Kemalangan Memang Tidak Pernah Berbau

January 9, 2010

Kisah Kehidupan

Kemalangan tidak pernah berbau. Kemarin sekembali aku daripada memperbaharui pasport di pejabat Imigresen kereta kami dilanggar oleh sebuah motorsikal yang bertukar arah dari kiri ke kanan dengan melulu. Motorsikal itu merempuh pintu belakang kiri kereta yang mengakibatkan kemek dan calar sedikit. Daripada cermin pandang belakang aku nampak mamat itu tergolek dan bagun  semula.

Semalam aku dan keluarga pergi ke Kuala Lumpur untuk menghantar anak  ke madrasah. Sepanjang perjalanan mata aku memang segar bugar tetapi 2 km sebelum sampai Hentian Ayer Keroh tiba-tiba aku rasa sangat mengantuk. Isteri dan anak-anak semua sudah terlena. Sesampai di parkir Hentian Ayer Keroh aku terus parking dan terlena. Tiba-tiba aku tersedar bila terdengar bunyi dentuman yang kuat. Dalam hati aku siapa pulak yang langgar kereta aku ni. Tetapi alangkah terkejutnya apabila menyedari kereta aku yang melanggar sebuah kereta Honda Jazz.

Rupanya ketika aku parking tadi dalam keadaan mengantuk aku telah terletak gear ke Reverse Gear. Maka kemeklah bumper belakang dan pecah lampu belakang kereta aku dan kereta Honda Jazz tersebut. Pastilah kos baik pulih ribu-ribu juga ni. Tuan kereta nampak panik tetapi anaknya tenang je. Mereka dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Shah Alam. Kami bertukar-tukar no handphone. Insyallah hari Isnin kami akan uruskan dan anaknya cadangkan agar claim insuran je. Pak Cik Sahlan aku mohon maaf di atas kelalain.

Ini kemalangan pertama aku setelah memandu lebih daripada 15 tahun. Pasti ada sesuatu yang Allah ingin tujukkan dengan dua peristiwa kemalangan dalam dua hari berturut-turut. Pasti Allah nak uji aku atau mungkin juga Allah nak bersihkan sebahagian sumber rezeki aku. Insyallah aku REDHA dengan ujian kecil daripada Allah. Alhamdulillah Allah uji begini kalau diuji dengan kemalangan di tengah jalanraya pasti akibatnya lebih teruk.

Pagi ini perjalanan menghantar anak ke Madrasah Tahfiz diteruskan. Perjalanan kehidupan baru untuk aku, isteri dan anak. Hijrah dalam hidup untuk langkah pertama mewakafkan anak kepada perjuangan agama semuga Allah memudahkan segalanya.

@Terima kasih kepada semua teman-teman yang singgah dan tinggalkan kome di rumah baru DENAIHATI.COM

@Kepada peserta contest Hidup Berani Untuk Gagal baru atau peserta lama yang hendak tukar link sila teruskan Hidup Berani Untuk Gagal.

Like this story? Please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
, , , , ,

Terima kasih singgah dan membaca rasa hati yg dikongsi

1. Klik cara untuk claim Rewards.
2. Klik Setiap backlinks dibayar RM0.02.
4. Jadi Rakan Niaga eQurban.com berniaga sambil beramal.
5. Suka kami? Klik FB Like, Retweet dan Google + 1 dan Follow @Denaihati

  • Steward John October 1, 2010 at 3:03 pm

    Hm.. kalau la benda ni mempunyai bau, mesti dah awal2 kita mengelak benda ni kan
    Entri terbaru Steward John – Good luck to PMR and SPM CandidatesMy Profile

  • munir ardi August 23, 2010 at 9:57 am

    semoga kedepan lebih berhati-hati

  • ajuera May 9, 2010 at 12:08 am

    alhamdulillah x de pa pe..motosikal ni mmg cmtu..sabo aje la..
    .-= ajuera´s last blog ..I dressed so spicy hot, but why no Taxi stops for me? =-.

    • Steward John August 13, 2010 at 12:13 pm

      Mungkin terlalu laju atau jalan yang tak berapa bagus tu.
      Entri terbaru Steward John – Generate income with TwitterMy Profile

  • farahaznil April 23, 2010 at 3:48 pm

    Hahahaha..Klu berbau..mst rmi yg tak kuar rmh pnya!! =D
    .-= farahaznil´s last blog ..Alexa Ranking 3- Pergh…Turun ! =-.

  • Steward John April 21, 2010 at 6:22 pm

    Kemalangan mana2 pun berlaku pada bila2 masa sahaja. Bukan sahaja sebagai petanda agar kita tidak leka dan terus berhati2 tapi sebagai petanda yang mengingatkan kita kepada dia.
    .-= Steward John´s last blog ..Botak itu seksi? =-.

  • hidup berani untuk gagal January 13, 2010 at 9:27 am

    Syukur tak tak teruk sgt.. aper2.. harap bersabar dgn dugaan nih… utk jadikan sbg iktibar dimasa yg mendatang..
    .-= hidup berani untuk gagal´s last blog ..Pesanan Buat Kita Semua Umat Islam =-.

    • Steward John August 16, 2010 at 9:20 am

      betul tu.. itu yang terpenting.. semoga benda ni jagi ikhtibar untuk kita agar lebih berhati2.

  • yangbaik January 11, 2010 at 8:56 am

    kemalangan memang tak diduga… hanya terleka sekejap walau sesaat… macam2 boleh berlaku…
    .-= yangbaik´s last blog ..Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran http://www.azizwan.com =-.

    • denaihati January 11, 2010 at 6:52 pm

      @yangbaik, betullah tu terlelap sesaat tetapi akibatnya ribuan ringgit dan tak mustahil nyawa juga boleh melayang.

      • Steward John August 13, 2010 at 12:21 pm

        tak pe kalau barangan tu habis, asalkan nyawa selamat..
        Entri terbaru Steward John – Generate income with TwitterMy Profile

    • Steward John August 13, 2010 at 12:15 pm

      Setuju sangat tu.. tapi sekarng ni entah dorang terfikirkan benda tu ker tak
      Entri terbaru Steward John – Generate income with TwitterMy Profile

  • mohdisa January 11, 2010 at 8:11 am

    dalam apa2 pun, kemalangan tidak dapat diduga.
    .-= mohdisa´s last blog ..Pari-Pari Gigi =-.

  • sha-hir January 11, 2010 at 1:11 am

    fuh..naseb baek xde pape..
    alhamdulillah la..syukur2..
    .-= sha-hir@meng´s last blog ..3 Seconds Rule!!! =-.

  • Precious January 10, 2010 at 12:06 am

    Oh, saya sudahpun update blog list. Thanks sebab ingatkan …
    .-= Precious´s last blog ..Koi yang Hidup Berani Untuk Gagal =-.

  • Precious January 10, 2010 at 12:02 am

    Wahduh … nasib baik tidak teruk. Pastilah ada hikmah di sebalik kemalangan tu! Allah sentiasa menguji kita …
    .-= Precious´s last blog ..Kau Nak Kupon Makan Free tak =-.

    • denaihati January 11, 2010 at 6:50 pm

      @Precious, Alhamdulillah syukur sangat tapi terkejut juga lah. Dulu pernah juga accident tapi naik motorsikal tu pun kena sondol dengan lori.

    • Steward John September 29, 2010 at 11:26 am

      Saya yakin kalau setiap sesuatu tu mesti ada hikmahnya.
      Entri terbaru Steward John – Hello Diva- Goodbye HallmarkMy Profile

  • Putera January 9, 2010 at 8:45 pm

    kemalangan itu sesuatu yang tidak dijangka, atau dalam eri kata lain sesungguhnya malang itu tidak berbau..
    .-= Putera´s last blog ..IPT Islam Tidak Semestinya Kursus Agama =-.

    • Steward John August 13, 2010 at 12:26 pm

      Betul tu bro.. sebelum benda ni berlaku, baik kita berhati2
      Entri terbaru Steward John – Generate income with TwitterMy Profile

  • zuls January 9, 2010 at 6:21 pm

    salam bro, semoga semuanya urusan selepas eksiden dapat diselesaikan dengan mudah..

  • Hidup Berani untuk Gagal January 9, 2010 at 12:11 pm

    Ada hikmah di sebalik kejadian tersebut.. Untuk ingat di masa depan supaya kita x mudah lalai.. Apapun byk2 bersabar yer bro..
    .-= Hidup Berani untuk Gagal´s last blog ..Anugerah Juara Lagu ke-24 =-.

    • denaihati January 9, 2010 at 7:54 pm

      @Hidup Berani untuk Gagal, setuju sangat kelalaian walaupun sesaat boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk.

      • Hidup Berani untuk Gagal January 9, 2010 at 9:48 pm

        @denaihati, atau mungkin sudah suratan takdir..
        .-= Hidup Berani untuk Gagal´s last blog ..Anugerah Juara Lagu ke-24 =-.

  • paeh January 9, 2010 at 9:28 am

    syukur takde pape yang serius. bawa bersabar banyak…
    .-= paeh´s last blog ..Kisah Kebebasan Kewangan =-.

  • dilot January 9, 2010 at 9:26 am

    oh..dah ada rumah baru ye…

    malang tidak berbau..nasib baik dah ada insuran..=)

    • denaihati January 9, 2010 at 7:52 pm

      @dilot, itulah gunanya insuran terguna dalam keadaan yang tak disangka-sangka.

  • Kujie January 9, 2010 at 9:24 am

    kereta auto – masa mlm takut tak nampak letak kat mana D/N/R -tapi syukurlah cuma kerosakkan yang boleh dibaikpulih
    .-= Kujie´s last blog ..Dear Reader, Who Are You? =-.

    • denaihati January 9, 2010 at 7:51 pm

      @Kujie, memang tak pernah berlaku sepanjang menggunakan kereta auto tapi akhirnya terlalai juga. Alhamdulillah masih boleh bergerak lagi kereta menuju arah yang dituju.

      • ajuera May 9, 2010 at 12:12 am

        @denaihati, kereta auto kdg2 pon boleh terbabas..awas ye..
        .-= ajuera´s last blog ..I dressed so spicy hot, but why no Taxi stops for me? =-.

        • Steward John August 16, 2010 at 9:33 am

          Mana kita tahu kan.. kemalangan ni ada dekat mana2 jer dan menimpa dekat siapa2 jer.. tu la kena berhati2 nanti.

  • Azizwan January 9, 2010 at 9:16 am

    alhamdulillah semuanya selamat..

    • denaihati January 9, 2010 at 7:50 pm

      @Azizwan, syukur alhamdulillah dengan izin Allah.

  • beliamuda January 9, 2010 at 9:12 am

    psati ada hikmahnya tu. nasib baik tiada yang tercedera. boleh jadi ingatan di masa depan.
    .-= beliamuda´s last blog ..Rasa Macam Nak Buat Contest La Pulak =-.

    • denaihati January 9, 2010 at 7:49 pm

      @beliamuda, Insyallah aku akan lebih berhati-hati lagi. Pasti ada peringatan dari Allah dan mungkin juga salah satu cara Allah bersihkan dosa kecil jika kita terima ujian dengan redha.

    • ajuera May 9, 2010 at 12:13 am

      @beliamuda, ya pasti ade hikmah disebaliknya itu..emmm
      .-= ajuera´s last blog ..I dressed so spicy hot, but why no Taxi stops for me? =-.

  • Akuro San January 9, 2010 at 8:59 am

    syukur tak melibatkan sebarang kemalangan nyawa~ :|
    .-= Akuro San´s last blog ..Perbezaan DSLR Nikon D90, D3000 dan D5000 =-.

    • denaihati January 9, 2010 at 7:47 pm

      @Akuro San, Alhamdulillah memang terkejut juga bila kena tu tapi syukur tak jadi yang lebih buruk.

    • Steward John September 29, 2010 at 11:32 am

      Kita juga harapkan benda macam ni tidak akan menimpa dekat diri kita sendiri
      Entri terbaru Steward John – Hello Diva- Goodbye HallmarkMy Profile

Trackbacks