Jadual Peperiksaan UPSR 2010 dan Tips untuk ibubapa


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pejam celik peperiksaan UPSR sudah di depan mata. 21-23 September 2010 anak-anak tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR (mungkinkah yang terakhir?) dan tidak ketinggalan anak aku yang kedua kakak. Berbagai pesiapan telak dilakukan dan sekarang yang penting adalah menjaga kesihatan supaya dapat menduduki peperiksaan dengan sihat dan segar. Jangan gelabah dan gementar kerana ianya akan menyebabkan semua jadi kacau bilau.

muridsekolah Jadual Peperiksaan UPSR 2010 dan Tips untuk ibubapa

Sumber gambar dari Google

Berikut adalah jadual peperiksaan UPSR 2010 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selasa (21/9/2010)

1. 8.15 am – 9.05 am : Bahasa Melayu Pemahaman (Objektif aneka pilihan)

2. 9.45am  - 11.00 am : Bahasa Melayu Penulisan (Subjektif)

3. 11.45 am – 12.25 pm : Matematik Kertas 2 (Subjektif)

Rabu (22/9/2010)

1. 8.15 am – 9.15 am : Matematik Kertas 1 (Objektif aneka pilihan)

Khamis (23/9/2010)

1. 8.15 am – 9.30 am : Sains (Soalan aneka pilihan dan Subjektif)

2. 10.15 am – 11.05 am : Bahasa Inggeris Kertas 1 (Objektif aneka pilihan)

3. 11.45 am – 1.00 pm : Bahasa Inggeris Kertas 2 (Subjektif)

4. 2.15 pm – 3.45 pm : Ujian Aptitud Tahun Enam (Objektif aneka pilihan)

Peringatan untuk calon peperiksaan :

1. Calon hendaklah berada di tempat duduk dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.

2. Calon hendaklah meletakkan Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan atau Borang Perakuan Calon Peperiksaan UPSR atau Surat Perakuan Pengenalan Diri daripada Pengetua/Guru Besar. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.

3. Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

4. Calon dikehendaki menggunakan pensel 2B atau BB sahaja.

5. Calon hanya boleh menggunakan getah pemadan jenis lembut sahaja.

Bila peperiksaan besar sebegini selalunya ibubapa lebih panik daripada anak-anak. Jangan panik tetapi cuba usaha sesuatu bagi membantu anak jadi lebih tenang antaranya. Berikut tips persediaan ibubapa untuk anak-anak yang menduduki peperiksaan UPSR.

1. Solat hajat kerana doa ibubapa lebih afdal berbanding doa iman, bilal dan guru-guru.

2. Baca Yassin setelah solat suboh dan hadiahkan untuk anak kita yang akanmenghadapi peperiksaa.

3. Puasa sunat untuk mengiringi anak yang sedang menjawap peperiksaan.

4. Banyakan infaq dan sedekah walau sedikit mana sekali pun.

5. Pastikan anak-anak tidur awal sebelum jam 11.00 pm.

Selamat menduduki peperiksaan UPSR untuk semua calon  dan semuga berjaya mendapat 5A dengan izin Allah. Doa aku untuk Kakak semuga Allah permudahkan dan berjaya mendapat 5A. Seandainya ada yang gagal menjawap jangan kecewa kerana ini bukan akhir kehidupan tetapi permulaan suatu perjalanan yang jauh.

[ad#Mangga 300]

Istimewa di denaihati.com
  • Liza 20 July 2011 at 2:59 pm

    upsr 2010 anak dah lepas… tahun ni pmr kakaknya pula.. suspen je.
    Entri terbaru Liza – Kembang tekak dan kembang suratMy Profile

  • Lowongan Kerja 13 June 2011 at 11:36 pm

    Selamat yaaaaaaaaaaaaaa!
    Entri terbaru Lowongan Kerja – Lowongan Kerja Secretary of Director di PT Cipta Selera Murni – Texas ChickenMy Profile

  • ingin hamil 22 May 2011 at 9:01 pm

    terima kasih ats info yg diberi

  • suarapeople 31 December 2010 at 3:17 pm

    Sistem pendidikan sekarang pun sudah maju berkembang berbanding pada tahun 1980-an.Dengan berkembangnya kemudahan IT disekolah-sekolah maka para guru mudah menyampaikan pelajaran kepada murid-muridnya.

  • suarapeople 31 December 2010 at 3:15 pm

    Kepada adik-adik yang menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini diharapkan semuanya mendapat keputusan yang cemerlang.

  • Faridzuan 20 December 2010 at 2:27 pm

    Mungkin yang terakhir kot! Pmr pun gitu! mungkin!

    • Steward John 23 December 2010 at 12:01 am

      Semoga bro dapat keputusan cemerlang dalam PMR.

      • KDN 30 December 2010 at 9:55 am

        Kita doakan macam tu.. Semakin lama, semakin ramai yang mendapat A. Nampaknya bertambah ramai golongan sarjana dalam negara
        Entri terbaru KDN – What is acneMy Profile

        • Steward John 31 December 2010 at 2:40 am

          Kalau macam tu negara makin bertambah berkembang.. manatahu setanding dengan negara2 besar dekat luar tu
          Entri terbaru Steward John – ERA fm kini berada di Kota KinabaluMy Profile

        • suarapeople 31 December 2010 at 3:19 pm

          iaa..makin ramai lah cerdik pandai dalam negara kita ini..alhamdullilah :)
          Entri terbaru suarapeople – Khairul Fahmi- Aimie tangguh tunangMy Profile

          • Steward John 3 September 2011 at 7:25 pm

            Mungkin ker sebab dorang ni belajar dengan menggunakan kecanggihan teknologi hari ini?
            Entri terbaru Steward John – Appreciation from a blogger friendMy Profile

1 2 3


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network