Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, musim Haji datang lagi. Tahniah kepada semua Bakal Jemaah Haji Malaysia yang sudah terpilih untuk menjadi tetamu ALLAH SWT untuk musim haji 2012. Bersyukurlah kepada ALLAH SWT kerana telah memilih anda menjadi salah seorang daripada berjuta tetamu-Nya dari seluruh dunia. Anda dipilih bukan kerana banyak duit, bukan kerana muda, bukan kerana sihat, bukan kerana bertenaga tetapi hanya satu kerana dipilih oleh ALLAH SWT untuk menjadi tetamu NYA. Masih ramai lagi yang sedang menunggu giliran dengan penuh sabar jadi jangan persiakan peluang yang telah diberi oleh ALLAH SWT.

Screen Shot 2012 09 15 at 1.55.19 PM Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012

Masjidil Haram

Tabung Haji telah mengumumkan tarikh Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012 :

1. Penerbangan Pergi Pertama : 17 September 2012 (Isnin)
2. Penerbangan Pergi Akhir : 19 Oktober 2012 (Jumaat)
3. Wukuf (9 Zulhijjah) : 25 Oktober 2012 (Khamis)
4. Hari Raya Haji : 26 Oktober 2012 (Jumaat)
5. Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) : 27, 28 dan 29 Oktober 2012 (Sabtu, Ahad dan Isnin)
6. Penerbangan Balik Pertama : 1 November 2012 (Khamis)
7. Penerbangan Balik Akhir : 29 Disember 2012 (Khamis)

Nota : Tarikh Wukuf akan berubah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Puas dah mencari Jadual Penuh Penerbangan Haji Malaysia 2012 tapi masih belum terjumpa lagi. Di zaman teknologi dimana manusia mencari informasi melalui internet adalah bagus jika Tabung Haji mengambil langkah proaktif dengan menyediakan Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012 secara online atau semakan secara SMS. Mungkin website ini boleh sedikit sebanyak memberi panduan kepada jemaah haji 2012.

Ibadah haji adalah ibadah menguji kekuatan dan daya tahan iman. Persiapan yang rapi rohani dan jasmani sangat diperlukan untuk mendapat Haji Mabrur. Ibadah Haji bukanlah seperti rombongan Mak Minah pergi ke Vietnam sibuk membeli belah tetapi Haji adalah perjalanan Rukun Islam yang ke lima untuk menyempurnakan Rukun Iman yang enam. Berbagai ujian akan ALLAH SWT turunkan kepada setiap bakal Jemaah Haji bermula dari Malaysia sehingga di Mekah, Madinah dan kembali semula ke Malaysia. Maka bersedialah dengan semua ujian kerana bukan mudah untuk mendapat Haji Mabrur.

Betulkan niat hanya untuk menjadi tetamu ALLAH SWT menyempurnakan rukun Islam yang ke lima dan bersedia untuk menghadapi berbagai ujian dengan redha tanpa ada keluh kesah. InsyaAllah kalau ada rezeki mungkin jemaah haji 2012 akan mendapat melaksanakan Haji Akbar.

Rupanya ramai yang kurang selesa dengan tajuk entri Ibadah Haji itu Kusut Masai sehingga ada yang mengirim email dan DM dalam inbox FB. Insyallah akan dijelaskan dalam entri yang akan datang apa maksud Ibadah Haji itu Kusut Masai.

Nota :

1. Jadual Penerbangan Haji ( JPH ) kepada bakal-bakal haji TERPILIH Musim Haji 1433H/2012 telah mula dikeluarkan dan diposkan secara berperingkat-peringkat ke alamat bakal-bakal haji berkaitan. Buat masa ini, JPH hanya diperuntukkan kepada bakal-bakal haji penerbangan peringkat awal sahaja khususnya yang melibatkan KT 01 – KT 19 iaitu untuk tarikh penerbangan daripada 17 – 22 Sept. 2012 sahaja. JPH bakal-bakal haji untuk KT seterusnya mungkin akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat. Hubungi TH terdekat atau melalui talian Tabung Haji Contact Centre (THCC): 03-62071919 untuk maklumat lanjut.

Istimewa di denaihati.com
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Blog Keperawatan 28 November 2012 at 1:08 am

    Semoga para jamaah haji yang telah selesai menunaikan kewajiban rukun Islam ke 5 kembali ke tanah air dalam keadaan sehat dan mendapatkan haji mabrur
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Mendidik Anak Dalam KandunganMy Profile

  • Habibi 27 November 2012 at 2:37 pm

    tarikh penerbangan akhir 29 NOVEMBER bukan Disember… typo kot…

    • Habibi 27 November 2012 at 2:38 pm

      tarikh penerbangan akhir 29 NOVEMBER bukan Disember… typo kot…

      *penerbangan balik

  • Blog Keperawatan 11 October 2012 at 7:40 pm

    Jamaah Haji sebagian telah tiba di tanah suci Mekkah
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Mengapa Muslimah BerjilbabMy Profile

  • Bang Iwan 29 September 2012 at 10:46 am

    Tentunya jadwal ini sangat membantu dikalangan jamaah calon haji.
    Entri terbaru Bang Iwan – Reinita Arlin Puspita : Putri Pariwisata Indonesia 2012My Profile

  • Blog Keperawatan 25 September 2012 at 12:31 pm

    Semoga semua jamaah haji mendapatkan haji yang mabrur aamiin
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Hikmah Keutamaan HajiMy Profile

  • Kembara 23 September 2012 at 12:30 pm

    harap2 tahun depan dapat pergi.,,,
    Entri terbaru Kembara – Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 MRSM 2013My Profile

  • Kembara 23 September 2012 at 12:29 pm

    nak pergi jugakkk
    Entri terbaru Kembara – Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 MRSM 2013My Profile

  • shafwan 23 September 2012 at 12:29 pm

    bila plak turn aku..huhuhuh
    Entri terbaru shafwan – Ciri-ciri amalan : 4. Mengambil air mani orang bujangMy Profile

  • RIS-FAMILI 22 September 2012 at 2:45 pm

    Bestnya kpd yg terpilih.
    Aku dah register 5 tahun lepas tapi giliran lambat lagi.
    Entri terbaru RIS-FAMILI – Penawar Batuk | Petua Orang TuaMy Profile

  • Blog Keperawatan 21 September 2012 at 5:37 pm

    Kloter pertama Indonesia telah tiba di Tanah Suci
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Keluhan Ibu Hamil Yang UmumMy Profile

  • yangbaik 21 September 2012 at 12:39 pm

    agak lama juga tak dengar lagu ‘panggilan haji’ nyanyian al-jawahir kalau tak silap… terus teringat zaman kanak2 dulu… ;)
    Entri terbaru yangbaik – Eh! Ada hatiMy Profile

  • yangbaik 21 September 2012 at 12:38 pm

    hikmahnya bukan kerana saya seorang tetapi ada lagi … hanya saya termasuk dalam salah satu darinya… jika difikirkan semula sungguh tinggi pengorbanan seorang doktor
    Entri terbaru yangbaik – Eh! Ada hatiMy Profile

  • yangbaik 21 September 2012 at 12:37 pm

    teringat seorang kawan (doktor) yang bersedih kerana tidak dapat pergi menunaikan haji tahun ini kerana tidak termasuk dalam senarai… terfikir juga ada hikmahnya dan antaranya adalah kerana saya dijangka bersalin dalam bulan haji… so adalah doktor peribadi yang akan menyambut kelahiran baby saya… sungguh terharu… itu semua sudah dijanjikan Allah… Insya Allah, adalah rezekinya untuk ke Mekah tahun hadapan
    Entri terbaru yangbaik – Eh! Ada hatiMy Profile

  • yangbaik 21 September 2012 at 12:33 pm

    memang bertuah sungguh dapat panggilan dan seruan ke baitullah, bukan semua orang mampu peroleh rahmat sedemikian :)
    Entri terbaru yangbaik – Eh! Ada hatiMy Profile

  • yangbaik 21 September 2012 at 12:32 pm

    semoga jemaah haji kali ini mendapat haji yang mabrur
    Entri terbaru yangbaik – Eh! Ada hatiMy Profile

1 2 3 4


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network