Jenazah Hasni Hardi masih sempurna

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap kali membaca berita sedih keluarga arwah Hasni Hardi pasti terasa sangat sayu dan sebak tidak dapat ditahan. Alhamdulillah dari berita yang sahih jenazah jurutera muda antara 28 jenazah mangsa tragedi MH17 yang sudah dikenal pasti dan antara yang paling lengkap anggota badan. Ibu bapa arwah, Kak Siah dan Abang Parlan sudah berada di Amsterdam untuk mengiringi jenazah untuk dibawa pulang ke Malaysia dan dikebumikan di Tanah Wakaf, Batu 8, Kampung Paya Luas, Segamat.

Klik untuk melihat gambar ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17

ibu bapa hasni hardi parlan

Raya baru ini sempatlah aku bercerita panjang dengan Mak Cik Som, atok kepada arwah Hasni dan Kak Milah, Mak Long kepada arwah. Aku tak dapat bersua muka dengan Kak Siah dan Abang Parlan yang setiasa sahaja dikunjungi tetamu dan wartawan. Dapat juga maklumat kisah sebenar bekas isteri arwah yang banyak mendapat liputan media. Tabik kepada Kak Siah dan Abang Parlan yang tak terkejar-kejar nak dapatkan wang pampasan walaupun sudah diumumkan oleh MAS. Kak Siah kata dia tidak akan ambil duit pampasan selagi semuanya belum selesai.

IKUTI LIVE MAJLIS PENGKEBUMIAN ARWAH HASNI HARDI DI SINI.

Ini kali pertama saya menaiki kapal terbang tetapi sedih kerana mengiringi jenazah anak sendiri,” kata Asiah Rajikon, 57, ibu Hasni Hardi Parlan, 31, jurutera perkapalan yang terkorban dalam tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh di timur Ukrine – Harian Metro.

Pada 22/8/2014 Malaysia akan menerima 28 jenazah mangsa tragedi MH17 yang akan disambut di KLIA pada jam 10 am dengan upacara rasmi yang akan dihadiri oleh Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Menteri Kabinet serta ahli keluarga mangsa. Malaysia akan berkabung dengan mengibarkan jalur gemilang separuh tiang. Jenazah Hasni Hardi diiringi oleh ke dua ibu bapanya akan dibawa terbang dari KLIA dengan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Segamat sebelum dibawa ke rumahnya di Batu Anam untuk majlis pengkebumian.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menjelaskan, garis panduan untuk dipatuhi pada Hari Perkabungan Negara, Jumaat ini, sempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 dari Amsterdam, Belanda hanya melibatkan Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang. Sehubungan itu, peraturan lain dalam kenyataan jabatan itu semalam, adalah terbatal. Arahan garis panduan yang dibatalkan termasuk supaya semua radio dan televisyen menangguhkan rancangan hiburan, penangguhan semua acara hiburan dan tata cara berpakaian sepanjang tempoh berkabung itu – Utusan Online

Semuga Kak Siah dan Abang Parlan dapat menatap wajah anak kesayangannya buat kali terakhir sebelum di bawa terbang dari Amsterdam ke KLIA dengan pesawat khas pada Khamis jam 6 pm waktu Malaysia.

(Klik gambar di bawah untuk lihat gambar mangsa-mangsa tragedi Mh17 yg lain)

Ketua Pramugara Malaysia Airlines (MAS) MH17, Mohd Ghafar Abu Bakar

Nama 20 jenazah mangsa tragedi MH17 yang tiba 22/8/2014

Berikut adalah senarai jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 22/8/2014, untuk istiadat penghormatan.

Anak Kapal:

1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (L)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (P)
9) Azrina Yakob (P)

Penumpang:

1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (L)

Di sinilah pada 18/7/2014 segalanya bermula …

serpihan MH17 yang bertebaran berkilometer

Dan pada 22/8/2014 di sinilah pengakhiran arwah Hasni Hardi Parlan … kita belum tentu di mana …

kubur Hasni Hardi Parlan

TINGGALKAN KATA SEMANGAT DAN DOA ANDA UNTUK KELUARGA MANGSA DI SINI

Sama-samalah kita sedekahkah Al Fatihah untuk arwah Hasni Hardi Parlan seorang anak yang sangat baik kepada keluarga dan saudara mara. Semuga tempat mu di Syurga anak ku. Al Fatihah juga untuk semua mangsa muslim yang lain. Kepada semua keluarga mangsa bersabarlah pasti ada hikmah yang tersirat disebalik kejadian. Sesungguhnya ALLAH tidak pernah zalim kepada hambanya.

---

    Kongsi pendapat anda

    *

    CommentLuv badge

  1. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya yg Allah jua maha mengetahui.. Tidak semestinya kite mampu memahami semua perancangan Allah
    Entri terbaru Safiya – Berjaya Kuruskan Badan I: Anda Hilang Lemak Atau Otot?My Profile

  2. Innalillahiwainailaihiraajiun… Iya kita yg masih hidup belum tahu bagaimana pengakhiran. Ya Allah berilah kami pengakhiran hidup ini dlm iman dan redha Mu ya Allah
    Entri terbaru Safiya – 8 Tips Penting Untuk Elak Rambut Gugur Berterusan Selepas BersalinMy Profile

  3. semoga keluarga beliau tabah dengn kepergian beliau..titipkan lah doa moga beliau tenang di sana
    Entri terbaru TheTiramisuLovers – E-Day: HantaranMy Profile

  4. Dari mana kita datang, di situlah kita pulang..beliau pergi dgn cara sedeemikian, kita x taw lagi mcm mana..sedekahkan alfatihah semoga roh beliau dikalangn org2 yang beiman
    Entri terbaru TheTiramisuLovers – E-Day: HantaranMy Profile

  5. jenazah pulang dgn cukup sifat sudah cukup menggembirakan hati keluarga
    Entri terbaru nikkhazami – iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

  6. Walaupun mereka telah pergi meninggalkan kita selamanya..titipkanlah doa buat mereka, semoga roh mereka dicucuri rahmat…
    Entri terbaru TheTiramisuLovers – E-Day: HantaranMy Profile

  7. Al-fatihah utk semua mangsa…moga roh mereka dicucuri rahmat olehNYA. Memang kisah MH17 ni sungguh meruntun jiwa…moga ahli keluarga mereka tabah dgn dugaan yg menimpa

  8. Al-Fatihah buat semua mangsa yang beragama Islam…walaupun dah nak masuk 4 bulan berlaku kejadian ni tetapi masih kekal diingatan..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman
    Entri terbaru nord – Tips Diet Yang Mudah Dan SeimbangMy Profile

  9. Al-fatihah untuk mangsa MH17. Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama org beriman.
    Entri terbaru Wira Merah – Harapan Blogger Pada Bajet 2015My Profile

  10. mengikuti perkembangan waris-waris mangsa MH17 pun dah menyentuh hati dan perasaan inikan pula bila ianya melibatkan ahli keluarga sendiri. Mudah-mudahan mereka semua ditempatkan bersama para syuhada.
    Entri terbaru pipoq – Mengajar dan belajarMy Profile

  11. Takziah kepada keluarga mangsa MH17 ini. Semoga tabah menghadapi dugaan Allah ini ya.
    Entri terbaru Sally Yatiey – Quote: Be HonestMy Profile

  12. Memang kejadian yang mengejutkan dan al fatihah buat kesemua mangsa yang beragama Islam, dan salam takziah buat yang lain..
    Entri terbaru Eshamz Halim – 10 Random Facts About Me: When I am TravellingMy Profile

  13. al fatihah buat kesemua mangsa yang beragama Islam, dan salam takziah buat yang lain.. bia teringat balik biarpun dah dua bulan, masih terasa sedih
    Entri terbaru Zamani 84 – Balik Dari Bon OdoriMy Profile

  14. takziah kepada keluarga mangsa. arwah pergi dengan tiba2. semoga tabah dengan ujian
    Entri terbaru nikkhazami – iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

  15. alhamdulillah, mayat sampai dlm keadaan sempurna dah cukup baik buat ahli keluarga
    Entri terbaru nikkhazami – iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

Artikel pilihan...close