bola tu bulat… Setiap pasukan mempunyai kebarangkalian untuk memenangi perlawanan…
Curahan rasa Anuar @ ..GENG GILA HARTANAH : Rahsia dan pengalaman yang didedahkan oleh 12 Orang Pakar!
Tahniah kepada portugal.. team france boleh cuba lagi lain kali.. ahaha
Curahan rasa Afif Rayyan @ ..Biodata Dan Gambar Syazuwan Hassan DFKL
Tahniah Portugal dan Ronaldo. Cuba lagi untuk pasukan lain pada tahun 2020 nanti
france dah menang 2 kali piala euro. bagi peluang kat portugal pulak. hehehe
Curahan rasa Teratakerapung @ ..Semi D Cluster Untuk DIJUAL.
Haah.. Betul juga kan… last sekali masa France jadi juara EURO masa zaman kegemilangan Zidan.. Masa tu kalau tak silap, France jadi tuan rumah EURO..
Curahan rasa Anuar @ ..GENG GILA HARTANAH : Rahsia dan pengalaman yang didedahkan oleh 12 Orang Pakar!
saya tak minat bola..jadinya, tak tahu pun yang euro 2016 dah habis..hehehe
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Kesesakan luar biasa!
wah wah wah tahniah portugal dan ronaldo. saya minat ronaldo sebab sikapnya yang baik hati. hahah
Curahan rasa raihanah @ ..Diet Pemakanan Semasa Proses Detox
Ronaldo oh Ronaldo hehe… siapa masih ingat tahun 1998 Ronaldo juga lawan France kat final.. tapi tu bukan Euro la hehe…tapi kali ni Ronaldo jugak lawak France kat final…. if you got what i mean huhu.. Nama yang samerr.. Orang berbeze.. Tahniah.. tak sangka.. dok sangka dari awal start Euro German macam boleh menang hehe
Curahan rasa aimannajmy @ ..Komik #13 : Raya Matrix
Suka tapi sedih sikit sebab ronaldo tak score. Huhuu.. terbaaek portugal
Curahan rasa Amirul Video Editor @ ..Hidup Ini Seperti Sampul Duit Raya
haha..kuat btul tuan dgn arsenal..mlm ni jie pilih portugal..hehe..
harap ada tuah la..
Curahan rasa Jie Susanos @ ..Rebut Peluang Diskaun Jualan Terakhir
Comments are closed.