Kad Kredit pemusnah hidup berpanjangan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah lama aku simpan kisah yang boleh memberi pengajaran ini. Ketika mula menempoh alam pekerjaan aku mempunyai nafsu besar untuk menjadi orang berjaya seperti sipolan sipolan yang memandu kereta bagus dengan hidup yang bergaya. Harapkan gaji memang tak cukup jadi salah satu cara mesti cari duit lebih. Nak kerja part time memang tak sempat jadi jalan terbaik adalah berjinak-jnak dengan pelaburan di Bursa Saham (BSKL). Modal tak ada jadi aku ambil keputusan memohon kad kredit untuk dijadikan modal. Sebagai Pegawai Kerajaan muda ketika itu memang senang sangat nak dapat kad kredit. Bila dah ada satu nak dapat kad kredit kedua, tiga dan empat lagi mudah.

Gambar Kad Kredit dari Pak Google

Aku manusia biasa bila dah ada kemudahan kad kredit lain pulak jadinya, nafsu kuat maka duit sebahagian digunakan untuk modal pelaburan dan lebihnya belanja keperluan lain. Sinar yang diharap sampai kepetang rupanya hujan di tengahari. Aku mula dibebani hutang kad kredit dan akhirnya satu demi satu akaun ditutup yang tinggal hanya beban hutang yang perlu dijelaskan setiap bulan. Surat bank, lawyer dan mahkamah sudah menjadi habuan setiap bulan. Memang berserabut kepala tapi aku tidak pernah lari dan sentiasa berbincang dengan pihak bank untuk menyelesaikan masalah bebanan hutang kad kredit. Dengan kesuntukan sumber kewangan apa yang aku buat selalunya aku bayar kad pertama dan ke dua  dan tinggalkan kad ke tiga dan ke empat. Apabila kad ke tiga dan ke empat bagi surat warning aku bayar kad tersebut dan tinggalkan kad pertama dan ke dua. Begitulah diulang-ulang hampir 5 tahun sehingga akhirnya aku dapat melangsaikan keseluruhan beban hutang kad kredit tanpa pernah termasuk dalam senarai MUFLIS.

Aku memang sokong apabila Bank Negara mengetatkan syarat kelayakan untuk mendapat kad kredit dimana pemegang kad kredit mesti berpendapatan lebih RM24,000 setahun, hanya boleh mempunyai 2 kad kredit dan had maksimum kredit tidak boleh lebih 2 bulan gaji. Ramai eksukutif muda nak bergaya tetapi akhirnya kad kredit memusnahkan hidup apabila terperangkap dengan beban hutang berpanjangan dan akhirnya boleh mendorong kepada gejala rasuah seperti beberapa pegawai muda Imigresen yang ditangkap rasuh. Berapa ramai pulak sekarang eksukutif muda yang telah mendapat status muflis hanya kerana mereka lari dari beban hutang kad kredit.

Aku sekarang memang bebas dari kad kredit dan aku syorkan kepada semua tak perlulah pegang kad kredit. Kad kredit ini sebenarnya fasiliti untuk orang kaya bagi memudahkan mereka membayar dimana sahaja tanpa perlu membawa wang tunai. Bagi orang kurang berada kad kredit hanyalah jerat yang akan memakan tuan. Bank ni manis mulut masa kita memohon tetapi kalau tak bayar akan dikejar sampai lubang cacing. Tak percaya?? Kepada teman-teman yang ada pengalaman kongsilah untuk dijadikan pengajaran kita bersama.

note: sebab aku menulis entri ini iaitu berkongsi kisah untuk dijadi tauladan.


Spread the love

106 Comments

  1. sy nk gna krdt,leh x sape2 gtau kad krdt yg mn n bank mn yg paling bgus..sy smmgnya xtau pe2 tang kad krdt tp kad krdt pnting tuk sy skrg..tlong kongsi mklumat blh???

  2. cerita yg sama saya lalui suatu ketika dahulu, sekarang kalau guna pun, bayar abis sebelum due date…saya berdoa agar anak2ku tidak terjebak dengan gejala penggunaan kredit kad yg terlampau

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!