GST realiti sebenar

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini aku ada menulis tentang GST dengan memasukkan informasi barangan dan khidmat yang kena GST dan yang tidak kena GST. Ada pembaca yang marah dengan entri “GST apa yang kena tax” sebab aku tak sempat nak terjemah ke bahasa Malaysia sehingga terkeluar perkataan anjing.

Aliran carta gst daripada pengllang kepada pengguna
Aliran carta gst daripada pengllang kepada pengguna

1/4/2015 hari pertama GST dilaksanakan berbagai kepeningan berlaku. Majoriti peniaga mengekalkan harga lama dan menambah 6% gst. Restoran mengenakan harga lama dan menambah tax perkhidmatan 10% selain 6% gst. Belian top up maxis juga dikenakan gst. Bagi kefahaman aku semua produk dengan harga lama sudah ada tax tersembunyi jadi dengan pengenalan gst harga produk mesti diturunkan dahulu sebelum mengenakan gst. Alasan penjual sebab mereka tidak turunkan harga kerana pembekal tidak mengurangkan harga bagaimana pulak mereka nak turunkan harga.

Resit GST yang betul
Resit produk dengan GST yang betul

Peniaga berebut-rebut untuk membebankan kadar gst kepada pengguna. Semua tahu barangann asas dan makanan tidak dikenakan GST tetapi tetap restoran dan kedai mamak mengenakan gst kepada pengguna atas jumlah keseluruhan. Adakah penjual buat-buat tak faham atau mereka sengaja nak untung lebih. Setakat ini kedengaran hanya MyDin dan IKEA yang setuju untuk menyerap GST. Bos Sempohosting tulis di FB juga tidak akan mengenakan GST kepada pelanggannya. Butik Penmerah di Bangi pun tidak kenakan GST pada pelanggannya. Tak dapat informasi lagi samada Abang Ensem akan kenakan GST atau tidak untuk training property beliau.

Sebahagian resit dengan GST dari rakan-rakan FB

Keliru juga baca resit MyDin yang kata serap GST
Keliru juga baca resit MyDin yang kata serap GST

gst top up

gst restoran

gst service kereta

gst mamak

Kepada yang memberi insyaa Allah perniagaan anda akan lebih maju dan untung. Kalau pun terpaksa kenakan gst biar yang betul bukan segaja nak mencari keuntungan. Ingat orang tamak selalu rugi. Tak kan surat khabar yang tak kena GST pun dikenakan GST, ni mesti kes tak baca senarai barangan yang dikecualikan GST.

Salah satu tujuan GST utk jadikan peniaga jujur kerana selama ini mereka berselindung disebalik harga tanpa tax. Hari pertama GST sudah kelihatan ramai peniaga yang tamak dan tidak jujur. Sebagai rakyat mari kita salurkan semua aduan kecelaruan charge GST kepada Kastam dan KPDNKK.


Spread the love

137 Comments

  1. Terima kasih Tuan atas entry ini, menyingkap realiti GST. Isu ini telah diperbincangkan dari level yang tinggi hinggalah ke kedai kopi. After all, GST dilihat sehingga ke hari ini, tidak seperti yang diwar-warkan di dalam media. Kenapa dan di mana silapnya? Adakah pada sistem atau pelaksanaannnya? Saya sendiri tidak pasti. Saya hanya marhaen yang memerhati. Wallahu’alam.

    1. Putrajaya bakal kehilangan sejumlah RM800 juta pulangan hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sekiranya cukai terhadap kad prabayar berkenaan dihapuskan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

      Handal GST ni..

  2. sebelum GST beli aiskrim anak 1.30 sekarang lepas GST dah jadi 1.35 ..pekedai runcit tu mana ada resit pon. confirm la dia pon bukan berdaftar GST pon.. tapi tetap kenakan GST kepada customer. nak buat mcm mana tu. takkan nak report setakat aiskrim sebatang. tapi tu la GST sangat mengelirukan pengguna.

  3. saya berniaga makanan jepun.. semua supplier kekalkan harga dan tambah GST.. tapi kami absorb gst tersebut dan kekalkan harga barang buat masa ni.. harap2 harga barang tak naik pulak dalam jangka masa terdekat.. sadiss..
    Curahan rasa kesoma.rai @ ..Teknik SEO terhebat 2015My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!