Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Insha Allah team Denaihati yang diketuai oleh Shakiddo dan beberapa blogger akan memulakan perjalanan Jejak Rehlah Dakwah dan Mujahadah Cambodia dan Vietnam pada 18hb Disember hingga 23hb Disember 2013. Kami akan membawa tema kembara ini dengan tagline Bloger Mengemban Tanggungjawab Sosial menjejaki liku kehidupan umat Islam dan melawat beberapa lokasi menarik di Kemboja dan Vietnam.
Tambang Baru ERL berkuat kuasa 1 Januari 2016
Perjalanan 6 hari 5 malam Kuala Lumpur – Phnom Penh – Siem Reap – Saigon juga istimewa kerana saya akan bersama suami dan anak bongsu kami, Intan
Penerbangan kami dijangka berlepas waktu pagi dan alternatif yang paling mudah untuk ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur ( KLIA ) adalah dengan ERL atau KLIA Ekspres iaitu tren tanpa henti yang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke bandar (KL Sentral) dalam masa 28 minit!
Sebelum perjalanan, biasaya saya akan membuat semakan dan mencari informasi mengenai keperluan perjalanan tersebut. Saya google map untuk melihat laluan dan lokasi atau membuat semakan penting mengenai jadual perjalanan ERL. Adalah perlu untuk kita membuat semakan dan meneliti jaduan supaya dapat tiba di KLIA dalam waktu yang sesuai. Meraung berguling-guling nanti kalau sampai aje tengok KID dan yang lain-lain melambai dari dalam kapal terbang sambil take off.
Kalau dah tahu jadual, bolehlah bernafas dengan tenang . Mari kita semak dan rancang perjalanan.
Jadual KLIA Ekspres
KLIA ke KL Sentral
- Tren pertama berlepas pada jam 05:00 pagi
- Tren terakhir berlepas pada jam 01:00 pagi
KL Sentral ke KLIA
- Tren pertama berlepas pada jam 05:00 pagi
- Tren terakhir berlepas pada jam 00:30 pagi
Masa perjalanan – 28 minit
Kekerapan perjalanan ERL
- Setiap 15 minit – waktu puncak Isnin hingga Jumaat 6:00 pagi hingga 09:00 pagi dan 04:00 petang hingga 10:00 malam
- Setiap 20 minit – waktu biasa Isnin hingga Jumaat 5:00-06:00 pagi, 9:00-04:00 petang dan selepas jam 10:00 malam; Sabtu dan Ahad sepanjang hari
- Setiap 30 minit – selepas tengah malam
Harga Tiket KLIA Ekspress
- Sehala: Dewasa RM 35 /Kanak-kanak RM15
- Dua hala: Dewasa RM 70 / Kanak-kanak RM R30
Tren ERL Ekspres ini hanya laluan KLIA – KL Sentral / KL Sentral – KLIA secata terus sahaja tanpa berhenti di mana-mana stesen .
Kalau kita ingin menaiki tren ERL di bandar yang disenaraikan, ada satu lagi perkhidmatan yang disediakan iaitu KLIA Transit Train. Saya bercadang menaiki ERL dari Stesen Bandar Tasik Selatan.
Jadual ERL dari KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya, Salak Tinggi , rujuk jadual diatas. Kekerapan diwaktu puncak adalah selang 20 mini bermaksud ada 3 kali perjalanan tren setiap sejam,
Harga Tiket KLIA Transit (dewasa/ kanak-kanak )
- KL Sentral – KLIA = RM 35.00 / RM 15
- Bandar Tasik Selatan – KLIA = RM 26.50 / RM 13
- Putrajaya & Cyberjaya – KLIA = RM6.20 / RM 3
- Salak Tinggi – KLIA = RM3.20 ? RM 1.60
*Harga stesen lain dan harga tiket kanak-kanak, sila rujuk jadual di atas.
Doakan perjalanan kami ye kawan-kawan. Semoga dipermudahkan Allah S.W.T dalam mengalas usaha murni untuk mendalami masyarakat Islam Kemboja disana. Terima kasih kepada Tuan Masruken, Pengarah Operasi eQurban dan tuan punya blog Warisan Kaseh yang telah menguruskan Jejak Rehlah Dakwah dan Mujahadah Cambodia dan Vietnam semuga kembara kami ini menjadi asbab turunnya hidayah kepada semua umat manusia di dunia yang semakin menuju akhir zaman.
55 Comments
tak pernah naik erl. tapi nampak mcm best aje. gaya traveller
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
tak pernah naik erl lagi..tambang sehala dari kl sentral ke klia rm35..hari tu ingat nak pegi klia dari kl sentral..bila tengok harga..terus naik kreta jela pegi klia..hehehe
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
lepas ni bila datang ke kuala lumpur, boleh la cuba naik erl ni pergi ke cyberjaya dan kl sentral.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
bagus juga dengan adanya kemudahann erl ni. Haritu pergi KLIA naik kereta dekat 2 jam juga nak sampai. Ni dengan adanya kemudahan erl boleh la naik. kos dia pun berpatutan.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
kesian julie sebab tak boleh nak ikut tuan dia sekali naik erl sama-sama.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Lebih mudah dgn adanya perkhidmatan ini, ada pilihan jika tidak mahu terus ke KLIA. Yg menghantar pun xperlulah ulang alik ke sepang tu. Harganya juga berpatutan.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Wow! 50 Juta Views!!!
Bila dah tahu harga ni, senang kita nak merancang perjalanan. Kerana ia memerlukan kos. Mudahlah untuk menetapkan bajet perjalanan supaya tidak berlebihan.
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Perkongsian yang menarik. Terima kasih Tuan Denaihati untuk perkongsian harga tiket ERL ini. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
Senaag kalau dah tahu jadual dan harga tiket sebab senang nak adjust bajet sebelum pergi ke negara luar. Jangan terlebih bajet sudah la
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
betul tu. bila dah tahu jadual dan harga tiket, terus kita boleh bajet duit. tak perlu nak susah lagi. kemudahan sekarang dihujung jari je.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
nak lebih jimar, turun dulu kat Putrajaya. Rm15 beza tuh.. Banyak sangat beza..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Laman Sosial Bukan Laman So Sial.
itu sangat betul..nak lagi jimat naik dari salak tinggi je..bagi yang mampu ataupun duduk luar kl..bolehla naik dari kl sentral..bagi yang duduk sekitar serdang dan balakong..boleh pergi salak tinggi
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Terima kasih Tuan atas perkongsian harga tiket ERLnya, jujur saya sendiri belum ada pengalaman lagi menaiki ERL.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
aku suka kucing malaysia ./
Curahan rasa Obat Liver Tradisional @ ..Pengobatan Liver Tradisional
Semoga perjalanan ini dipermudahkan..aminnn
Curahan rasa Hafizul @ ..Pakej Internet Sim Kad ToneExcel
Semoga perjalannya lancar hingga ke tujuan dan juga pulang ke Malaysia …
Curahan rasa Rina @ ..Learn PHP File Operations : Fopen(), Fgets(), Feof(), Fread(), Fwrite(), Fputs() Function
Comments are closed.