Jalan-jalan ke Tempat Menarik di Cameron Highlands

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih terbayang lagi betapa seronoknya berlibur di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Banyak juga aktiviti yang boleh kita buat bila pergi bercuti di Cameron Highlands. Banyak tempat menarik yang boleh kita singgah. Dengan tempatnya yang best dan layanan istimewa daripada pihak Strawberry Park Resort membuatkan timbul rasa rindu nak ke sana lagi. Memang cukup terbaik layanannya sepadan dengan hotelnya yang bertaraf 4 bintang.

Cameron Highlands terkenal dengan hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bunga yang bermutu tinggi dan ada juga yang jarang didapati di tempat lain. Team Denaihati memulakan aktiviti jalan-jalan di Cameron Highlands hari tu dengan melawat Ladang Teh BOH Sungei Palas yang seluas 8,000 ekar. Slogan “BOH ada Ummph!” sesuai dengan rasa teh yang sedap dan ladang teh yang sangat cantik. Lokasinya pun tak berapa jauh dengan Strawberry Park Resort.

Melawat ladang teh BOH Sungei Palas

Cantiknya ladang teh BOH di Cameron Highlands

Dalam kawasan Ladang Teh BOH Sungei Palas ada terdapat kilang memproses teh. Kita boleh datang melawat kilang tersebut secara PERCUMA. Di sana kita dapat tengok peringkat-peringkat dan proses yang perlu dilalui dalam menghasilkan teh BOH yang berkualiti. Kedai menjual produk teh BOH pun ada terdapat berdekatan dengan kilang tersebut.

Kilang memproses Teh BOH

Bila dah penat berjalan, di sana ada terdapat kawasan rehat, boleh lepak-lepak sambil minum teh. Sewaktu kami pegi hari tu terpaksa beratur panjang untuk beli air dan makanan. Ramai betul pengunjung datang ke BOH Tea Centre. Tapi berbaloi beratur panjang sebab air teh dan kek strawberry di situ memang sedap.

Minum teh di BOH Tea Centre

Melihat pemandangan indah macam ni sambil minum teh memang best

Honey Bee Farm tempat ternakan lebah

Selain melawat ladang teh BOH, kami melawat ke tempat ternakan lebah dipanggil Honey Bee Farm. Pada hari kami pergi ke sana tak banyak lebah kelihatan kerana semuanya seperti bersembunyi di dalam kotak yang disediakan khas untuk lebah-lebah tersebut. Di sana juga terdapat kedai yang menjual produk-produk berasaskan madu lebah asli.

Lebah di Honey Bee Farm, Cameron Highlands

Butterfly Garden di Cameron Highlands

Satu lagi tempat menarik ialah Taman Rama-Rama atau Butterfly Garden. Tapi memandangkan waktu itu kami kesuntukan masa, kami hanya sempat singgah di kedai cenderamata yang terdapat di luar Taman Rama-Rama. Ada rama-rama yang sudah diawet dan dibingkaikan. Penggemar rama-rama mesti ada yang beli untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.

rama-rama butterfly garden

Melawat Raju’s Hill Strawberry Farm

Percutian di Cameron Highlands memang tak lengkap kalau tak datang melawat kebun Strawberry. Pada hari itu kami melawat Raju’s Hill Strawberry Farm. Di sana dapat tengok tanaman strawberry secara live depan mata. Ada beli beberapa kotak berisi strawberry segar dan beberapa botol jem strawberry untuk dibawa pulang sebagai buah tangan untuk kawan-kawan.

Fresh Strawberry di Raju's Hill Strawberry Farm, Cameron Highlands

Rose Centre bagi pencinta bunga ros

Bagi pencinta bunga ros tempat sesuai untuk anda kunjungi di Cameron Highlands adalah Rose Centre. Ada bermacam-macam jenis bunga ros boleh kita lihat di sana. Rose centre ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Bayaran masuk pula adalah sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

Bunga di Rose Centre, Cameron Highlands

Shopping di Kea Farm Market

Kami juga sempat singgah di Kea Farm Market. Kea Farm Market ini menjadi tempat tumpuan ramai pengunjung yang datang ke Cameron Highlands untuk shopping barang-barang hasil tani yang dijual seperti sayur-sayuran, bunga, buah-buahan, strawberry dan macam-macam lagi.

Kea Farm Market, Cameron Highlands

Rehatkan badan di Mandrayu Spa

Seharian jalan-jalan ke tempat menarik di Cameron Highlands membuatkan badan berasa penat. Rasa penat tu boleh hilang bila berkunjung ke Mandrayu Spa untuk manjakan diri dengan pelbagai jenis urutan dan jakuzi. Mandrayu Spa ni letaknya dalam kawasan Strawberry Park Resort. Sangat sesuai untuk merehatkan badan yang lenguh-lenguh dan penat.

Mandrayu Spa di Strawberry Park Resort

Sesiapa yang rasa nak bercuti di Strawberry Park Resort bolehlah layari laman web Strawberry Park Resort atau like Fan Pages Strawberry Park Resort untuk dapatkan maklumat lanjut dengan pantas dan berita-berita promosi yang terkini.

---

  1. Anak senang sekali bila bermain di kebun bunga yang luas dengan beraneka ragam jenis bunga-bungaan yang indah dan menarik
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyebab Anak NakalMy Profile

  2. Cameroon memang best.. lagi best pergi dengan isteri.. huhu
    Entri terbaru Webberita – Farid Kamil Dan Diana Danielle Sah Suami IsteriMy Profile

  3. Senangnya bisa berjalan-jalan di Cameron Higlands
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Tanda Gejala Penyakit JantungMy Profile

  4. Jom cuti-cuti unik Terapi Spa & Keluarga Mini Agro-Forestry Aromatherapy Village Cameron Highlands.

  5. tokey besau kuih says:

    hujung tahun 2011 ade gak pegi cameron.tp ape yg dpt dilihat indah khabar daripada rupa. Tempat bersepah selepas meniaga, hotel hampeh dan makanan mahal( roti canai 1 keping +air teh) dah rm 3.00. mahal tuuu. Pendek kata memang x best bercuti kat sane.

  6. banyak kali pergi holiday kt cameron memang cantik tak tercemar lg klau nak beli sayuran yang segar boleh pergi cameron nak tips shopping yg menjimatkan duit tak

  7. Cameron ternyata memiliki panorama alam yang mengesankan.
    Entri terbaru Mas Gie – Agenliga Sebagai Agen Bola Online Untuk Euro 2012My Profile

  8. mampir sodara,, foto” nya cantik” senang ngelihatnya
    Entri terbaru Madhe Ting2 – 7 Fenomena Alam MenakjubkanMy Profile

  9. Salam DH
    Wah..cantik betul pemandangannya membuat hati rasa nak pergi kesana. Sejuk dimata..
    Entri terbaru Mas Gie – Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012My Profile

  10. subhanallah cantik nye ros tu >_<
    Entri terbaru fasz – Makan @ Amethyst Ayam Kampung, Kelana JayaMy Profile

  11. Bila tengok kehijauan ladang teh kat entry ni, terbuai rasa hati…
    Rindunyaaaaaaa… ;)
    Entri terbaru Myra Jay – WW: Firas Vs IlhanMy Profile

  12. Teringin rasanya nak ke Cameron lagi, nak menikmati kehijauan, nak makan stoberi dan jugak jagung manis..
    Entri terbaru Myra Jay – WW: Firas Vs IlhanMy Profile

  13. dah lama xpergi ke cameron highlands… dah tgk pic2 kt atas tu, rasa teringin nak pergi balik.. hehe
    Entri terbaru klANA – Tempat Menarik Di Melaka – River CruiseMy Profile

  14. Sangat cocok sebagai sarana refreshing dan bercuti sekeluarga
    Entri terbaru Bang Iwan – Gideon Sundback Logo Google Hari IniMy Profile

  15. CH memang cantik, tapi jaga2 kalau nak parking kereta tepi jalan di Raju’s Strawberry Park. Silap haribulan, kena saman.

Trackbacks

  1. […] nyaman, pilihan yang pelbagai, hargapun boleh tahan. Bolehla singgahi entri ini juga untuk melihat Tempat Menarik di Cameron Highlands.   P.s : Tak sabar nak bercuti lagi ke Cameron Highlands bulan depan…Lagi ramai, lagi […]

Artikel pilihan...close