Kawal emosi Arsenal berjaya kalahkan Chelsea

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini team Abang tak masuk gua, Arsenal berjaya tewaskan Chelsea 3 – 0 setelah dua perlawanan sebelum ini tewas. Musim 2015/16 Arsenal kalah kedua-dua perlawanan menentang Chelsea dan paling teruk kalah 0 – 6. Dua perlawanan sebelum ini watak pemusnah Chelsea adalah Diego Costa bukan sahaja menjaringkan gol tapi berjaya memprovokasi pemain pertahananArsenal sehingga kena kad merah.

Kali ini pemain pertahanan Arsenal berjaya mengawal emosi dari terjerumus oleh helah Diego Costa dan hasilnya kemenangan cemerlang. Arsenal menggunakan pakar psikologi bagi mengurus skill pemain Chelsea memprovokasi emosi. Gol-gola Arsenal dalam perlawanan ini memang hebat bagaikan gol impian dengan skill yang sangat hebat. Kalau tak percaya boleh tengok video Arsenal lawan Chelsea di bawah ni.

Dalam kehidupan dan dunia bisnis pun pasti kita akan jumpa watak yang sentiasa pandai memprovokasi dan yang lemah akan tewas. Untuk berjaya dalam bisnis kita juga tidak boleh terjerumus dengan helah mainan emosi pesaing. Paling malang apabila kita tewas dengan helah dalam diri kita sendiri sehingga tewas sebelum berjuang.

arsenal-vs-liverpool

Seperti kata Datuk Hussamuddin Yaacub nak berjaya dalam bisnis bukan sekadar semangat sahaja yang paling penting mesti ada skill yang boleh diperolehi melalui pembelajaran dari yang mahir dan paling best skill dari pengalaman untung dan rugi.

Kepada peminat setia Arsenal yang terlepas semua keputusan perlawanan Arsenal boleh klik Keputusan Arsenal 2016/17.

Abang Denaihati
Denaihati.com


Spread the love

13 Comments

  1. gol pertama sedap, gol kedua cun, gol ketiga biasa.. kahkahkah bertabah la kau chelsea

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!