Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pernah suatu masa dahulu aku tersangkut di Airport Senai lebih 7 jam kerana pesawat MAS rosak dan perlu digantikan dengan pesawat lain. Hikmah kejadian aku bertemu dengan kawan lama yang sudah lama tidak berjumpa sejak keluar dari Universiti.
21/6/2012 berlaku lagi kejadian yang sama di Airport berbeza dan sebab berbeza. Aku sampai ke Suvarnabhumi Airport, Bangkok jam 4.30 pm untuk pulang ke Kuala Lumpur. Pesawat Airasia pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan pada jam 8.20 pm. Segaja datang awal untuk solat Jamak Takhir Zuhur dan Asar kerana biasanya di airport pasti ada kemudahan bilik solat muslim.
Sesampai di dewan perlepasan Suvarnabhumi Airport aku terus mencari surau dan ternyata benar seperti juga Frankfurt Airport, Changi Airport dan Hong Kong International Airport terdapat bilik solat muslim. Terdapat sign board “Muslim Prayer Room” yang besar menuju ke level 3 di bawah dewan perlepasan. Alhamdulillah suraunya besar, kemas dan bersih. Surau juga terdapat di dewan perlepasan pintu E.
Lebih kurang jam 7.00 pm aku check in dan melepasi pemeriksaan imigresen. Pesawat Airasia yang sepatutnya berlepas jam 8.20 pm tidak kunjung tiba. Setelah ditunggu sehingga jam 9.30 pm keluar notis menyatakan pesawat tertangguh kerana Air Control Tower rosak. Kami dipindahkan dari pintu E9 ke F1. Lebih kurang jam 10.00 pm diumumkan pesawat Airasia dijangkakan akan sampai pada jam 12.30 am.
Perut dah menyanyi sebab rancangnya nak makan malam dalam pesawat. Alhamdulillah setelah mencari terjumpa juga restoran halal di level 4 pintu F. Restoran The Miracle menyediakan berbagai menu antaranya pizza, kebab dan makanan Thailand. Oleh kerana kelaparan teramat maka aku pesan nasi goreng seafood, tom yam seafood dan dessert kesukaan ramai mangga dan pulut.
Itulah hikmah pesawat delay kalau tidak memang tidak pernah tahu ada restoran Halal di dewan pelepasan Suvarnabhumi Airport.
Alhamdulillah pesawat yang ditunggu akhirnya berlepas tepat jam 1.20 am, lewat 5 jam dari jadual yang ditetapkan. Pramugara Airasia beritahu pesawat Airasia dari Kuala Lumpur ke Bangkok terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur separuh jalan kerana Air Control Tower Suvarnabhumi Airport tidak berfungsi akibat putus bekalan letrik.
Maklumat dari berita CCN Suvarnabhumi Airport lumpuh berjam-jam kerana radar tidak berfungsi akibat terputus bekalan letrik sehingga berpuluh penerbang terpaksa di alih ke KLIA dan Siem Reap Airport. Majoriti syarikat penerbangan meminta ganti rugi akibat kelewatan yang berlaku.
Memang pelik lapangan terbang antrabangsa sebesar itu tidak mempunyai rancangan kontengesi seandainya berlaku putus bekalan letrik.
220 Comments
Bila kita kembara ke luar negeri apalagi bila negara yang mayoritas non muslims penduduknya kita memang harus ekstra hati-hati dalam memilih restoran yang berlabelkan halal
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tanda Gejala Penyakit Asma
sedihnya..dan kesian juga.. sha pernah rasa flight delay selama lebih 8 jam di beijing international airport. tiba di changi international airport, flight delay lagi selama 3 jam lebih untuk pulang ke KL. huhu
Curahan rasa sha @ ..Accessory Henponku … woot woot!
bila la boleh smpi sana ni…
Comments are closed.