Hikayat Biskut Raya

September 22, 2009

IsuSemasa

Kisah biskut Raya ni mengingatkan aku kisah 5 tahun lalu. Ketika itu aku baru nak belajar berniaga jadi aku dan adik aku cuba-cuba jual kuih raya. Sebulan sebelum puasa kami buat promosi habis-habisan. Alhamdulillah adik aku dapat order daripada kawan sekolah dia lebih kurang 1,000 balang cookies. Aku pulak dapat order daripada kawan baik aku seorang Chef di Nilai.

Kawan aku yang Chef ni rupanya dapat order daripada kawan dia yang kerja pramugara. Kami berjumpa beberapa kali untuk finalise kan order. Aku dapat order lebih kurang 500 balang cookies. Katanya biskut ni akan dihantar ke Kuching. Aku minta deposit 50%, Alhamdulillah dapat.

Semua urusan berjalan lancar. Kami sewa lori untuk angkut biskut ke Nilai. Aku dan adik aku sendiri yang turunkan 500 balang biskut ke dalam stor yang disediakan di Nilai sebelum dihantar ke Kuching. Berpeluhlah ketiak nak memunggah semuanya, member Chef dan kawannya duduk kat tepi tengok je. Setelah beberapa jam semua selesai dan aku serahkan 500 balang biskut kepada pembeli dalam keadaan yang sempurna dan teratur.

Seminggu lepas raya aku dapat berita sedih daripada member Chef aku. Katanya kawan dia tu tak nak bayar baki 50% kerana kuih yang dikirimkan ke Kuching semuanya hancur. Aku cakap pada kawan Chef aku ITU TAK ADIL sebab tugas aku hantar sampai Nilai dah selesai dan sempurna tak ada kerosakan.  Proses penghantaran ke Kuching diluar perbincangan. Aku minta kawan Chef aku bayar sebab bisnis ni antara aku dengan dia tapi DIA tak ada duit. Setelah 5 tahun aku masih tak dapat lagi baki bayaran 50%.

Nak jadi lagi sedih kawan adik aku yang order 1000 balang biskut cancel order 3 hari sebelum raya, dah la tu adik aku tak minta seRinggit pun deposit sebab terlalu percaya kat kawan dia. Maka penuhlah biskut kat rumah, kami cuba jual malam raya tapi tak habis juga. Lepas raya toke yang buat kuih minta duit tapi adik aku tak dapat bagi. Dia ugut nak colek anak adik aku kalau tak bayar. Kisah sedih ni berpanjangan untuk beberapa bulan sehingga report mereport polis.

Banyak sungguh kami belajar daripada pengalaman ini. Nilah nasib berniaga dengan orang Melayu kot!!!

~Terima Kasih~
Rizal – RestnRileks

Like this story? Please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
,

Terima kasih singgah dan membaca rasa hati yg dikongsi

1. Klik cara untuk claim Rewards.
2. Klik Setiap backlinks dibayar RM0.02.
4. Jadi Rakan Niaga eQurban.com berniaga sambil beramal.
5. Suka kami? Klik FB Like, Retweet dan Google + 1 dan Follow @Denaihati

  • Bang Iwan September 19, 2010 at 1:47 pm

    baru belajar berniaga sudah dapat pesanan yang banyak.
    Entri terbaru Bang Iwan – Madame XMy Profile

    • Steward John September 24, 2010 at 9:38 pm

      Tapi masalahnya ditipu pulak.. ni la susah betul nak berniaga ni.
      Entri terbaru Steward John – Hello Diva- Goodbye HallmarkMy Profile

  • munir ardi August 25, 2010 at 10:49 am

    memang pandailah bro berniaga mencari beragam peluang
    Entri terbaru munir ardi – Hidup Seorang BloggerMy Profile

    • Steward John September 24, 2010 at 9:39 pm

      Kena pandai juga mencari peluang tu… kalau saja yang ada modal, mau juga menceburi dalam bidang macam ni.
      Entri terbaru Steward John – Hello Diva- Goodbye HallmarkMy Profile

  • fais August 16, 2010 at 1:17 am

    ini entri yang benar2 bermanfaat…

    • Steward John September 24, 2010 at 9:45 pm

      Iya.. memberi pengajaran untuk kita semua tu.. harus mengambil ikhtibar daripada postingan ni.
      Entri terbaru Steward John – Hello Diva- Goodbye HallmarkMy Profile

  • fais August 16, 2010 at 1:01 am

    kenapa jarang yang ngomel di sini ya…
    Entri terbaru fais – Contest Hidup Seorang Blogger dari sobat Denaihati yang Hidup Untuk MemberiMy Profile

    • fais August 16, 2010 at 1:17 am

      padahal cerita ni banyak memberi pengajaran…

      • Steward John September 24, 2010 at 9:47 pm

        Itu la.. banyak juga entry sini yang memberi pengajaran untuk pembaca..
        Entri terbaru Steward John – Hello Diva- Goodbye HallmarkMy Profile

    • Steward John September 24, 2010 at 9:46 pm

      Ha tu.. bro sudah datang mengomel dekat sini.. hehe.
      Entri terbaru Steward John – Hello Diva- Goodbye HallmarkMy Profile

  • Steward John June 15, 2010 at 11:23 am

    Ni la sikap orang kita ni. Pandai main belakang. Cakap jer lebih. Pakcik saya pun ada juga pengalaman macam ni. Rugi lebih 20k akibat saudaranya sendiri.

    • fais August 16, 2010 at 1:18 am

      sungguh ya buruk kawan macam tu bro.

      • munir ardi August 31, 2010 at 8:51 am

        TAK PATUT kita berkawan terus dengan yang seperti ini

        • Steward John September 24, 2010 at 10:02 pm

          Itu dikatakan kawan makan kawan.. lepas ni kita baham pula dorang tu.
          Entri terbaru Steward John – Hello Diva- Goodbye HallmarkMy Profile

      • Steward John September 24, 2010 at 9:56 pm

        Tu la pasal.. memang patah hati kalau ada kawan macam ni.
        Entri terbaru Steward John – Hello Diva- Goodbye HallmarkMy Profile