Kembara cuti sekolah Jun 2010
Salam 1Malaysia, terima kasih kepada semua yang memberi sokongan, cadangan dan motivasi bila PR denaihati jatuh dari PR4 ke PR0. Nasib yang sama juga menimpa Neodmarco (PR2 ke PR0) dan Menteil (PR3 ke PR0) sabar je la ya, ni semua ujian kecil dalam proses untuk mencapai kejayaan yang lebih besar. Semuga semua cadangan dan teguran akan menjadi panduan kepada semua teman blogger.
Kita lupakan sebentar tentang Google Page Rank. Cuti sekolah sudah bermula pasti berbagai rancangan sudah disediakan oleh kebanyakan keluarga begitu juga keluarga kami. Aktiviti wajib kembara cuti sekolah kami adalah menziarahi keluarga di kedua kampung di Segamat dan Sabak Bernam. Tidak lengkap rasanya cuti walaupun kita mampu membawa keluarga ke tempat percutian yang menarik tanpa terlebih dahulu menziarahi keluarga di kampung.
Ketika cuti ini masanya untuk merapatkan hubungan antara anak dan ibubapa juga cucu dengan atuk dan nenek. Insyallah semuga usaha ini akan menjadi budaya dan amalan yang baik dalam keluarga. Hidup ini bagaikan roda sekiranya kita mengamalkan budaya yang baik pasti anak-anak kita juga akan buat perkara yang sama apabila kita sudah tua kelak.
Kembara cuti sekolah minggu kedua masih dalam perancangan. Teman-teman ada cadangan yang bagus ke untuk keluarga kami??
[ad#advertlets336]
