Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, gajet Sony memang antara pilihan aku sejak 2007 daripada kamera digital sony, PS4 Sony sehinggalah laptop vaio Sony. Mungkin kerana setianya aku pada produk sony pada 15/2/14 aku telah dijemput untuk majlis pelancaran kamera terbaru daripada Sony iaitu model Alpha500. Beberapa rakan blogger yang lain juga dijemput ke majlis ini termasuklah Sifu Blogger.
Majlis yang diadakan di Carcosa Seri Negara ini memberi peluang kepada para blogger dan tetamu yang hadir untuk mencuba sendiri gajet Sony terbaru ini Kamera Sony α5000. Kamera ini dilengkapi dengan 20.1MP Exmor™ APS-C HD CMOS sensor and BIONZ X™ processor yang akan membolehkan anda mengambil gambar yang cantik.
Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran Sony MD, Kikuo Okura dan juga Head of Digital Imaging, Ishida Masahiko.


Paling seronok bila aku diberi satu unit kamera sony alpha500 untuk dicuba selama beberapa minggu. Aku dapat kamera bewarna putih yang sememangnya nampak cantik dan menawan, selain itu ada juga pilihan warna pink dan hitam. Kamera ini sangat ringan dan mudah untuk digunakan, kualiti gambar yang terhasil juga sangat menarik. Pada majlis pelancaran ini, suasana dewan yang digunakan adalah agak suram, tetapi ianya tidak mengganggu penggunaan pertama kali kamera Sony α5000.
Kamera Sony α5000 ini adalah kamera lensa boleh ubah paling ringan di dunia. Ia juga dilengkapi dengan screen lcd yang boleh di buka dan dicondongkan sehingga sudut 180 darjah. Fungsi yang memudahkan untuk berselfie yang pastinya memikat ramai penggemar gambar Selfie yang merupakan trend popular di Malaysia sekarang.

Pada majlis tersebut, terdapat juga aktiviti mengambil gambar tercantik menggunakan Kamera Sony α5000 ini, semua yang hadir sibuk mengambil pelbagai gambar untuk dihantar sebagai penyertaan, tetapi nasib tidak menyebelahi pihak Denaihati Network, kami tidak memenangai acara tersebut. Tahniah diucapkan kepada pemenang.
Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai kamera Sony ini, sila ke halaman Rasmi Kamera Sony α5000 ».
Kamera Sony Alpha500 sudah berada dipasaran Malaysia dengan harga dari RM1999. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mencuba dan memiliki kamera yang mempunyai kelebihan istimewa iaitu lensa boleh ubah paling ringan di dunia dengan kemudahan WiFi. Ianya pasti tidak mengecewakan kepada kaki foto dan fotoblogger.
123 Comments
kalau ada camera sony ni, memang tidak akan berenggang. akan dibawa ke mana sahaja.
Curahan rasa misz aa @ ..Film Review : Big Hero Six
produk sony tak pernah menghamparkan peminatnya. gambar cantik, battery tahan lama.
Curahan rasa misz aa @ ..Film Review : Big Hero Six
Wah . terbaiklah sony . Nih kalau ada nih kawan pinjam dah . Kawan suke selfie. Haha . Harga pon cantik .
Curahan rasa Cikk Mira @ ..Portfolio : Fyra , The Travelover
kamera berkualiti macam ni memang sesuai utk buat selfie kan. gambar cantik
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Produk yang dikeluarkan oleh Sony memang tak pernah mengecewakan. Sangat satisfied!
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
betul tu dari dulu lagi sony sentiasa keluarkan produk yang bagus dan berkualiti
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2015
wah untungnya dapat pegang kamera ni seminggu kan best kalau dapat free selamanya..boleh tumpang gembira sama hihii:)
Curahan rasa adna2029 @ ..Terima Kasih Kawan-kawan melawat Blog Ana..
family wawa pun suka guna jenama sony. dulu pernah ada kamera sony juga selain gambarnya yang cantik, bateri dia pun memang cukup tahan lama. kamera sony alpha5000 ni sesuai untuk blogger yang suka pergi mengembara. Dah la ringan pulak tu.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
saya pun suka jenama sony. nak nak kalau speaker atau earphone. memang terbaik
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Pernah guna kamera Sony, tapi xlah secanggih ini. Yang bagusnya…kualiti gambar, ketahanan bateri serta lasak memang kamera Sony no 1. Masih yakin dgn produk2 Sony.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate
saya belum pernah guna kamera sony, tapi selalu tengok orang pakai. teringin jugak
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Cantik jugak sebenarnya kamera Sony a5000 ini. Untunglah dapat test kamera sony ini, Tuan Denaihati. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..BBQ.
selain cantik, fungsi dia pun bagus jugak. Kalau blogger yang suka pergi jalan-jalan, sesuai ni bawak. Ringan lagi. Tuan denaihati.com kita ni selalu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Alhamdulillah.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
gambar pun cantik dan clear memang tak dapat disangkal lah kehebatan Sone. Warna kamera pun cantik-cantik dan nampak eksklusif semuanya. Harapnya tahan lasak. hehe
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
sony antara jenama yang keluarkan kamera berkualiti.skang tgh bersaing dgn canon dan nikon
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Saya tetap lebih selesa pakai smartphone saya sendiri. Kamera pun dah lebih daripada cukup untuk ambil gambar sebarang aktiviti. Model Sony juga. Sony Xperia.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Hp sony pun tahan lasak. Ayah wawa dah pakai bertahun-tahun masih lagi ok. Sony memang terbaik. Wawa ingat nak beli jugak kamera sony alpha5000 ni.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Untung nyer dapat test kamera sony…
Curahan rasa din @ ..Far Cry 3 Game Review: It’s a Jungle Out There!
Sony punya kamera tak pernah tak mengancam. One of the greatest compact camera to be owned.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
dah baca review tuan mengenai kamera ini.
sememangnya spectacular !
Curahan rasa Zack One @ ..5 in 1 Emergency Light Car Hammer Flashlight Cutting Belt Magnet
Comments are closed.