Kawan, Sahabat, Rakan dan Teman Denaihati perjalanan masih jauh

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada beratus yang meninggalkan ucapan happy birthday dan happy anniversary untuk blog denaihati samada di Facebook, Twitter dan ruangan komen. Usia 3 tahun untuk blog ini ada usia yang masih setahun jagung dan perjalanan masih jauh lagi untuk melangkah berjuang berkongsi sedikit ilmu membina rangkaian yang boleh memberi manafaat kepada seluruh alam.

Tak kisahlah walaupun ramai yang confuse sangkanya ini my birthday. My birthday dah lepas akhir april yang lepas memang tidak tercatat dalam mana-mana status bukanlah rahsia tetapi keluarga dan teman rapat semuanya tahu.

Header baru idea kreatif anarm.

Melangkah usia tahun ke 4 blog denaihati ingin pergi lebih jauh membawa semua kawan, sahabat, rakan dan teman yang sering bertandang untuk go next level. Dengan bantuan rakan lama yang baru bersama denaihati anarm.net dan jaws.my yang mempunyai banyak idea kreatif insyallah kita semua akan dapat banyak manafaat.

Selain insentif bulanan RM0.02 untuk 10 top link referrer, beberapa contest besar akan diumumkan dalam masa terdekat dengan hadiah gadget terkini yang pasti ramai berminat. Aku juga akan menganjurkan contest SEO khas untuk blogger Indonesia yang sering mampir di sini. Dari masa kesemasa simple contest untuk jangka masa yang singkat juga akan diadakan.

Blog denaihati juga sedang berkerjasama dengan eQurban.com untuk memperkukuhkan sistem bisnis online Rakan Niaga eQurban supaya ianya dapat membantu blogger menjana pendapatan sampingan sambil beramal. Ini merupaka konsep affiliate terkini yang rasanya belum ada dipasaran dan sudah pasti akan mengambil masa untuk mengukuhkan jenama dalam pasaran.

Di tahun ke 4 blog denaihati juga melangkah setapak dengan mengediakan perkhidmatan create blog baru, makeover blog dan SEO setting  kepada blogger baru dengan kos yang sangat berpatutan. Kepada yang berminat boleh tinggalkan pesanan di contact.

Projek yang paling besar adalah membina Denaihati Network melalui berbagai channel yang ada supaya ianya dapat memberi manafaat kepada Rakan Denaihati Network. Insyallah dengan Denaihati Network rakan blogger akan mendapat manafaat seperti pengukuhan jenama blog, meningkatkan trafik blog, meningkatkan kualiti blog (PR, Alexa Ranking, SEO) dan mengukuhkan ekonomi dengan perkongsian peluang bisnis online melalui konsep Hidup untuk memberi. Projek 5 blog yang paling kerap dilawati tu pun projek besar cuma belum diumumkan lagi detailnya.

Banyak lagi perancangan untuk tahun ke 4. Tak bolehlah nak cerita semua nanti no suprise yang penting teruskan bersama KAMI (aku, anarm, jaws dan ramai lagi) insyAllah rakan blogger pasti tak akan menyesal.

HIDUPKAN UNTUK MEMBERI.


Spread the love

39 Comments

  1. Semoga perjalanan ini berjaya menuju persinggahan demi persinggahan yang dihajati. Selamat maju jaya saya ucapkan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!