Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Insha Allah team Denaihati yang diketuai oleh Shakiddo dan beberapa blogger akan memulakan perjalanan Jejak Rehlah Dakwah dan Mujahadah Cambodia dan Vietnam pada 18hb Disember hingga 23hb Disember 2013. Kami akan membawa tema kembara ini dengan tagline Bloger Mengemban Tanggungjawab Sosial menjejaki liku kehidupan umat Islam dan melawat beberapa lokasi menarik di Kemboja dan Vietnam.
Tambang Baru ERL berkuat kuasa 1 Januari 2016
Perjalanan 6 hari 5 malam Kuala Lumpur – Phnom Penh – Siem Reap – Saigon juga istimewa kerana saya akan bersama suami dan anak bongsu kami, Intan
Penerbangan kami dijangka berlepas waktu pagi dan alternatif yang paling mudah untuk ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur ( KLIA ) adalah dengan ERL atau KLIA Ekspres iaitu tren tanpa henti yang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke bandar (KL Sentral) dalam masa 28 minit!
Sebelum perjalanan, biasaya saya akan membuat semakan dan mencari informasi mengenai keperluan perjalanan tersebut. Saya google map untuk melihat laluan dan lokasi atau membuat semakan penting mengenai jadual perjalanan ERL. Adalah perlu untuk kita membuat semakan dan meneliti jaduan supaya dapat tiba di KLIA dalam waktu yang sesuai. Meraung berguling-guling nanti kalau sampai aje tengok KID dan yang lain-lain melambai dari dalam kapal terbang sambil take off.
Kalau dah tahu jadual, bolehlah bernafas dengan tenang . Mari kita semak dan rancang perjalanan.
Jadual KLIA Ekspres
KLIA ke KL Sentral
- Tren pertama berlepas pada jam 05:00 pagi
- Tren terakhir berlepas pada jam 01:00 pagi
KL Sentral ke KLIA
- Tren pertama berlepas pada jam 05:00 pagi
- Tren terakhir berlepas pada jam 00:30 pagi
Masa perjalanan – 28 minit
Kekerapan perjalanan ERL
- Setiap 15 minit – waktu puncak Isnin hingga Jumaat 6:00 pagi hingga 09:00 pagi dan 04:00 petang hingga 10:00 malam
- Setiap 20 minit – waktu biasa Isnin hingga Jumaat 5:00-06:00 pagi, 9:00-04:00 petang dan selepas jam 10:00 malam; Sabtu dan Ahad sepanjang hari
- Setiap 30 minit – selepas tengah malam
Harga Tiket KLIA Ekspress
- Sehala: Dewasa RM 35 /Kanak-kanak RM15
- Dua hala: Dewasa RM 70 / Kanak-kanak RM R30
Tren ERL Ekspres ini hanya laluan KLIA – KL Sentral / KL Sentral – KLIA secata terus sahaja tanpa berhenti di mana-mana stesen .
Kalau kita ingin menaiki tren ERL di bandar yang disenaraikan, ada satu lagi perkhidmatan yang disediakan iaitu KLIA Transit Train. Saya bercadang menaiki ERL dari Stesen Bandar Tasik Selatan.
Jadual ERL dari KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya, Salak Tinggi , rujuk jadual diatas. Kekerapan diwaktu puncak adalah selang 20 mini bermaksud ada 3 kali perjalanan tren setiap sejam,
Harga Tiket KLIA Transit (dewasa/ kanak-kanak )
- KL Sentral – KLIA = RM 35.00 / RM 15
- Bandar Tasik Selatan – KLIA = RM 26.50 / RM 13
- Putrajaya & Cyberjaya – KLIA = RM6.20 / RM 3
- Salak Tinggi – KLIA = RM3.20 ? RM 1.60
*Harga stesen lain dan harga tiket kanak-kanak, sila rujuk jadual di atas.
Doakan perjalanan kami ye kawan-kawan. Semoga dipermudahkan Allah S.W.T dalam mengalas usaha murni untuk mendalami masyarakat Islam Kemboja disana. Terima kasih kepada Tuan Masruken, Pengarah Operasi eQurban dan tuan punya blog Warisan Kaseh yang telah menguruskan Jejak Rehlah Dakwah dan Mujahadah Cambodia dan Vietnam semuga kembara kami ini menjadi asbab turunnya hidayah kepada semua umat manusia di dunia yang semakin menuju akhir zaman.
55 Comments
tak perah lagi den naik erl
Curahan rasa Zuan @ ..Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru
Macam saya memang akan gunakan ERL nie kalau ada event sekitar kuala lumpur untuk mudahkan naik public transport seperti LRT ataupun monorail
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..Kemeriahan Cabaran Maxis 4G Bloggers Blaze
akhirnya indonesia dan malayasia bersua kembali
Curahan rasa cara langsing sehat @ ..Agen Herbalife Bandung
ERL yang kat penang ni sama kan yg tengah buat ni kan
Curahan rasa Juan @ ..Resepi Koktail Buah Buahan Mudah Sedap
ok.. next time nak guna ERL oleh rujuk entri ni. thanx kakjie 🙂
selamat pergi dan pulang, moga membawa balik byk kenangan dan pengalaman berguna
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..[Updated] Perkembangan Sukan SEA Myanmar ke-27
Selamat ebrcuti kepada semua,bagus juga ada info terkini jadual dan harga tiket ERL
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #82
biasa kalau pergi airport ada yang tolong hantarkan…i
nfo menarik nih boleh cuba naik ERL pulak lepas nih…
Curahan rasa papa mifz @ ..Bercuti ke United Kingdom Selama 25 Hari
em..sesuailah yan dok KL..
yang dok banting, naik kereta ajelah. setengah jam sampai.
Curahan rasa titan @ ..7 Contest blog hujung tahun 2013.
Thanks atas perkongsian. Moga dipermudahkan perjalanan.Ameen.
Curahan rasa Akmal Aizat @ ..Tanda-tanda Hidap Tiroid
Terima kasih di atas perkongsian info… Semoga urusan perjalanan Team Denaihati ke Cambodia dan Vietnam dipermudahkanNYA..
Curahan rasa Anuar @ ..Hilang Seketika Keghairahan Nak Update blog..
Semoga rencana perjalanan berjalan dengan baik dan memerikan banyak manfaat serta juga kembali ke tanah air dalam keadaan sehat amiin..aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Jadwal Pendaftaran SNMPTN Tahun 2014
selamat pergi dan kembali…semoga perjalannya lancar… stesen BTS belakang jer dengan rumah..
Curahan rasa ema @ ..Bukan air bukit
Selamat jalan kepada semua peserta. Memang amat terikesan ketika dapat mengunjungi saudara kita di Kemboja. Semoga segala usaha murni yang akan dilakukan akan dipermudahkan dan membawa rahmat buat peserta dan juga mereka yang memerlukan di sana.
Curahan rasa Kak Long Mawar Merah @ ..Melancong ke Vietnam Hari Pertama
Selamat jalan K jie…semoga niat murni membawa seribu rahmat utk warga di sana dan menjadi contoh utk blogger lain !!
Curahan rasa Zufar @ ..Cara Nak Buat Blog Sendiri
Terima kasih… agak berdebar dan rasa risau juga untuk memikul tanggungjawap tersebut.
tapi tak sabar nak berkongsi dengan rakan rakan blogger lain
Curahan rasa Kak Jie @ ..Jutawan Dong!
Selamat jalan Tuan,… semoga senantiasa dalam lindungan dan Ridho dari Allah SWT hingga kembali nanti , Amin.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Drawing 16 Besar Liga Champions 2013/2014
Comments are closed.